Now Reading
3 Pelajar Orang Asli Jadi Juara Dunia Menang Pertandingan Robotik Di Korea Selatan

3 Pelajar Orang Asli Jadi Juara Dunia Menang Pertandingan Robotik Di Korea Selatan

Menurut Guru Besar SK Permatang Keledang, Ahmad Zaki Zainuddin kejayaan yang dikecapi tiga pelajar Orang Asli itu turut mengangkat nama sekolah dan negara ke peringakat antarabangsa.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Setiap individu tidak kira kecil mahupun dewasa pasti mempunyai impian untuk mengharumkan nama negara ke persada dunia.

Malah mereka yang terbang ke luar negara untuk mewakili negara ini juga membawa harapan yang begitu tinggi kepada masyarakat.

Kejayaan menjulang nama negara pasti akan menjadi satu kenangan manis bukan sahaja kepada si pemenang malah turut membanggakan orang sekeliling.

3 pelajar Orang Asli dinobatkan juara menang pertandingan robotik di Korea Selatan

Terbaharu, tiga orang pelajar Orang Asli dari Sekolah Kebangsaan (SK) Permatang Keledang, Pekan, Pahang telah mengharumkan nama Malaysia apabila mereka dinobatkan sebagai juara dalam kategori Robotik Inovasi sewaktu pertandingan International Robot Olympiad ke-26 2024/2025 di Busan, Korea Selatan pada 20 Januari.

Hasil daripada kemenangan itu, ketiga-tiga pelajar ini turut membawa pulang pingat emas.

3 pelajar pernah bertanding di China & Korea selatan

Jelas Guru Besar SK Permatang Keledang, Ahmad Zaki Zainuddin kejayaan dikecapi oleh pelajar berkenaan di pentas antarabangsa berkenaan di luar jangkaan serta membuatkan semua pihak bangga.

“Misi meraih kejayaan digalas oleh dua murid tahun enam seorang murid tahun lima iaitu Matthew Jambai Karong, HafiezieAzwanizizi dan Fizrey Rovince Ronachai. Sebelum ini kita pernah tiga kali bertanding di China dan Korea Selatan.

“Kejayaan ini membuktikan bakat dan kemampuan murid Orang Asli yang belajar di SK Permatang Keledang setanding dengan murid di sekolah lain. Sokongan serta usaha gigih dan komitmen tenaga pengajar dalam mengasah kemahiran sains dan teknologi begitu tinggi.

“Pertandingan menugaskan peserta mencipta dan mempersembahkan solusi robototik secara berpasukan, setiap masalah perlu diselesaikan dengan berkesan,” ujarnya, lapor Berita Harian.

Kejayaan diperoleh 3 pelajar angkat nama sekolah dan Malaysia

Menurut beliau lagi, pencapaian yang dikecapi tiga orang pelajar itu tidak hanya membanggakan bahkan turut mengangkat nama sekolah dan negara di peringkat antarabangsa.

Guru berkenaan turut berharap kejayaan tersebut dapat memberikan inspirasi kepada ramai pelajar termasuk guru untuk terus berinovasi, berusaha serta mencapai kejayaan dalam bidang yang lebih meluas.

Untuk maklumkan pertandingan International Robot Olympiad ini telah diperkenalkan pada tahun 1999 di mana ia menggalakan para peserta untuk bertukar idea, mengasah kemahiran dalam menyelesaikan masalah termasuk berinovasi untuk masa hadapan.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook,  Twitter, Threads  dan Instagram. 

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd