Now Reading
60% Pengguna Rel Di Malaysia Adalah Wanita, Betul Ke?

60% Pengguna Rel Di Malaysia Adalah Wanita, Betul Ke?

Biarpun jumlah penumpang wanita lebih dominan, bilangan gerabak biasa adalah mencukupi untuk menampung penumpang lelaki.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Persoalan yang berlegar berkenaan pelaksanaan ‘Koc-Wanita-Sahaja’ kini terus menjadi topik hangat terutamanya di media sosial.

Semalam, Kementerian Pengangkutan menyatakan bahawa 60% pengguna rel di waktu puncak di Lembah Klang adalah wanita.

Ini bermakna hanya 40% sahaja lelaki yang menggunakan perkhidmatan rel pada waktu itu.

Menurut laporan MalayMail semalam (17 Februari), kementerian tersebut dalam jawapan bertulis kepada Ahli Parlimen PAS (Setiu) Shaharizukirnain Abd Kadir mengatakan, biarpun bilangan penumpang rel wanita lebih dominan, jumlah koc biasa masih cukup untuk menampung jumlah penumpang lelaki.

“Buat masa ini, inisiatif pelaksanaan koc-wanita-sahaja hanya berlaku di Laluan MRT Kajang, Laluan MRT Putrajaya, serta Laluan MRT Ampang. Hal ini kerana perkhidmatan di kawasan ini mempunyai kapasiti yang lebih besar berbanding Laluan LRT Kelana Jaya dan Monorel KL,” jelas Kementerian Pengangkutan.

Baca Artikel Berkaitan: Lelaki Suka Ceroboh Koc Wanita Mungkin Berdepan Tindakan Undang-Undang & Denda

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Lelaki Berang Ditegur Kerana Berada Di Koc Wanita Dalam MRT

Baca Artikel Berkaitan: Isteri Naz Rahman Kecewa, Ibu Dicaci Lepas Tegur Sekumpulan Remaja Lelaki Berada Di Koc Wanita KTM

Koc-wanita-sahaja untuk perkhidmatan komuter KTM kini hanya tersedia di sektor Lembah Klang dan inisiatif tersebut masih belum diperkenalkan di sebelah utara.

Sementara itu, Shaharizukirnain juga meminta nisbah pengguna rel sebagai justifikasi sama ada bilangan koc biasa cukup untuk menampung bilangan penumpang lelaki supaya mereka tidak perlu menggunakan koc-wanita-sahaja.

Selain memberi jaminan penumpang lelaki tidak perlu menggunakan koc wanita pada waktu puncak, kementerian juga berjanji bahawa bilangan koc biasa adalah cukup untuk menampung mereka.

“Pengendali rel perlulah sentiasa memantau keberadaan setiap penumpang di koc masing masing bagi memastikan koc diperuntuk secara optimum.”

Pada Januari lepas, seorang lelaki membangkitkan rasa kesal menerusi perkongsian di akaun X nya terhadap penumpang wanita yang memilih untuk menggunakan koc biasa di waktu puncak sedangkan koc-wanita-sahaja sudah pun tersedia untuk mereka.

“Wahai kaum wanita, tolonglah duduk di koc wanita di waktu puncak, lagi-lagi bila koc tu kosong.

“Kenapa susah-susah nak sempit-sempit di koc biasa walhal koc wanita lagi selesa?” katanya.

Sumber: X @ArosliWealth

Koc-wanita-sahaja diperkenalkan di Malaysia pada tahun 2010 untuk perkhidmatan Komuter KTM sebagai sebahagian usaha untuk menyediakan persekitaran pengangkutan awam yang lebih selamat bagi penumpang wanita, khususnya di waktu puncak.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] “Selamba Je Masuk” – Pengguna Kesal Ada Lelaki Duduk Dalam Koc Wanita MRT

Baca Artikel Berkaitan: [Video] 2 Wanita Duduk Atas Lantai Tren KTM Hingga Halang Laluan Masuk Undang Pelbagai Reaksi

Baca Artikel Berkaitan: Lelaki Degil Masuk Koc Wanita Mungkin Berdepan Tindakan Undang-Undang & Denda


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm FacebookTwitter, Threads  dan Instagram. 

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd