[Video] Alza ‘Makan Jalan’ Rempuh 5 Kenderaan Di Bukit Ampang, Seorang Penunggang Motosikal Maut
Insiden yang berlaku pada 4.45 petang semalam (3 Februari) menyebabkan kereta Perodua Alza merempuh empat motosikal dan sebuah kereta lain dari arah bertentangan.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Satu kemalangan maut telah dilaporkan berlaku di sekitar kawasan Jalan Hulu Langat-Ampang, Kuala Lumpur semalam (3 Februari).
Kemalangan yang berlaku pada jam 4.45 petang itu membabitkan sebuah kereta jenis Perodua Alza yang merempuh lima buah kenderaan dari arah bertentangan.
Menerusi rakaman ‘dashcam’ yang dikongsi di laman X (@mynewshub), kelihatan jalan kosong sebelum Alza tersebut yang dari arah bertentangan tiba-tiba memasuki laluan dan melanggar empat buah motosikal.
Kereta yang merakam kejadian itu juga turut dirempuh dalam insiden terbabit.
Kemalangan di Bukit Ampang
— MYNEWSHUB (@mynewshub) February 2, 2025
02/02/2025 pic.twitter.com/XTNchbV4yY
Seorang Penunggang Motosikal Maut Dirempuh Perodua Alza
Berdasarkan laporan Malaysia Gazatte, mangsa yang terkorban dalam insiden terbabit ialah penunggang motosikal, Aysar Zahran Saiful Alimin.
Menurut Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof, siasatan awal mendapati empat buah motosikal dan sebuah kereta daripada arah Hulu Langat menghala ke Ampang sebelum dirempuh Alza dari arah bertentangan.
“Akibat daripada kemalangan ini, penunggang motosikal seorang lelaki Melayu, berumur 20 tahun meninggal dunia di tempat kejadian manakala lima lagi penunggang dan pembonceng motosikal yang lain di bawa ke Hospital Ampang untuk mendapat rawatan,” ujarnya.
Kedua-dua pemandu kereta bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.
Pemandu Kereta Alza Akan Direman Hari Ini
Tambah Naazron, kesemua mereka yang terlibat dalam insiden terbabit berumur antara 17 hingga 38 tahun.
Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta agar menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Narolhisyam Bin Endi di talian 019-5897115.
Dalam masa sama, dilaporkan bahawa kereta Alza tersebut akan dihantar bagi pemeriksaan Puspakom dan Jabatan Kimia. Manakala pemandu berusia 27 tahun akan direman hari ini (3 Februari).
Allahyarham Aysar Zahran Tempat Ke-2 Dunia Bagi Kertas MA1 FIA
Menurut seorang pengguna Facebook, Norman Haikal, mangsa Aysar Zahran yang telah maut dalam nahas terbabit merupakan rakannya.
“Dari cerita saksi yang kena, Alza dari Ampang masuk jalan seberang, sampai langgar beberapa motosikal dari arah Hulu Langat.
“Arwah yang kena ‘head-on’ dengan Alza tersebut sampai menyebabkan arwah terpelanting ke tepi jalan,” katanya.
Menerusi perkongsian oleh Tymba Education di Instagram, arwah merupakan penerima Biasiswa MyPAC – Maybank Islamic Berhad Scholar.
Allahyarham telah mencapai kejayaan luar biasa apabila mendapat tempat pertama di Malaysia dan kedua di dunia bagi kertas Management Information 1 (MA1) dalam peperiksaan Foundations in Accountancy (FIA) pada Disember 2023.
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.