Now Reading
Malaysia Negara Ke-4 Di Asia Tenggara Paling Banyak Membazir Makanan

Malaysia Negara Ke-4 Di Asia Tenggara Paling Banyak Membazir Makanan

Malaysia berada pada kedudukan empat yang tertinggi dalam masalah pembaziran makanan iaitu sebanyak 81 kilogram per kapita setiap tahun.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Di sesetengah negara yang mempunyai kehidupan agak mundur, mereka diuji dengan kekurangan sumber makanan sehingga perlu berebut-rebut dengan orang lain.

Namun di Malaysia, masyarakat kita perlu bersyukur kerana dilimpahi dengan pelbagai jenis hidangan sehingga rambang mata untuk memilihnya.

Walau bagaimanapun, ada satu masalah yang kerap kali terjadi dek kerana terlalu banyak makanan yang tersedia iaitu isu pembaziran terutamanya ketika bulan Ramadan.

Sumber: Gardens Myths

Baca Artikel Berkaitan: Peniaga Kecewa Kuetiau Hancur, Sanggup Buang 50 Paket Demi Jaga Kualiti

Baca Artikel Berkaitan: Didakwa Tipu Restoran Di Jepun Hingga Terpaksa Buang 25 Set Nasi Lemak, Agensi Pelancongan Malaysia Beri Penjelasan

Malaysia Tersenarai Sebagai Antara Negara Yang Banyak Membazir Makanan

Berdasarkan hantaran dimuat naik oleh Seasia Stats di laman Instagram mereka, isu pembaziran makanan semakin membimbangkan di seluruh dunia.

Menurut laporan Program Alam Sekitar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNEP) 2024, jumlah sisa makanan per kapita adalah berbeza-beza di seluruh dunia.

Tetapi jika dilihat di rantau Asia Tenggara, Malaysia berada pada kedudukan empat yang tertinggi dalam masalah pembaziran makanan iaitu sebanyak 81 kilogram per kapita setiap tahun selepas Laos, Thailand dan Kemboja.

Dalam senarai tersebut, negara yang dinobatkan paling kurang membuang makanan adalah Filipina iaitu hanya 26 kilogram setahun.

Senarai penuh adalah seperti berikut:

  1. Laos: 89kg
  2. Thailand: 86kg
  3. Cambodia: 85kg
  4. Malaysia: 81kg
  5. Myanmar: 78kg
  6. Timor-Leste: 78kg
  7. Brunei: 76kg
  8. Vietnam: 72kg
  9. Singapore: 68kg
  10. Indonesia: 53kg
  11. Filipina: 26kg

Dalam hantaran sama, negara-negara dengan tahap pembangunan ekonomi yang lebih tinggi seperti Singapura dan Malaysia mungkin mengalami pembaziran makan yang lebih ketara disebabkan oleh tabiat pengguna dan amalan mengagihkan makanan kepada masyarakat.

Namun berbeza pula dengan negara di mana pembangunan ekonomi yang agak rendah. Ini kerana masyarakat seperti di Timor-Leste dan Kemboja pula mungkin berhadapan dengan cabaran melibatkan keselamatan makanan.

Sekitar 90,000 Tan Makanan Terbazir Pada Bulan Ramadan Tahun 2023

Memetik laporan Sinar Harian, kajian menunjukkan peningkatan sebanyak 15% hingga 20% makanan dibazirkan semasa bulan Ramadan berbanding bulan-bulan lain.

Pada tahun 2023 sahaja, sekitar 90,000 tan yang terbazir semasa bulan Ramadan di Malaysia.

Menurut Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang, Mohideen Abdul Kader, sikap berlebihan dalam membeli hidangan untuk berbuka puasa menyebabkan masalah ini sering kali berlaku.

Selain itu, para peniaga di bazar Ramadan turut menyumbang kepada jumlah tersebut apabila mereka terpaksa membuang hidangan yang tidak habis terjual.

Baca Artikel Berkaitan: “Baik Sedekah Di Masjid” – Peniaga Bazar Buang Lebihan Air Balang Tak Terjual Raih Perhatian [Video]

Gambar sekadar hiasan. (Sumber: Freepik)

Tips Untuk Elakkan Berlakunya Pembaziran Makanan

Bagi mengelakkan masalah pembaziran semakin berleluasa, masyarakat memainkan peranan penting untuk saling memberi kesedaran mengenai perkara ini.

Jadi, jom kami kongsikan beberapa tips untuk anda semua bagi mengelakkan daripada berlakunya pembaziran makanan. Antaranya:

  • Membuat senarai makanan yang mahu dibeli.
  • Rancang menu harian.
  • Simpan dan panaskan lauk yang tidak habis untuk dimakan pada waktu lain.
  • Berkongsi hidangan dengan orang lain.
  • Kawal diri daripada nafsu membeli secara berlebihan.

Ingat ya, jangan beli banyak sangat.

Baca Artikel Berkaitan: Ini 7 ‘Pro Tip’ Untuk Anda Berkunjung Ke Bazar Ramadan. Cubalah!

Baca Artikel Berkaitan: Bos Baling Makanan Atas Lantai Kerana Bengang Staf Masak Terlalu Banyak Cetus Perdebatan [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Program MySaveFood Selamatkan Lebih 400kg Makanan Di Bazar Ramadan Kampung Baru


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm FacebookTwitter, Threads  dan Instagram. 

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd