Tular Video Lepaskan Ular Sawa Dalam Longkang, 2 Lelaki Ditahan Perhilitan
Siasatan oleh Perhilitan bersama Balai Polis Putra Heights mendapati terdapat seekor ular sawa batik yang masih hidup di kediaman individu terbabit.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Rata-rata orang pasti merasa geli dan seriau apabila melihat seekor ular di depan mata. Bukan itu sahaja, turut timbul rasa risau sekiranya dipatuk ular yang berbisa atau dibelit ular sawa.
Seperti dalam kejadian yang dilaporkan hari ini (12 Februari), seorang kanak-kanak tercedera selepas dipatuk seekor ular sawa batik yang bersembunyi di dalam mangkuk tandas rumahnya di Ampang.
Sebelum ini, media juga melaporkan sebanyak 29 ekor ular sawa telah ditangkap oleh pihak bomba dari dalam sebuah longkang di Shah Alam.
Baca Artikel Berkaitan: Kanak-kanak Di Ampang Cedera Dipatuk Ular Yang Menyorok Dalam Mangkuk Tandas
Baca Artikel Berkaitan: Bomba Tangkap 29 Ular Sawa Dalam Longkang Berdekatan Kedai Mamak Di Shah Alam
Baca Artikel Berkaitan: “Cop Parkir Ke” – Ular Sawa Ditemui Di Parkir Kereta Pusat Beli-belah Bikin Ramai Bimbang
2 Lelaki Lepaskan 3 Ular Di Dalam Longkang Di Putra Heights
Semalam (11 Februari), tular beberapa video di media sosial yang menyaksikan tindakan dua individu melepaskan ular ke dalam longkang di Jalan Persiaran Putra Permai, Putra Heights di Subang Jaya.
Dapat dilihat kedua-dua lelaki yang memakai baju berwarna merah itu memikul tiga beg guni dipercayai mengandungi seekor ular sawa setiap satu.
Mereka dipercayai menaiki sebuah kereta jenis Alphard berwarna putih yang diletakkan di tepi jalan sementara melepaskan ular ke dalam longkang. Menerusi video sama, kedengaran juga suara seorang wanita yang merakamkan kejadian itu menegur tindakan mereka.
Tonton video penuh [DI SINI].

2 Individu Ditahan Perhilitan, Tiada Dokumen Pemilikan Sah Ular Sawa
Terkini, kedua-dua individu itu telah ditahan oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) bagi membantu siasatan berhubung pemilikan ular sawa tanpa lesen sah.
Menurut Pengarah Perhilitan Selangor, Wan Mohd Adib Wan Mohd Yusoh, aduan telah diterima pihaknya daripada Balai Polis Putra Heights semalam.
Katanya lagi, pemeriksaan telah dilaksanakan ke atas kediaman individu terbabit oleh Perhilitan Selangor dengan bantuan Balai Polis Putra Heights.
“Hasil pemeriksaan menemui seekor ular sawa batik yang masih hidup. Suspek gagal mengemukakan sebarang dokumen pemilikan yang sah ular sawa tersebut,” katanya dipetik Sinar Harian.
Sehubungan itu, Mohd Adib berkata dua suspek berusia 53 dan 35 tahun telah ditahan untuk tindakan di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716) (Pindaan A1646). Mereka bagaimanapun dibebaskan dengan jaminan polis sementara siasatan diteruskan.
Adukan Kepada Perhilitan Jika Terjumpa Hidupan Liar
Dalam pada itu, Mohd Adib menjelaskan bahawa tindakan melepaskan hidupan liar tanpa kawalan boleh mendatangkan bahaya kepada masyarakat setempat dan persekitaran.
“Pemilikan hidupan liar tanpa kebenaran adalah satu kesalahan di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 dan sekiranya orang awam menemui hidupan liar di kawasan kediaman, mereka dinasihatkan untuk menghubungi Jabatan Perhilitan bagi tindakan sewajarnya,” jelasnya lagi.
Beliau menegaskan bahawa orang ramai dinasihati agar berhati-hati dan tidak mengambil tindakan sendiri jika terserempak dengan mana-mana hidupan liar.
Sebaliknya, aduan dan maklumat berkenaan hidupan liar boleh disalurkan kepada pihaknya menerusi Talian Hotline Perhilitan di talian 1-800-88-5151 atau e-Aduan www.wildlife.gov.my.
Pihak Polis Terima Laporan Ular Dibuang Pada 3 Februari
Pihak polis sebelum ini mengesahkan telah menerima laporan mengenai insiden tersebut daripada seorang lelaki tempatan pada 10.15 pagi, 3 Februari lalu.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, pengadu telah membuat laporan tersebut selepas melihat rakaman video yang memaparkan tiga ekor ular sawa dilepaskan ke dalam longkang.
“Laporan dibuat pengadu kerana bimbang akan keselamatan diri dan keluarga di kemudian hari. Siasatan yang dijalankan oleh Ketua Balai Polis Putra Heights mendapati ular tersebut dilepaskan pada pertengahan Januari lalu,” katanya dipetik Sinar Harian.
Sehubungan itu, Wan Azlan berkata kes telah dirujuk kepada Perhilitan bagi tindakan lanjut.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Kelibat Ular Sawa Saiz Besar Pada Zink Rumah Bikin Ramai Seriau
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Aksi Bomba Keluarkan Ular Dalam Sofa Rumah Buat Ramai Seram
Baca Artikel Berkaitan: Semburan Baygon Berkesan Untuk Halau Ular? Ini Penjelasan PHM
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.