Selangor Sedia Beri Bantuan Pada Anak Bekas GISBH Untuk Masuk Ke Sekolah Kerajaan
Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah membuat permohonan agar 200 anak-anak bekas ahli GISBH yang telah selesai menjalani pemulihan dimasukkan ke sekolah kebangsaan.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Pada tahun lepas, negara digemparkan dengan berita serbuan di rumah amal GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) pada 11 September yang berjaya menyelamatkan 402 orang kanak-kanak.
Sehubungan itu, seorang guru agama yang juga warden, Muhammad Barur Rahim Hisam telah dihukum penjara 10 tahun atas tuduhan menganiaya tiga kanak-kanak lelaki di rumah amal terbabit.
Isu berkaitan GISBH hangat diperkatakan sehingga timbul dakwaan kumpulan itu mengamalkan ajaran sesat. Empat negeri iaitu Perlis, Selangor, Pahang dan Melaka dalam pada itu telah mengisytiharkan GISBH sebagai ajaran sesat.
Baca Artikel Berkaitan: Polis Serbu Premis Rumah Amal GISB, Kanak-Kanak Diajar Meliwat & Diliwat
Baca Artikel Berkaitan: Dera 3 Kanak-Kanak Di Rumah Amal GISBH, Cikgu Dipenjara 10 Tahun
Baca Artikel Berkaitan: Ada Kanak-Kanak Diselamatkan Dari Rumah Amal Dikaitkan Dengan GISBH Berstatus OKU, Autisme & ‘Bin Abdullah’
200 Anak Bekas Ahli GISBH Akan Masuk Sekolah, Kerajaan Selangor Sedia Bantu
Terkini, media melaporkan bahawa 200 anak bekas kakitangan GISBH yang akan dimasukkan ke sekolah kerajaan dan kerajaan Selangor sedia memberi bantuan persekolahan yang sewajarnya.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Tetap Agama Islam negeri Selangor, Dr Mohammad Fahmi Ngah, kanak-kanak yang sebelum ini hanya mendapat pendidikan tidak formal akan dibantu sebagai langkah menyokong persekolahan mereka.
Katanya, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah membuat permohonan agar 200 kanak-kanak terbabit yang telah selesai menjalani pemulihan dimasukkan ke sekolah kebangsaan.
“Kerajaan negeri bersetuju memberikan bantuan persekolahan kepada mereka seperti anak yang lain, insya-Allah kita akan bekalkan secara peribadi kepada setiap anak.
“Setakat ini, belum ada peruntukan khusus (bantuan sekolah) tetapi kita juga menerima tawaran daripada penyumbang luar yang hendak bantu, kita tetapkan mungkin dalam RM200 untuk setiap anak yang bakal bersekolah nanti,” katanya dipetik Berita Harian.
Kanak-Kanak Pandai Membaca, Menulis & Mengira
Beliau mengulas perkembangan terkini kanak-kanak GISBH ketika di sesi sidang media selepas Majlis Amanat Tahun Baharu 2025 dan Pelancaran Penjenamaan Kita Selangor oleh Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari hari ini (27 Januari).
Tambah Mohammad Fahmi, laporan yang diterima oleh kerajaan negeri mendapati kesemua kanak-kanak berkenaan pandai membaca, menulis dan mengira sepanjang tempoh pemulihan.
“Bagi anak orang kurang upaya (OKU) yang jumlahnya tidak ramai, mereka boleh dimasukkan di sekolah kebangsaan (SK) seperti disyaratkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM),” ujarnya.
Mohammad Fahmi berkata bahawa Lembaga Zakat Selangor (LZS) wajar memberi bantuan asnaf Riqab kepada bekas ahli GISBH yang dipulihkan mengikut titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Ada Kanak-Kanak Diselamatkan Berisiko Jadi ‘Homeless’
Pada 1 Oktober lalu, Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan bahawa tahap kesihatan mental kanak-kanak yang diselamatkan daripada rumah amal GISBH sedang dinilai.
Menterinya Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata kanak-kanak yang terbabit disyaki mengalami cabaran kesihatan mental, kemungkinan disebabkan oleh trauma yang dilalui.
Dalam masa sama, pengamal undang-undang sivil dan syarie, Muhammad Hariz Md Yusoff berkata terdapat kanak-kanak yang diselamatkan berisiko diisytihar sebagai tanpa warganegara (stateless) kerana mempunyai status nasab yang samar.
Baca Artikel Berkaitan: “Tahap Kesihatan Mental Kanak-Kanak Diselamatkan Dari Rumah Amal GISBH Sedang Dinilai” – KKM
Baca Artikel Berkaitan: KPN Dedah Ada Ahli GISBH Miliki 34 Anak, Tetapi Hanya 2 Orang Tinggal Bersama
Baca Artikel Berkaitan: Khutbah Jumaat: JAKIM Ulas Isu Ajaran Sesat, JAIS Sentuh Kes Eksploitasi Kanak-kanak Babit GISBH
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram.