Now Reading
Isu Sandwic Ham & Cheese KK Mart: Jabatan Kimia Sahkan Produk Tiada DNA Khinzir

Isu Sandwic Ham & Cheese KK Mart: Jabatan Kimia Sahkan Produk Tiada DNA Khinzir

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menjelaskan laporan rasmi dari Jabatan Kimia mengesahkan tiada bahan terlarang dalam sampel sandwic Ham & Cheese KK Mart.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Kedai serbaneka yang cukup popular di seluruh Malaysia iaitu premis KK Mart telah menjadi perhatian masyarakat sebelum ini selepas terpalit kontroversi status halal bagi penjualan produk Sandwich Ham & Cheese.

Perkara itu mula dibangkitkan oleh Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) di Universiti Malaya (UM) yang membuat aduan berhubung status halal produk berkenaan yang dijual di dua buah kedai serbaneka dalam UM.

Ekoran dakwaan yang tular itu, UM bertindak menutup kedua-dua operasi kedai serbaneka berkenaan bagi memberi ruang agar siasatan dapat dijalankan.

Baca Artikel Berkaitan: Produk Sandwich Ham & Cheese Disahkan Tiada Sijil Halal Oleh JAKIM

Baca Artikel Berkaitan: KK Mart Di Universiti Malaya Disimbah Cat Merah

Baca Artikel Berkaitan: JAKIM Nafi Dakwaan Produk Sandwich Ham & Cheese Tular Ada Sijil Halal

Sandwic Ham & Cheese Dari KK Mart Disahkan Tiada DNA Babi

Memetik laporan Sinar Harian, Jabatan Kimia mengesahkan bahawa kesemua sampel sandwic dari KK Mart yang didapati menyalahgunakan logo halal itu tidak mengandungi asid deoksiribonukleik (DNA) khinzir.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Datuk Armizan Mohd Ali menjelaskan bahawa laporan rasmi telah mengesahkan bahawa tiada bahan terlarang dalam makanan tersebut.

“Ada pihak yang bertanya tentang isu DNA Porcine dan sebagainya, laporan daripada Jabatan Kimia adalah pihak yang berwibawa dan berautoriti.

“Saya ingin sahkan walaupun kita boleh tengok daripada pendakwaan tersebut tidak ada dakwaan dibuat kerana Jabatan Kimia telahpun mengesahkan bahawa tidak ada DNA Porcine babi dalam semua sampel, semua jenis perisa tersebut,” katanya.

Isu Logo Halal Tidak Boleh Dipandang Remeh

Walau bagaimanapun, syarikat pengeluar sandwic terbabit masih dikenakan tindakan oleh kerana menggunakan logo halal tanpa mendapat kelulusan terlebih dahulu dari pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Sumber: X @NewsBFM

Pada masa yang sama, Armizan turut menegaskan isu berkaitan status logo halal ini tidak boleh dipandang ringan dan pihak berkuasa akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap mana-mana pihaknya yang melanggar undang-undang berkenaan.

“Ini bukan isu yang kita boleh ambil ringan dan kita selaku penguat kuasa, walaupun kita bukanlah pengeluar logo halal itu tetapi kita akan mengambil tindakan tegas terhadap sebarang kesalahan dan kita alu-alukan juga laporan serta aduan daripada semua pihak,” ujar Armizan.

Beliau turut memberi peringatan kepada peniaga agar mematuhi peraturan penggunaannya serta menasihati pengguna agar menyemak status halal sesebuah makanan sebelum membuat pembelian.

Apa Sebenarnya Isu Yang Berlaku?

Sebelum ini, premis KK Mart telah menjadi perbualan hangat apabila dipercayai menjual sandwic Sandwich Ham & Cheese yang diragui status halalnya sehingga dua premis kedai serbaneka di UM ditutup pada 11 Januari 2025.

Ia bukan sahaja mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai, bahkan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh juga meminta pihak polis melakukan siasatan terhadap penjualan produk itu yang dikatakan mempunyai pelekat halal pada bungkusannya.

Peka dengan perkara tersebut, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dalam satu kenyataan di Facebook juga menafikan dakwaan produk Sandwich Ham dan Cheese yang tular itu mempunyai sijil halal.

Berikutan itu, JAKIM melakukan siasatan dan mengesahkan bahawa produk jualan itu tidak mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) dan syarikat yang menghasilkan produk tersebut juga bukan pemegang SPHM.

Baca Artikel Berkaitan: Isu Sandwich Ham & Cheese: JAKIM Tepis Dakwaan Produk Ada Sijil Halal

Baca Artikel Berkaitan: KK Super Mart Gantung Serta-Merta Urusan Perniagaan Bersama Pembekal Produk Sandwich Ham & Cheese

Syarikat Pengeluar Dakwa Bahan Mentah Sandwich Ham & Cheese Adalah Halal

Terdahulu, syarikat pengeluar sandwich kontroversi mendakwa bahan mentah digunakan dalam pembuatan produk Sandwich Ham & Cheese itu memiliki pensijilan halal.

Jelas Shake And Bake Cafe Sdn Bhd, penghasilan makanan tersebut menggunakan roti, keju dan kepingan daging ayam yang diperakui halal oleh JAKIM.

Dalam pada itu, syarikat terbabit juga mengesahkan pegawai KPDN serta JAKIM telah melakukan siasatan ke atas premis mereka pada 10 Januari lalu.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook,  Twitter, Threads  dan Instagram. 

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd