Pengasas 99 Speedmart Tersenarai Sebagai Individu Ke-7 Paling Kaya Di Malaysia
Pengasas 99 Speedmart iaitu Lee Thiam Wah yang tersenarai dalam Nanyang Rich List kini memegang nilai kekayaan berjumlah RM17.6 bilion.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Persaingan sihat dengan syarikat runcit yang lain seperti Giant, AEON, Lotus’s, Village Grocer, Mydin dan sebagainya tidak menghalang perniagaan pasar mini 99 Speedmart ini untuk mencapai kejayaan yang membanggakan.
Memetik laporan Berita Harian, pengasas kepada 99 Speedmart iaitu Lee Thiam Wah telah tersenarai dalam 10 individu paling kaya di Malysia.
Berada pada kedudukan ketujuh dalam Nanyang Rich List, Lee telah memegang nilai kekayaan berjumlah RM17.6 bilion.
Baca Artikel Berkaitan: Lelaki Ini Kongsi Sejarah Pasar Mini 99 Speedmart Yang Ramai Tak Tahu
Baca Artikel Berkaitan: Tular Isu Gaji Pekerja 99 Speedmart, COO Syarikat Itu Tampil Beri Penjelasan
Baca Artikel Berkaitan: 99 Speedmart Nafi Buat Promosi Beri Barangan Di Facebook. Hati-hati!
Lee Thiam Wah Kini Setaraf Dengan Pengasas Syarikat Terkemuka Di Malaysia

Lee memegang 83% kepentingan dalam syarikat tersebut dan kekayaannya melonjak selepas tawaran awam permulaan (IPO) 99 Speedmart tahun lepas.
Pencapaian ini telah meletakkan beliau dalam liga yang sama dengan pengasas dan pengerusi Kumpulan Sunway, Tan Sri Dr Jeffrey Cheah yang merupakan individu kelapan dalam senarai 50 Terkaya Forbes Malaysia dengan nilai bersih RM10,655,443,135 (AS$2.4 bilion).
Kejayaan Lee ini juga membuatkan dirinya kini hampir setaraf dengan pemilik Genting Bhd iaitu Tan Sri Lim Kok Thay yang mempunyai nilai bersih RM9,767,578,997 (AS$2.2 bilion).
Biodata Ringkas Pengasas 99 Speedmart
Pengasas kepada pasar mini 99 Speedmart bernama Lee Thiam Wah yang kini sudah berusia 61 tahun. Ketika Lee masih kecil, bapanya bekerja sebagai pekerja pembinaan manakala ibunya seorang peniaga. Lee juga mempunyai 11 orang adik-beradik.
Lee disahkan menghidap penyakit Poliomyelitis atau Polio sejak berusia lapan bulan. Sejak daripada itu, Lee tidak boleh berjalan dan terpaksa menggunakan kerusi roda untuk bergerak dari satu kawasan ke kawasan lain.

Kehidupan Lee sekeluarga agak susah sehinggakan ibu bapanya hanya mampu membiayai pembelajarannya sehingga darjah enam sahaja dan tidak berpeluang untuk menyambung pelajaran di sekolah menengah.
Lee mula belajar untuk berniaga dengan menjual makanan ringan di luar rumahnya di Jalan Kampar, Klang dan banyak banyak menghabiskan masa dengan membaca buku serta majalah.
Minatnya dalam berniaga itu dipupuk dan mendapat sokongan daripada neneknya kerana beliau mempunyai impian untuk membantu keluarga dan membuka kedai runcit.

Pada tahun 1987 ketika berusia 23 tahun, beliau menggunakan wang simpanan sebanyak RM17,000 daripada menjual makanan ringan untuk membuka kedai runcit pertamanya bernama Pasar Raya Hiap Hoe di Klang.
Beberapa tahun selepas itu, Lee menjual perniagaan tersebut dengan harga RM88,000 dan membuka satu lagi pasar mini digelar ‘Pasar Mini 99’.
Mungkin ada yang tertanya-tanya, kenapa Lee pilih nombor 99?
Bagi Lee, nombor tersebut bukanlah nombor yang sempurna tetapi dia mempunyai impian untuk memberikan servis dan perkhidmatan yang terbaik kepada semua orang.
Selain memegang saham dalam 99 Speedmart, beliau juga mempunyai pelaburan dalam beberapa syarikat lain seperti francais Burger King di Malaysia.
Pada tahun 2023, Lee turut muncul sebagai salah seorang pemegang saham individu terbesar di Alliance Bank Malaysia dengan pegangan sekitar 5%.
Kejayaan 99 Speedmart Sehingga Ke Hari Ini

Pada tahun 2017, Lee sudah membuka 1,000 cawangan dan mengambil 10,000 orang pekerja di seluruh Malaysia. Malah, syarikatnya juga telah berjaya mencapai hasil kutipan sebanyak RM2.1 bilion pada tahun 2014.
Sehingga November 2021, pasar mini 99 Speedmart sudah dibuka lebih daripada 2,000 cawangan sekitar Malaysia.
Selain itu, 99 Speedmart juga telah menerima pelbagai anugerah seperti:
- Top Outstaing Retailer Brand Footprint 2024 Malaysia
- Best Taxpayer of the Year 2022
- Billion Dollar Club Award 2019
- Green RE Certification (Retails Category) 2023
- MyFutureJobs Award (Large Corporation) 2023
- Putra Brands Award (Retail Category) 2023
Baca Artikel Berkaitan: Mydin: Bagaimana Dari Sebuah Kedai Runcit Kecil Menjadi Pasar Raya Terkenal Di Malaysia
Baca Artikel Berkaitan: Ameer Ali Mydin Dedah ‘Rahsia’ Di Sebalik Kejayaannya
Baca Artikel Berkaitan: 99 Speedmart IPO: Record-Breaking Success Amidst Non-Shariah Compliance Concerns
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads  dan Instagram.Â