Pakar Perubatan Tepis Dakwaan Vaksin Covid-19 Punca Kanser
Pakar perubatan dikenali sebagai Dr Aminudin Rahman berkata, antara faktor lain menyebabkan peningkatan kanser yang berlaku seluruh dunia adalah gaya hidup tidak sihat dan bukannya vaksin Covid-19.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Terdahulu, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad memaklumkan bahawa kes kanser di Malaysia diramalkan akan meningkat dua kali ganda menjelang tahun 2040.
Jelas beliau, sebanyak 48,639 kanser baharu dan 29,530 kematian akibat kanser dilaporkan di negara ini pada tahun 2020 seperti dilaporkan oleh Globocan.
Namun begitu ada juga pihak yang mendakwa vaksin Covid-19 merupakan punca kepada peningkatan penyakit kronik itu sehingga ia mencetuskan kebimbangan di kalangan masyarakat yang sudah pun mengambil vaksin terbabit.
Baca Artikel Berkaitan: AstraZeneca Akui Vaksin COVID-19 Keluarannya Ada Kesan Sampingan
Baca Artikel Berkaitan: AstraZeneca Tarik Semula Vaksin COVID-19 Keluarannya Di Seluruh Dunia
Vaksin Covid-19 Bukan Punca Kanser Meningkat Di Malaysia
Terbaharu, Pakar Perunding Kanan Onkologi & Radioterapi, Pusat Kanser & Radiosurgeri Hospital Pakar KPJ Damansara/KPJ Healthcare University (KPJU), Profesor Madya Dr Aminudin Rahman Mohd Mydin berkata, terdapat banyak salah faham yang timbul mengenai punca peningkatan kanser di negara ini.
Malah segelintir masyarakat turut mengaitkannya dengan vaksin Covid-19.
“Covid-19 dan vaksin bukan penyebab peningkatan kes kanser. Ini kerana trend peningkatan kanser bukan hanya berlaku di Malaysia, tetapi di seluruh dunia, termasuk dalam kalangan golongan muda,” ujar beliau.
Gaya Hidup Tidak Sihat Antara Punca Utama Kanser Pada Masa Kini
Mengulas lanjut, Dr Aminudin menjelaskan bahawa peningkatan kanser pada ketika ini berpunca daripada faktor-faktor lain sebagai contoh gaya hidup tidak sihat dan kelewatan dalam menjalani pemeriksaan kesihatan semasa pandemik berlaku.
Jelas beliau, tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menyebabkan ramai individu mengabaikan pemeriksaan kesihatan yang sepatutnya dilakukan.
Baca Artikel Berkaitan: SOP Am Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 3.0) Oleh MKN [DIKEMASKINI 7 MEI 2021]
“Ketika PKP, ramai takut keluar rumah dan tidak menjalani pemeriksaan kesihatan. Selain itu, gaya hidup tidak sihat seperti kurang bersenam, pengambilan makanan tidak seimbang, obesiti, merokok dan penggunaan vape turut menjadi faktor risiko yang menyumbang kepada peningkatan kes kanser,” ulas pakar perubatan itu.

[Sumber: Pexels]
Tambah beliau, peningkatan kes kanser ini mula dikesan kerana lebih ramai individu kembali menjalani pemeriksaan kesihatan dan saringan selepas pandemik sudah berakhir.
Pencemaran Udara Antara Punca Lain Kes Kanser
Berbicara lebih mendalam mengenai faktor ini, Dr Aminudin turut merujuk laporan terkini dalam jurnal perubatan antarabangsa The Lancet yang mendapati pencemaran udara merupakan antara penyebab utama peningkatan kes kanser, terutamanya kanser paru-paru dalam golongan individu bukan perokok.
“Di China dan negara-negara Asia Timur, pencemaran udara dikenal pasti sebagai punca kanser paru-paru yang meningkat, terutama dalam kalangan wanita dan individu yang mempunyai paru-paru lebih sensitif,” jelas Dr Aminudin.

Pesakit Kanser Lambat Dapatkan Rawatan Punca Peningkatan Kadar Kematian
Dalam pada itu, beliau turut menegaskan bahawa kadar kematian akibat kanser di Malaysia yang menunjukkan trend meningkat adalah disebabkan oleh rawatan yang dijalankan pada saat akhir. Hal ini kerana kebanyakan pesakit hanya mendapatkan rawatan ketika penyakit berada pada tahap serius.
Beliau dalam masa sama menekankan kepentingan ujian saringan bagi mengesan kanser pada peringkat awal, sekaligus meningkatkan peluang kepada keberkesanan rawatan.
Baca Artikel Berkaitan: Adakah Pemanis Tiruan ‘Aspartame’ Boleh Menyebabkan Kanser?
Tiada Bukti Klinikal Bahawa Vaksin Covid-19 Boleh Mengundang Kanser
Sementara itu, Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Datuk Dr Zainal Ariffin Omar berkata bahawa tiada lagi bukti saintifik yang sahih untuk menunjukkan vaksin Covid-19 ini menyebabkan kanser.
Tegas beliau, dakwaan bahawa vaksin tersebut yang menjadi punca kanser tidak mempunyai asas kukuh dan belum terbukti secara klinikal.
“Sehingga kini, belum ada bukti sahih menunjukkan vaksin Covid-19 sebagai punca kanser. Faktor risiko utama masih berkaitan dengan gaya hidup dan persekitaran,” kata Dr Zainal.
Bagi mengelakkan penyebaran maklumat palsu, masyarakat perlu berpegang kepada fakta perubatan yang berasaskan bukti dan tidak sesekali mudah terpengaruh serta percaya dengan info tidak disahkan.
“Apa yang lebih penting ialah lakukan saringan kesihatan dan amalkan gaya hidup sihat,” ujar pakar itu lagi.
Baca Artikel Berkaitan: Tak Termakan Kata-Kata Anti Vaksin, Warga Emas Usia 105 Tahun Selamat Terima Dos Pertama
Baca Artikel Berkaitan: Jururawat Antivaksin Di Jerman Dikesan Tukar Suntikan Vaksin Covid-19 Dengan Air Garam Pada 8,600 Penerima
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.