Now Reading
Kanak-kanak Di Ampang Cedera Dipatuk Ular Yang Menyorok Dalam Mangkuk Tandas

Kanak-kanak Di Ampang Cedera Dipatuk Ular Yang Menyorok Dalam Mangkuk Tandas

Kejadian kanak-kanak enam tahun dipatuk ular di bahagian elah kelangkang dan tangannya itu berlaku di Pangsapuri Prima Court, Ampang, Selangor.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Boleh dikatakan ramai di antara kita yang kurang gemar dengan haiwan reptilia seperti ular kerana sisik atau bisanya yang agak membahayakan.

Bila sebut je ular, terus meremang bulu roma. Itu belum lagi kalau ternampak betul-betul depan mata.

Lebih menakutkan lagi, reptilia ini boleh muncul di kawasan yang tidak sepatutnya dan pastinya ia membuatkan individu terlibat terkejut seperti mana yang berlaku kepada seorang kanak-kanak di Ampang.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Anggota Bomba Gigih Cari Ular Dalam Bilik Penuh Sepah Undang Pelbagai Reaksi

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Wanita Terkejut Ular Muncul Dalam Lubang Tandas

Baca Artikel Berkaitan: Cuaca Terlalu Panas, Ular Sawa 10KG Ditemui Dalam Mangkuk Tandas Rumah Di Kelantan

Kanak-kanak Cedera Dipatuk Ular Dalam Mangkuk Tandas

Terbaharu, seorang kanak-kanak berusia enam tahun telah mengalami kecederaan apabila dipatuk ular sawa batik yang bersembunyi di dalam mangkuk tandas rumahnya semalam (11 Februari).

Memetik laporan Kosmo, kejadian di Pangsapuri Prima Court sekitar jam 11 pagi itu berlaku semasa kanak-kanak dikenali sebagai Hadi mahu ke tandas bilik utama untuk membuang air kecil.

Namun ketika dia membuka penutup mangkuk tandas, Hadi terus dipatuk oleh ular sawa batik tersebut.

Menurut ibunya iaitu Adibah Aziz, anaknya telah dipatuk di bahagian celah kelangkang dan tangan sehingga mengalami kecederaan.

Gambar sekadar hiasan. (Sumber: Kosmo)

Cemas melihatnya keadaanya anaknya itu, si ibu meminta bantuan jiran untuk menghubungi ambulans dan Anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

“Dia (Hadi) cedera dipatuk di celah kelengkang dan tangan seterusnya dia terus meluru keluar dan menjerit.

“Saya tengok Hadi keluar dari tandas dengan darah menitik-nitik. Saya terus minta bantuan jiran untuk buat panggilan ambulans dan APM,” ujarnya.

Semasa insiden berlaku, wanita berkenaan sedang memasak di dapur manakala anaknya berusia satu tahun sedang bermain di ruang tamu.

Ular Sawa Batik Itu Berjaya Ditangkap Oleh APM

Selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 12:24 tengah hari, seramai empat orang anggota APM tiba di lokasi kejadian sekitar 1:10 tengah hari.

Operasi berkenaan telah berjaya menangkap ular sawa batik di pangsapuri berkenaan sekitar jam 1:14 tengah hari.

Sumber: Kosmo

Mangsa yang dipatuk ular itu pula telah dikejarkan ke Hospital Ampang bagi mendapatkan rawatan dan dilaporkan sudah stabil.

“Alhamdulillah dia (Hadi) stabil dan kini ditahan untuk pemantauan. Kami duduk di tingkat 1 berdekatan Zoo Negara. Tak pasti dari mana ular sawa batik masuk,” kata ibu kepada Hadi (mangsa).

Apa Perlu Buat Jika Ada Haiwan Liar Masuk Ke Rumah Anda?

Apabila ternampak kemunculan haiwan liar memasuki kediaman, mesti ramai yang akan panik dan terkejut. Sebenarnya kes ular berada di dalam rumah seperti ini, kerap dilaporkan berlaku di Malaysia.

Bagi menangani masalah itu, anda perlu segera membuat laporan dan mendapatkan pertolongan dengan menghubungi beberapa talian seperti:

Baca Artikel Berkaitan: Lelaki Cemas Punggung Digigit Ular Ketika Buang Air Besar, Bersyukur Tak Kena Alat Sulit

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Kelibat Ular Sawa Saiz Besar Pada Zink Rumah Bikin Ramai Seriau

Baca Artikel Berkaitan: “Jangan Seronok Sangat Main Air” – Kelibat Ular Ketika Banjir Buat Ramai Bimbang


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm FacebookTwitter, Threads  dan Instagram. 

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd