Now Reading
Peniaga Singapura Guna ‘Vending Machine’ Jual Durian Dari Malaysia Di MRT

Peniaga Singapura Guna ‘Vending Machine’ Jual Durian Dari Malaysia Di MRT

Setiap bungkusan durian dengan berat 400 gram di mesin layan diri di MRT Tampines itu dijual dengan harga RM125 (SGD38).

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Kalau pergi ke mana-mana negara sekali pun, mesti anda akan ternampak banyak mesin layan diri atau ‘vending machine’ diletakkan di beberapa lokasi seperti kaki lima jalan, pusat membeli-belah dan sebagainya.

Selalunya mesin tersebut akan menjual makanan dan minuman ringan. Di Malaysia, ada juga syarikat yang menggunakannya untuk menjual permainan kanak-kanak dan juga produk penjagaan wajah.

Tetapi pernah tak anda tengok ‘vending machine’ itu menjual buah durian? Bunyi macam pelik, tapi tak mustahil ya.

Peniaga Di Singapura Jual Durian Guna Mesin Layan Diri

Memetik laporan The Straits Times, sebuah jenama dari Singapura dikenali sebagai Kaki Kaki tampil dengan idea unik iaitu menjual buah durian menggunakan mesin layan diri.

Bagi memudahkan lebih ramai orang membeli buah tersebut, mesin layan diri itu akan diletakkan di stesen MRT Tampines dengan sejumlah kotak durian Musang King bermula hari ini (20 Januari).

Setiap kotak itu mengandungi 400 gram durian dan dijual pada harga RM125 (SGD38).

Yang menariknya lagi, mereka akan menukar buah durian baharu setiap hari dan buah yang tidak terjual akan dimasak sebagai puri dan digunakan untuk kek.

Sumber: Facebook Kaki Kaki
Sumber: Facebook Kaki Kaki

Mesti ada yang terfikir, kenapa mereka mahu jual durian dalam ‘vending machine’?

Jelas pengasas Kaki Kaki iaitu C.Y. Wong, syarikat Kaki Kaki yang telah beroperasi selama 10 tahun dalam bidang perniagaan ini mahu memberikan akses dan pengalaman kepada masyarakat dalam memilih buah durian yang berkualiti tinggi.

“Mesin layan diri membolehkan kami menyelaraskan operasi sambil memastikan setiap durian dikendalikan dengan berhati-hati, tepat dan konsisten.

“Semua durian kami diangkut melalui proses rantaian sejuk, dari ladang ke meja, untuk mengekalkan kualiti tertinggi,” kata pengasas berusia 37 tahun itu.

Lebih istimewa lagi, mereka juga bekerjasama secara terus dengan pengusaha durian di Malaysia dan tidak menggunakan ‘orang tengah’ selain membelinya secara pukal bagi menjimatkan kos.

Sumber: Facebook Kaki Kaki

Selain beroperasi di gerai mereka bertempat di Tiong Bahru Market, Kaki Kaki juga baru sahaja melancarkan mesin layan diri menjual durian ini di beberapa kondominium sejak Disember 2024.

Sumber: Facebook Kaki Kaki

Durian Disenarai Sebagai Buah Kebangsaan Singapura

Sebelum ini ASEAN Skyline mengkategorikan bahawa durian sebagai buah kebangsaan bagi negara Singapura.

‘Biar betul?’ Pastinya ungkapan pertama yang keluar dari mulut korang selepas membaca fakta ini kan? Sama lah seperti kami.

Berdasarkan carian di Google, buah betik adalah buah kebangsaan bagi negara Malaysia dan ia boleh berbuah pada sepanjang tahun. Namun sejauh mana kebenarannya, kami juga tidak pasti.

Sumber: Pexels

Dalam senarai tersebut, berikut adalah buah kebangsaan mengikut negara di Asia Tenggara:

  • Thailand: Manggis
  • Myanmar: Belimbing
  • Filipina: Mangga
  • Kemboja: Pisang emas
  • Vietnam: Buah naga
  • Indonesia: Durian
  • Singapura: Durian
  • Malaysia: Durian atau betik

Walaupun senarai buah kebangsaan itu dispesifikasi untuk negara tertentu, tetapi kesemua buah tersebut seperti manggis, mangga, betik, durian, belimbing dan sebagainya boleh didapatkan dengan mudah di Malaysia.

Terletak berhampiran garisan khatulistiwa, iklim tropika di Malaysia yang memiliki taburan hujan sepanjang tahun memberikan tanah dan suhu yang sempurna untuk membolehkan buah-buahan tumbuh dengan banyak.

Baca Artikel Berkaitan: “Biar Betul?” – Durian Disenaraikan Sebagai Buah Kebangsaan Singapura Buat Rakyat Malaysia Bingung

Baca Artikel Berkaitan: Durian Kampung, IOI, Udang Merah & 7 Lagi Jenis Durian Yang Popular Di Malaysia

Baca Artikel Berkaitan: Doktor Dedah Buah Durian Boleh Jadi ‘Racun’ Kepada Tubuh Badan Jika Terlebih Makan


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd