Now Reading
Sesi Persekolahan & Waktu Operasi Kantin Ketika Ramadan Seperti Biasa – Fadhlina Sidek

Sesi Persekolahan & Waktu Operasi Kantin Ketika Ramadan Seperti Biasa – Fadhlina Sidek

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek memohon semua pihak agar merujuk dan mematuhi garis panduan yang dikeluarkan oleh kementeriannya, termasuk bagi sepanjang bulan puasa.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Hari ini (17 Februari) merupakan hari pertama persekolahan bagi murid dan pelajar di sekolah-sekolah kebangsaan.

Bagi pelajar Muslim pula, selain perlu menyesuaikan diri di alam persekolahan, mereka juga perlu bersedia bagi menyambut kedatangan bulan Ramadan yang bakal tiba kurang daripada dua minggu sahaja lagi.

Perkara ini mungkin menimbulkan persoalan dalam kalangan ibu bapa jika murid-murid sekolah akan dibenarkan pulang lebih awal bagi persediaan berbuka puasa.

Baca Artikel Berkaitan: Betul Ke Ada Larangan Berpuasa Setelah Nisfu Sya’ban Hingga Masuk Ramadan?

Baca Artikel Berkaitan: Bila Sebenarnya Kena Bayar Fidyah Kalau Tak Sempat Ganti Puasa?

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Ramai Terlepas Pandang! Ini 5 Perkara Yang Kurangkan Pahala Puasa Di Bulan Ramadan

Waktu Sesi Persekolahan & Operasi Kantin Kekal Sama Ketika Ramadan

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek pagi tadi (17 Februari) bagaimanapun mengumumkan bahawa sesi persekolahan akan beroperasi seperti biasa sama seperti tahun-tahun sebelum ini.

Tambah beliau lagi, waktu operasi kantin juga akan kekal seperti biasa sepanjang bulan Ramadan.

“Sekolah dan kantin sama (beroperasi seperti biasa). Ramadan tetap macam biasa, nak balik awal pun bukan boleh buka puasa awal.

“Dua minggu sahaja kantin beroperasi untuk sesi sekolah bulan Ramadan, jadi tiada masalah,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas meninjau hari pertama persekolahan di Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Pelangi Semenyih yang turut dihadiri Menteri Besar Selangor Amirudin Shari.

Sekolah Sesi Petang Di Semenanjung Tamat Jam 5.30 Petang Ketika Ramadan

Sehubungan itu, Fadhlina memohon semua pihak agar merujuk dan mematuhi garis panduan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan (KPM), termasuk bagi sepanjang bulan puasa.

Menurut laporan Berita Harian, garis panduan KPM menetapkan bahawa sesi petang di sekolah yang mempunyai murid dan guru beragama Islam akan ditamatkan seawal jam 5.30 petang bagi negeri di Semenanjung ketika bulan Ramadan.

Manakala sekolah sesi petang di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan pula akan ditamakan seawal jam 5 petang.

Tambah Fadhlina, walaupun semua pihak perlu merujuk kepada garis panduan persekolahan yang ditetapkan, namun KPM mengambil maklum jika ada keperluan khas bagi isu tertentu yang perlu dilakukan.

Tips Ajar Anak-Anak Untuk Berpuasa Di Bulan Ramadan

Memandangkan anak-anak baru sahaja memulakan persekolahan sebelum bakal berdepan dengan bulan Ramadan, di sini kami kongsikan beberapa tips agar si kecil bersemangat untuk berpuasa!

Pertama, jelaskan tentang bulan Ramadan kepada anak-anak dan tentang kewajipan berpuasa. Namun diingatkan bahawa mereka yang belum baligh masih tidak wajib berpuasa.

Ibu bapa juga boleh cuba kejut dan mengajak anak untuk bersahur. Sediakan juga hidangan yang berkhasiat agar si kecil kekal bertenaga sepanjang hari.

Elakkan anak-anak daripada melakukan aktiviti fizikal atau bermain terlalu banyak. Sebaliknya, lakukan ibadah bersama seperti berzikir dan membaca al-Quran. Ibu bapa jangan lupa beri pujian dan ganjaran ya jika anak berjaya berpuasa!

Baca Artikel Berkaitan: Beri Pujian, Tidur Awal & 5 Lagi Tips Untuk Ajar Anak Kecil Berpuasa Di Bulan Ramadan

Baca Artikel Berkaitan: Penjawat Awam Pahang Kerja Setakat 12.30 Tengah Hari Pada Jumaat Sepanjang Ramadan – Al-Sultan Abdullah

Baca Artikel Berkaitan: Ini 11 Masjid Sekitar Lembah Klang Yang Anda Boleh Buka Puasa Secara Percuma. LRT & MRT Pun Dekat


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm FacebookTwitter, Threads  dan Instagram. 

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd