Vivy, Fadza Mengaku Tidak Bersalah Atas Dakwaan Salah Guna Dana PNB & Khazanah
Pengasas FashionValet, Vivy Yusof dan Fadza Anuar dibenarkan ikat jamin RM100,000 setiap seorang dengan seorang penjamin.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Kontroversi melibatkan kerugian dana awam milik Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dan Permodalan Nasional Bhd (PNB) bernilai RM43.9 juta dalam FashionValet (FV) masih belum berjumpa titik noktahnya.
Sebelum ini pada 5 Disember lalu, Pengasas platform e-dagang FashionValet (FV), Datin Vivy Yusof dan suaminya Datuk Fadzarudin Shah Anuar mengaku tidak bersalah atas pertuduhan pecah amanah membabitkan dana pelaburan PNB serta Khazanah.
Mengikut pertuduhan, pasangan ini didakwa telah melakukan pecah amanah selepas melakukan pembayaran bernilai RM8 juta dari akaun bank milik FV kepada syarikat 30 Maple Sdn Bhd.
Baca Artikel Berkaitan: Vivy, Fadza Didakwa Pecah Amanah RM8 Juta
Vivy, Fadza Mengaku Tidak Bersalah Atas Dakwaan Salah Guna Dana PNB & Khazanah
Memetik laporan Kosmo, Vivy dan Fadza sekali lagi dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini (22 Januari) atas pertuduhan pilihan iaitu menyalahgunakan dana pelaburan PNB dan Khazanah bernilai RM8 juta.
Walau bagaimanapun, kedua-dua mereka mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Rosli Ahmad.

Mengikut pertuduhan pilihan itu, Vivy, 38 dan Fadza, 37 didakwa secara tidak jujur telah menyalahgunakan harta milik syarikat Fashion Valet Sdn Bhd tersebut pada 21 Ogos 2018 di sebuah bank di Bukit Damansara.
Mengikut peruntukan Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, pesalah boleh dijatuhi hukuman penjara tidak kurang enam bulan dan tidak lebih lima tahun serta sebatan dan denda.
Vivy Yusof & Fadza Anuar Dibenar Ikat Jamin RM100,000 Seorang
Timbalan Pendakwa Raya Haresh Prakash Somiah pula mencadangkan mahkamah agar menggunakan jumlah jaminan yang sama iaitu RM100,000 bagi setiap tertuduh dengan seorang penjamin.
Hakim Rosli kemudiannya membenarkan permohonan agar kedua-dua tertuduh diikat dengan jumlah yang sama seperti sebelum ini.
Sementara itu, peguam Ashok Athimulan yang mewakili Vivy dan Fadza juga akur dan tidak membantah dengan isu ikat jamin tersebut.
Pada masa yang sama, Haresh turut memohon satu lagi tarikh sebutan kes bagi membolehkan pihak pendakwaan menyerahkan dokumen kepada pihak pembelaan.
Sebutan semula kes telah ditetapkan pada 10 Mac ini.

Ramai Tak Setuju Vivy Mahu Bina Aplikasi Bersedekah
Terdahulu, Vivy menerusi IG Story di laman Instagram miliknya telah meluahkan hasrat untuk membina aplikasi yang membolehkan orang ramai memberikan sedekah kepada golongan memerlukan.
Meskipun ia satu perkara yang positif, namun rata-rata masyarakat meluahkan rasa kurang setuju dengan perancangan pengasas FashionValet itu selepas namanya terlibat dalam kes melibatkan kewangan.
Malah, segelintir netizen turut mempersoalkan bagaimana Vivy boleh terlintas untuk mewujudkan aplikasi berkenaan sedangkan dia masih terlibat dalam perbicaraan kes pecah amanah.
Selain itu, pengguna media sosial juga meminta pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk membendung perkara ini berikutan usahawan berkenaan masih dalam pertuduhan jenayah.
Baca Artikel Berkaitan: “Dia Lupa Ke Dia Ada Kes?” – Usaha Vivy Yusof Ingin Tubuhkan Aplikasi Sedekah Terima Kecaman
Baca Artikel Berkaitan: “My Fav Meal” – Vivy Yusof Terharu Ada Kenalan Hantar ‘Beef Wellington’ Lepas Akaun Dibekukan
Baca Artikel Berkaitan: “Embracing My New Private Era” – Vivy Yusof Umum Akaun IG Kini Peribadi
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.