Helikopter Terhempas Di Bentong: Seorang Maut & 1 Lagi Selamat
Nahas helikopter terhempas di Bentong, Pahang itu berlaku selepas mereka hilang kawalan ketika mendarat sebelum terbakar.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Terbaharu, satu kemalangan telah dilaporkan berlaku pada jam 10:26 pagi hari ini (6 Februari) melibatkan sebuah helikopter Bell 206L4 di tapak pendaratan berhampiran Bentong, Pahang.
Memetik laporan Buletin TV3, helikopter yang disewa dan dikendalikan oleh MHS Aviation Berhad itu sedang menjalankan penerbangan kerja keudaraaan (aerial work) sebelum kemalangan berlaku.
Walau bagaimanapun, malang tidak berbau apabila helikopter berkenaan yang mahu mendarat untuk mengisi minyak secara tiba-tiba hilang kawalan lalu terbakar.

Seorang Kru Darat Warga Indonesia Maut Dalam Nahas Helikopter Di Bentong
Kemalangan tersebut telah melibatkan dua individu.
Namun hanya juruterbang sahaja yang terselamat manakala seorang kru darat warga Indonesia dikenali sebagai Pinsan Rizky dilaporkan maut di lokasi kejadian selepas terkena libasan bilah kipas helikopter berkenaan di bahagian kepala ketika pendaratan kecemasan.

Jelas jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), helikopter terbabit telah terbakar 100% ketika berada di darat.
“Seorang mangsa iaitu jurutera warga Indonesia disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM) disyaki terkena bilah kipas, manakala juruterbang selamat.
“Kebakaran berjaya dikawal dan padam sepenuhnya jam 11.06 pagi dan mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

CAAM Sahkan Nahas Helikopter Yang Terhempas Di Bentong
Insiden tersebut turut disahkan oleh Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) di laman X (@CAA_Malaysia).
CAAM dalam kenyataan menjelaskan maklumat terakhir yang diterima pada jam 10:18 pagi daripada pihak operator kepada Perkhidmatan Maklumat Penerbangan (FIS) di Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur (KLATCC) adalah mengenai makluman helikopter tersebut untuk mendarat.
Susulan itu, kes kemalangan ini bakal disiasat oleh Biro Siasatan Kemalangan Udara di bawah Kementerian Pengangkutan Malaysia mengikut Bahagian XXVI Peraturan Penerbangan Awam 2016.
#KenyataanMedia | 6 Februari 2025
— CAA Malaysia (@CAA_Malaysia) February 6, 2025
Kemalangan Pesawat Helikopter di Bentong, Pahang
‘Helicopter Accident Near Bentong, Pahang’ pic.twitter.com/UtqPDH7IGF
Insiden Nahas Helikopter Yang Pernah Berlaku Di Malaysia
Sebelum ini, kemalangan melibatkan helikopter di Malaysia juga pernah berlaku melibatkan dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang bertembung di udara pada 23 April 2024 lalu.
Dalam insiden terbabit, kesemua 10 mangsa dilaporkan maut dan tiada yang terselamat.
Baca Artikel Berkaitan: Nahas Helikopter Terhempas: TLDM Dedah Identiti 10 Anggota Terkorban
Baca Artikel Berkaitan: Mangsa Nahas Helikopter Di Lumut Dikira Sebagai Syahid Akhirat – UAI

Selain itu, satu lagi tragedi yang mengejukan seluruh rakyat Malaysia adalah tragedi pesawat ringan terhempas yang juga mengorbankan 10 nyawa di Elmina, Shah Alam, Selangor.
10 nyawa yang terkorban melibatkan lapan orang krew dan penumpang pesawat manakala dua lagi mangsa merupakan orang awam yang terdiri daripada penunggang motosikal dan pemandu kereta.
Baca Artikel Berkaitan: Tragedi Pesawat Terhempas Di Elmina Berlaku Kali Kedua Selepas Tempoh 46 Tahun
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.