Now Reading
8,076 Calon SPM 2024 Tak Hadir Peperiksaan Bertulis, Masalah Keluarga Antara Punca Utama

8,076 Calon SPM 2024 Tak Hadir Peperiksaan Bertulis, Masalah Keluarga Antara Punca Utama

Menurut Menteri Pendidikan, Fadlina Sidek, seramai 6,231 daripada 8,076 itu adalah pelajar di bawah KPM.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Umum mengetahui, Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang melibatkan sejumlah 402,956 calon telah pun tamat baru-baru ini.

Ramai di kalangan pelajar terlibat dilihat menyambut perkara tersebut kerana mereka akhirnya berjaya menamatkan pembelajaran di peringkat sekolah menengah dan bakal menyambung ke peringkat universiti pula.

Pun begitu, terdapat juga berita duka cita yang mana jumlah pelajar yang tidak menghadiri peperiksaan tersebut masih di tahap membimbangkan.

8,076 Calon SPM 2024 Tak Jawab Kertas Bertulis

Terbaharu, Dewan Rakyat memaklumkan seramai 8,076 calon SPM 2024 tidak menghadirkan diri bagi menjawab semua kertas peperiksaan bertulis.

Menurut Menteri Pendidikan Fadlina Sidek, berdasarkan data dicatatkan Kementerian Pendidikan (KPM) setakat 6 Februari lalu, seramai 6,231 calon terlibat adalah calon sekolah di bawah KPM.

“Antara sebab utama ketidakhadiran calon ketika peperiksaan SPM 2024 termasuk bekerja, masalah keluarga, masalah kesihatan, meninggal dunia dan berpindah ke luar negara.

“KPM memandang serius isu ketidakhadiran calon dalam peperiksaan SPM,” ujar beliau.

KPM Pantau Isu Kehadiran Pelajar Melalui Sistem & APDM

Berbicara lebih dalam mengenainya, Fadhlina berkata, bagi peperiksaan SPM 2024, seramai 386,739 calon baru sudah mendaftar sekurang-kurangnya enam mata pelajaran membabitkan 345,129 calon sekolah KPM.

Bagi menangani isu ketidakhadiran calon menduduki peperiksaan SPM pula, KPM melaksanakan intervensi antaranya memantau kehadiran murid ke sekolah secara harian melalui Sistem Kehadiran Murid (eKehadiran) dalam Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM).

Gambar sekadar hiasan.
(Sumber: Malay Mail)

Tambah beliau, KPM mengaktifkan Task Force Intervensi Murid Berisiko Cicir SPM pada semua peringkat selain memantau status murid berisiko cicir peperiksaan melalui papan pemuka.

KPM Fokuskan Aktiviti Murid Bersama Penglibatan Ibu Bapa

Bukan itu sahaja, KPM turut menjalankan aktiviti berfokus seperti Program Ziarah Cakna, sesi konsultasi ibu bapa, permuafakatan Persatuan Ibu Bapa Guru serta Pelibatan Ibu Bapa, Komuniti dan Swasta.

Perkara tersebut penting bagi menyelesaikan isu mengenai masalah dihadapi murid bersama keluarga.

Gambar sekadar hiasan.
(Sumber: Malay Mail)

Dalam pada itu, kementerian itu juga memberi peringatan kepada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan sekolah untuk memantau kehadiran murid ke sekolah serta peperiksaan SPM.

“KPM sudah melaksanakan pengesanan awal murid berisiko cicir dalam kalangan murid tingkatan empat bagi memastikan mereka akan hadir menduduki peperiksaan SPM 2025,” ulas Fadlina Sidek.

Baca Artikel Berkaitan: 300,000 Lepasan SPM Enggan Sambung Belajar – KSM

Baca Artikel Berkaitan: “TikToker & Youtuber Bukan Satu Pekerjaan”, Dr Malar Tergamam Lihat Respon Cita-Cita Pelajar

Jumlah Calon SPM TH Berkurangan Berbanding Tahun 2023

Jika dibandingkan dengan tahun sebelumnya iaitu pada 2023, statisik ketidakhadiran pelajar untuk SPM dilihat semakin berkurang dari 10,000 kepada 8,076 calon.

Pun begitu, jumlah tidak hadir (TH) terkini masih di tahap yang serius dan perlu diberi perhatian bagi menyasarkan 100% calon SPM menduduki peperiksaan.

Baca Artikel Berkaitan: KPM Umum Lebih 10,000 Calon Tak Hadir SPM 2023

900 Pelajar Di Johor Tak Duduki SPM 2024 Kerana Anggap Ia Tak Penting

Sekadar info, sebenarnya banyak lagi punca murid enggan menghadiri SPM, sebagai contoh ramai di antara golongan terbabit yang beranggapan bahawa peperiksaan itu tidak begitu penting.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Johor Aznan Tamin berkata tanggapan ini mula wujud dalam minda pelajar-pelajar berkenaan selepas membuat keputusan untuk bekerja di Singapura.

Sumber: Freepik

Mentaliti sebegini dilihat semakin menggusarkan selepas 900 pelajar di Johor tidak mengambil peperiksaan ini.

Selain faktor tawaran gaji lebih lumayan serta kadar pertukaran mata wang yang tinggi di Singapura, tiada syarat kelayakan SPM yang dinyatakan untuk bekerja di sana juga menjadi punca ramai pelajar berminat untuk bekerja di negara republik itu.

Baca Artikel Berkaitan: 900 Pelajar Johor Tak Ambil SPM Kerana Mahu Kerja Di Singapura

Baca Artikel Berkaitan: KPM Nafi Dakwaan Kertas Sejarah SPM 2024 Bocor


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd