Hanya Guru Besar & Guru Diberi Kuasa Boleh Rotan Murid – KPM
Menurut Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek, orang awam termasuk ibu bapa sebaliknya tidak boleh merotan murid.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Sewaktu di sekolah, para guru secara umumnya boleh mengambil tindakan atau mengenakan hukuman terhadap murid-murid yang melakukan kesalahan.
Antara hukuman yang biasa dikenakan terhadap murid-murid termasuk pemberian dimerit, berdiri selama tempoh tertentu serta merotan.
Namun dalam masa sama, orang ramai diingatkan bahawa hukuman yang sehingga menyebabkan kecederaan adalah dilarang dan boleh didakwa sebagai penganiayaan.
Baca Artikel Berkaitan: Dera 3 Kanak-Kanak Di Rumah Amal GISBH, Cikgu Dipenjara 10 Tahun
Baca Artikel Berkaitan: “Siapa Duduk Bersidai Dia Kena” – Gelagat Nenek Pantau Jemaah Solat Jumaat Guna Rotan Jadi Tumpuan
Baca Artikel Berkaitan: Apa Hukum Rotan Atau Pukul Anak Hingga Alami Kecederaan? Ini Penjelasan Pejabat Mufti WP
Hanya Guru Besar & Guru Diberi Kuasa Boleh Rotan Murid
Terbaharu, Kementerian Pendidikan (KPM) menegaskan bahawa hanya guru besar atau guru yang diberi kuasa boleh melaksanakan hukuman rotan terhadap murid-murid.
Malah, hukuman tersebut juga tertakluk kepada garis panduan yang ketat seperti yang dinyatakan dalam Peraturan-peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah) 1959.
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek menjelaskan bahawa berdasarkan kepada peruntukan perundangan sedia ada, ibu bapa atau orang awam tidak mempunyai kuasa untuk mengenakan tindakan fizikal, termasuk merotan, murid yang melakukan kesalahan.
Murid Perempuan Tidak Boleh Dirotan
Di samping itu, beliau turut menegaskan bahawa hukuman rotan tidak boleh dilaksanakan di khalayak ramai termasuk di tapak perhimpunan sekolah. Malah, murid perempuan juga tidak boleh dirotan.
“Hukuman rotan juga sama sekali tidak boleh dilaksanakan di khalayak ramai atau di tapak perhimpunan sekolah, seperti yang diperincikan dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 7/2003 berkaitan Kuasa Guru Merotan Murid, selain tidak boleh dikenakan ke atas murid perempuan,” ujarnya.
Hukuman Rotan Hanya Bagi Kesalahan Berat
Fadhlina juga menjelaskan bahawa hukuman rotan tersebut dikenakan bagi kesalahan berat dan bertujuan untuk mendisiplinkan murid.
“Hukuman rotan adalah antara bentuk hukuman yang boleh dikenakan terhadap murid yang melakukan kesalahan berat, termasuk kesalahan buli, namun hukuman ini tidak bertujuan mendera, sebaliknya bertindak sebagai kaedah pendidikan yang bersifat membimbing dan mendisiplinkan murid supaya mereka dapat memahami implikasi perbuatan mereka.
“Hukuman rotan hanya boleh dilaksanakan mengikut garis panduan yang ditetapkan dan oleh pihak yang diberi kuasa,” katanya.
Dalam masa sama, Fadhlina berkata KPM menegaskan pendekatan pendidikan yang bersifat membina, seperti bimbingan kaunseling dan pengukuhan nilai murni sebagai langkah lebih efektif dalam membentuk murid agar menjadi berakhlak dan berintegriti.
Komunikasi Sekolah & Ibu Bapa Penting Bagi Isu Disipilin Murid
Menerusi jawapan bertulis di Dewan Rakyat hari ini (5 Februari), beliau menjelaskan perkara itu bagi menjawab pertanyaan Abd Ghani Ahmad (PN-Jerlun) mengenai sama ada kementerian akan membenarkan waris pelajar yang dibuli untuk merotan pembuli yang juga dalam kalangan pelajar ketika perhimpunan pagi di sekolah.
Fadhlina turut berkongsi pandangan KPM dalam memperkukuhkan komunikasi antara pihak sekolah dan ibu bapa bagi menangani isu disiplin murid-murid sebagai pendekatan yang lebih berkesan.
“KPM sentiasa berusaha memastikan pelaksanaan disiplin di sekolah sejajar dengan dasar pendidikan yang menitikberatkan pembentukan akhlak dan integriti.
“Semua pihak diseru untuk bersama-sama memainkan peranan dalam memastikan persekitaran sekolah yang selamat, kondusif dan harmoni bagi melahirkan generasi yang berdisiplin dan bertanggungjawab,” ujarnya.
Hanya Boleh Rotan Di Tapak Tangan Atau Punggung Berlapik
Walaupun hukuman rotan boleh dijalankan oleh guru besar atau guru yang diberi kuasa terhadap murid-murid, namun ia haruslah mengikut syarat yang ditetapkan dalam Peraturan-peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah) 1959.
Malah, hukuman dera termasuk merotan terhadap murid perempuan adalah dilarang.
Bagi hukuman dera ke atas murid lelaki pula, ia hanyalah dihadkan kepada merotan di tapak tangan atau di punggung yang berlapik dengan pakaian menggunakan rotan yang ringan.
Di samping itu, pihak sekolah juga perlu menyediakan rekod semua hukuman dijalankan yang disimpan secara sulit mengikut bentuk yang diluluskan oleh Pendaftar.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Tindakan Warden Sekolah Buang Rokok & Vape Yang Dirampas Raih Pujian
Baca Artikel Berkaitan: Ini 5 Cara Didik Anak Menurut Imam Hassan al-Banna
Baca Artikel Berkaitan: [Video] “Boleh Beri Pengajaran” – Aksi Sebatan Di Muzium Penjara Boleh Buat Anak Kecil Insaf
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.