Now Reading
[Video] Kilang Penyimpanan Gas Meletup Di Klang, 3 Pekerja Warga Asing Cedera Parah

[Video] Kilang Penyimpanan Gas Meletup Di Klang, 3 Pekerja Warga Asing Cedera Parah

Letupan yang berlaku di sebuah kilang penyimpanan gas di Taman Perindustrian Kapar Bestari, Klang dipercayai berpunca daripada bahan kimia yang disimpan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Semalam (20 Januari), media melaporkan insiden letupan di sebuah kilang penyimpanan gas di Taman Perindustrian Kapar Bestari, Klang, Selangor.

Menurut Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan, panggilan kecemasan diterima pusat kawalan daerah Klang Utara kira-kira jam 4.45 petang.

Letupan Berpunca Dari Bahan Kimia Yang Disimpan

Hussein berkata hasil siasatan awal yang dijalankan mendapati letupan berpunca daripada bahan kimia yang disimpan di perkarangan kilang terbabit.

“Terdapat kerosakan pada bangunan itu dan juga beberapa kilang berhampiran. Buat masa ini tiada kemalangan jiwa dilaporkan,” katanya dipetik MalaysiaGazette.

Sehubungan itu, siasatan lanjut di lokasi kejadian telah dijalankan oleh pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) bersama Unit Bahan Berbahaya (Hazmat).

Terdapat Asap Kuning Sehingga Pedih Mata

Dalam masa sama, pihak JBPM Selangor menerima maklumat mengenai letupan itu pada 4.32 petang.

Penolong Pengarah Operasi JBPM Selangor berkata, pihaknya menerima maklumat letupan itu pada jam 4.32 petang di Jalan Bestari 3 A, Ku 7, Taman Perindustrian Sungai Kapar Indah.

14 pegawai dan anggota yang merangkumi Hazmat dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Klang Utara dengan bantuan BBP Shah Alam digegaskan ke lokasi insiden.

“Sebaik tiba di tempat kejadian, Komander Operasi, Shaharil Mohamad Hassan@Ibrahim memaklumkan terdapat asap berwarna kuning yang memedihkan mata.

“Pasukan Hazmat yang berada di lokasi segera membuat pengujian udara dan mendapati udara dalam keadaan normal namun bahan yang terbakar didapat adalah ‘recycle asid’

“Terdapat sebuah lori tanker didapati hancur akibat terbakar dalam kejadian itu,” jelasnya.

Setakat semalam, pasukan Hazmat sedang membuat pemantauan di lokasi sambil menunggu siasatan lanjut oleh pihak Jabatan Alam Sekitar (JAS).

3 Cedera Parah Akibat Letupan Di Kilang

Insiden letupan tersebut mengakibatkan tiga lelaki warga asing cedera parah akibat melecur.

Menurut Penolong Pengarah Operasi JBPM Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar, tujuh mangsa bukan warganegara terlibat dengan insiden tersebut.

“Tiga orang mangsa mengalami kecederaan parah akibat melecur manakala empat mangsa berjaya menyelamatkan diri. Kebakaran berjaya di kawal pada jam 2 pagi,” katanya dipetik Berita Harian.

Kebakaran Babitkan Gudang Penyimpanan Jentera Berat & Kilang Lain

Tambahnya, laporan komander operasi menyatakan bahawa kebakaran berkenaan membabitkan 80% daripada keluasan 3,200 kaki persegi di kilang penyimpanan gas tersebut.

Kebakaran turut merebak ke gudang penyimpanan jentera berat yang terletak bersebelahan kilang.

“Gudang berkenaan turut terbakar 80%. Sebuah lagi kilang di bahagian belakang dengan keluasan 1,500 kaki persegi pula terbakar 20%,” katanya.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd