Now Reading
Malaysia Tersenarai Antara 5 Negara Dengan Pencemaran Plastik Tertinggi

Malaysia Tersenarai Antara 5 Negara Dengan Pencemaran Plastik Tertinggi

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi berkata kerajaan akan menggubal dasar dan perundangan peringkat nasional bagi mengatasi masalah pencemaran plastik yang semakin meningkat di Malaysia.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Pada hujung tahun 2024 dan Januari lalu, banyak negeri dilaporkan mengalami banjir kilat hingga menyebabkan penduduk terpaksa berpindah dan tinggal di pusat pemindahan sementara (PPS) yang disediakan.

Antara kawasan yang mengalami bencana alam tersebut adalah Kuala Lumpur, Selangor, Ipoh, Perak, Alor Gajah, Melaka dan banyak lagi.

Penduduk sekitar Masjid Tanah di Alor Gajah turut menyifatkan banjir kilat yang melanda kawasan kediaman mereka adalah antara yang terburuk dalam tempoh 10 tahun.

Memetik Sinar Harian, pergerakan air yang terlalu pantas menyebabkan ada antara mereka yang terkandas melebihi empat jam untuk pulang ke rumah sementara menunggu air di jalan utama surut.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Hujan Lebat Sekitar KL, Banyak Kawasan Dinaiki Banjir & Berlaku Tanah Runtuh

Baca Artikel Berkaitan: Banjir Fair Park: Kesan Minyak Sukarkan Penduduk Bersih Rumah, Sebabkan Gatal-Gatal

Masalah Pencemaran Plastik Di Malaysia Undang Risiko Banjir Kilat

Hari ini (10 Februari), Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad memaklumkan bahawa Malaysia adalah antara lima negara dengan statistik pencemaran plastik tertinggi di dunia.

Menurut beliau, ia sekaligus menjadi punca kepada masalah kesihatan rakyat dan juga bencana banjir kilat yang semakin serius.

Seperti terdahulu, banjir kilat di Arena Kepayang Putra, Fair Park, Ipoh telah menyebabkan wujudnya tompokan minyak. Minyak tersebut telah dibawa oleh air banjir serta sampah sarap dan plastik yang bertaburan di kawasan taman perumahan terbabit.

Susulan air kotor tersebut, penduduk di sana dilaporkan mengalami rasa gatal pada bahagian badan khususnya golongan kanak-kanak.

Sumber: Media sosial

Baca Artikel Berkaitan: Banjir Fair Park: Kesan Minyak Sukarkan Penduduk Bersih Rumah, Sebabkan Gatal-Gatal

Kerajaan Rancang Gubal Dasar Baru Untuk Atasi Masalah Pencemaran Plastik

Bagi mengatasi masalah pencemaran plastik ini, kerajaan merancang penggubalan kerangka dasar dan perundangan menyeluruh peringkat nasional di bawah Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13).

Tambah Nik Nazmi, langkah terbabit adalah antara usaha kerajaan dalam menguruskan masalah pencemaran plastik dengan lebih lestari.

Jelas beliau, isu pencemaran plastik sebelum ini banyak bergantung kepada inisiatif di peringkat kerajaan negeri menerusi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan bukan satu dasar yang menyeluruh.

Sumber: Pexels

“Di bawah RMK13 kita sedang melihat sama ada boleh diadakan satu perundangan di peringkat nasional untuk mengatasi pencemaran plastik.

“Sekarang kita banyak bergantung kepada undang-undang atau peraturan di peringkat PBT. Itu sahaja tidak cukup. Kita perlu ada perundangan bersifat nasional (menyeluruh),” ujar menteri itu.

Baca Artikel Berkaitan: Lelaki Dedah Pencemaran Plastik Boleh Jadi Penyebab Dapat Penyakit

Isu Pencemaran Plastik Bakal Dibincangkan Di Peringkat ASEAN

Mengulas lanjut, Nik Nazmi turut berkata bahawa isu pencemaran plastik ini akan diketengah dan dibincangkan sempena Kepengerusian ASEAN 2025.

“Sejak China mengetatkan peraturan (menghentikan pembelian hampir semua sisa plastik pada Januari 2018), Malaysia, Indonesia dan Filipina pula berdepan dengan masalah (kemasukan sisa plastik luar) ini.

“Jadi, kita akan bincang di peringkat ASEAN juga kerana masalah (pencemaran sisa plastik) bukan hanya masalah Malaysia sahaja,” ulas Nik Nazmi.

Coldplay Taja RM3.2 Juta Untuk Bersihkan Sungai Klang Daripada Pencemaran Plastik

Pada tahun 2021, kumpulan terkenal British, Coldplay pernah menaja RM3.2 juta untuk membersihkan Sungai Klang di Malaysia dengan menggunakan mesin memerangkap sampah yang dikenali sebagai ‘Interceptor 005’.

Usaha yang dilakukan dengan kolaborasi bersama pertubuhan tidak berasaskan keuntungan Belanda, The Ocean Cleanup adalah untuk mencegah lebih banyak sampah dan pencemaran plastik daripada masuk ke dalam laut.

Sumber: The Ocean Cleanup

Difahamkan, usaha sama juga telah dilakukan pada Ogos 2019 dengan menggunakan  ‘Interceptor 002’.

Menurut penyelidikan dijalankan oleh The Ocean Cleanup, Sungai Klang berada dalam 50 sungai paling tercemar di dunia.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Coldplay Dedah Vinyl Album Terbaru Dibuat Dari Botol Plastik Dalam Sungai Di Malaysia & Indonesia

Baca Artikel Berkaitan: Tiada Lagi Plastik Di 8,000 Premis Perniagaan Bermula 1 Oktober 2024

Baca Artikel Berkaitan: “Laut Pulangkan Semula” – Longgokan Sampah Akibat Ombak Besar Di Pulau Pinang Buat Ramai Kecewa


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm FacebookTwitter, Threads  dan Instagram. 

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd