[Video] Taiwan Dilanda Gempa Bumi Bermagnitud 6.4, 26 Penduduk Cedera & 50 Terperangkap
Merujuk kepada laman web Pusat Seismologi Pentadbiran Cuaca Pusat, tahap intensiti 6- seperti di Chiayi, Taiwan menyebabkan gegaran ganas sehingga menyukarkan untuk berdiri.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Jika Malaysia kerap mengalami banjir terutamanya ketika musim tengkujuh, negara-negara lain pula berdepan dengan pelbagai risiko bencana alam termasuk gempa bumi dan ribut taufan.
Pada tahun lepas, Agensi Meteorologi Jepun (JMA) mengeluarkan amaran ‘megaquake’ bermagnitud 7.1 buat pertama kali sejak ia diperkenalkan susulan gempa bumi dan tsunami di negara itu pada 2011.
Baca Artikel Berkaitan: Jepun Keluarkan Amaran ‘Megaquake’ Buat Kali Pertama Lepas Dilanda Gempa Bumi 7.1 Magnitud
Taiwan Dilanda Gempa Bumi Magnitud 6.4
Pada awal pagi semalam (21 Januari), Taiwan telah dilanda gempa bumi bermagnitud 6.4.
Gempa yang diikuti beberapa kejutan lanjur di selatan negara itu mengakibatkan puluhan cedera, manakala 50 lagi terperangkap di kawasan perkampungan apabila rumah dan jalan runtuh.
Menurut laporan Awani yang memetik sumber Agensi Berita Pusat (CNA), data terkini oleh Kementerian Kesihatan dan Kebajikan mencatatkan seramai 26 individu mengalami kecederaan dan telah dihantar ke hospital setakat lewat pagi Selasa.
Jalan Masuk Ke Kampung Xixing Terhalang, 50 Penduduk Terpisah
CNA melaporkan Kampung Xixing yang terletak di Daerah Dapu mengalami kerosakan teruk sehingga menghalang jalan masuk ke kampung sekaligus mengakibatkan sekitar 50 penduduk terpisah.
Sehubungan itu, pejabat dan sekolah di Dapu yang terletak di Wilayah Chiayi iaitu pusat gempa telah ditutup semalam.
Dalam pada itu, Agensi Bomba Kebangsaan memaklumkan bahawa lapan individu yang terperangkap dalam bangunan di Bandar Tainan dan Chiayi telah berjaya diselamatkan.
Manakala Biro Lebuh Raya telah membersihkan jalan yang terhalang akibat batu-batu yang jatuh di Daerah Jiasian, Kaohsiung.
Di Perbandaran Haituan, Taitung pula cerun yang runtuh telah menghalang jalan raya. Ia bagaimanapun dijangka akan dibuka bagi laluan sehala menjelang tengah hari dengan kedua-dua hala dibuka pada pukul 3 petang ini.
@tengtailang Earthquake scene in Taiwan#disaster #earthquake #台灣
♬ オリジナル楽曲 – tengtailang – tengtailang
Skala Intensiti Tertinggi Dicatatkan Di Dapu
Menurut Pentadbiran Cuaca Pusat (CWA), Wilayah Chiayi dilanda gempa bumi utama pada 12.17 tengah malam. Dapu mencatatkan intensiti tertinggi pada tahap 6- berbanding skala intensiti 7-tingkat Taiwan.
Merujuk kepada laman web Pusat Seismologi Pentadbiran Cuaca Pusat, tahap intensiti 6- menyebabkan gegaran ganas sehingga menyukarkan untuk berdiri.
Ini diikuti Bandar Tainan dan Bandar Kaohsiung dengan intensiti 5-, serta beberapa wilayah dan bandar lain yang mengalami intensiti gegaran pada tahap 4 dan 3. Ibu negara Taiwan, Taipei mencatatkan intensiti pada tahap 2.
Susulan gempa bumi utama yang melanda, hampir 50 kejutan lanjur (aftershock) direkodkan di selatan Taiwan sehingga 3.30 pagi hari kejadian. Data CWA mencatatkan kejutan lanjur terkuat bermagnitud 5.2 pada 1.42 pagi.

Taiwan Alami Gempa Terkuat Pada April 2024
Terdahulu, Taiwan pernah merekodkan gempa bumi dengan magnitud 7.4 pada 3 April 2024, yang menjadikannya gempa terkuat dalam tempoh 25 tahun.
Pusat gempa yang berada di perairan kira-kira 18km ke selatan daerah timur Hualien dan 138km dari Taipei itu, turut dirasai di Jepun dan luar pantai timur tanah besar China.
Menurut Center for Disaster Philanthropy, Taiwan setelah itu dilanda beratus gempa susulan dengan sekurang-kurangnya 18 terkorban sehingga Oktober tahun lalu.
Baca Artikel Berkaitan: Gempa Bumi 7.4 Magnitud Di Taiwan, Paling Buruk Dalam Tempoh 25 Tahun
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.