Now Reading
[Video] Kedutaan Malaysia Di Jakarta Dipenuhi Telur Selepas Dibaling Penunjuk Perasaan

[Video] Kedutaan Malaysia Di Jakarta Dipenuhi Telur Selepas Dibaling Penunjuk Perasaan

Perkarangan kedutaan Malaysia di Jakarta dipenuhi dengan kulit telur serta lendir sehingga menutup simbol Jata Negara di pintu masuk.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Kedutaan Malaysia di Jakarta semalam (30 Januari) telah berdepan satu kekecohan selepas kira-kira 100 orang penunjuk perasaan dari pelbagai kumpulan hak asasi manusia dan kesatuan pekerja dilaporkan bertindak agresif.

Memetik laporan Sinar Harian, mereka dipercayai telah melemparkan telur sehingga menutup simbol Jata Negara di pintu masuk kedutaan berkenaan mengakibatkan perkarangan lokasi terbabit dipenuhi dengan kulit serta lendir.

Selain itu, mereka turut membawa sepanduk yang bertulis ‘Tangkap dan penjarakan polis Malaysia yang menembak mati pekerja asing Indonesia’ sebagai tanda protes.

Penunjuk Perasaan Bantah Dengan Tindakan Maritim Malaysia Tembak Warga Indonesia Ceroboh Perairan Malaysia

Aksi kumpulan itu membaling telur adalah berpunca dari ketidakpuasan hati susulan kes warga Indonesia berusia 50 tahun yang ditembak oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) di perairan Tanjung Rhu, Banting, Selangor pada 24 Januari lalu.

Dalam insiden tersebut, empat lagi cedera selepas mereka didakwa menceroboh perairan Malaysia.

Sehari selepas kejadian itu, Kementerian Luar Negeri Indonesia (Kemlu) mengeluarkan kenyataan bahawa kelima-lima mangsa dari negara republik berkenaan cuba untuk meninggalkan Malaysia secara haram.

Sementara itu, Kementerian Luar Negeri turut menggesa siasatan berhubung kejadian ini dilakukan terutamanya melibatkan dakwaan penggunaan kekerasan yang berlebihan oleh anggota Maritim Malaysia.

@kompascom

Massa melemparkan telur ke Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta, Kamis (30/1/2025). Aksi pelemparan telur ini merupakan bentuk protes pedemo atas penembakan pekerja migran Indonesia oleh aparat Malaysia di perairan Selangor. Sumber: AP Kreatif: Safira Nurulita Produser: Reza Kurnia Darmawan / #Migran #Pekerja #Kedubes #Malaysia #peristiwa #read #FYP

♬ Epic News – DM Production

Lebih 75 Kes Kematian Seperti Ini Dilaporkan Berlaku Sejak 2005

Pengarah Eksekutif Migrant Care iaitu Wahyu Susilo menjelaskan kematian yang berlaku ini bukanlah kes pertama yang didakwa berpunca oleh pihak berkuasa Malaysia.

Tambahnya lagi, Migrant Care merekodkan sekurang-kurangnya 75 kes kematian sebegini telah berlaku sejak tahun 2005.

Susulan itu, Presiden Indonesia Prabowo Subianto turut berjanji untuk menyelesaikan isu ini dengan kerajaan Malaysia selepas digesa oleh kumpulan terbabit.

Apa Sebenarnya Yang Berlaku?

Memetik laporan Astro Awani, kejadian tercetus semasa APMM sedang membuat rondaan pada jam 3 pagi dengan menaiki bot peronda sebelum dilanggar empat kali oleh sebuah bot dipercayai milik pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia.

Pihak polis Selangor mengesahkan terdapat provokasi yang berlaku melibatkan kumpulan berkenaan sebelum APMM bertindak melepaskan tembakan.

Sumber: Maritim Malaysia

Jelas Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, hasil siasatan mendapati terdapat kesan bot milik APMM itu dilanggar sebanyak empat kali dan dua bilah parang ditemui pula ditemui dalam bot dinaiki PATI tersebut.

“Polis mendapati bot dinaiki PATI yang cuba keluar dari perairan negara mereka bertembung dengan bot peronda APMM.

“Dalam pertembungan itu dipercayai ada berlaku provokasi yang menyebabkan bot PATI ini ada melanggar bot APMM dalam usaha mereka melarikan diri apabila diarah untuk berhenti.

“Dalam proses itu, berlaku insiden menembak yang mana ada provokasi daripada pihak yang berada di (atas) bot PATI ini,” katanya.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook,  Twitter, Threads  dan Instagram. 

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd