Now Reading
Kerang Di Pantai Sura Dikesan Ada Bakteria, Perlu Masak Dengan Sempurna Untuk Kurangkan Risiko Pencemaran

Kerang Di Pantai Sura Dikesan Ada Bakteria, Perlu Masak Dengan Sempurna Untuk Kurangkan Risiko Pencemaran

Analisis oleh Makmal Biosekuriti Perikanan Kuantan mendapati sampel kerang yang diambil dari Pantai Sura, Dungun mengandungi bakteria Fecal coliform dan E.coli melebihi piawaian yang ditetapkan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Pada minggu lepas, tular video yang menyaksikan orang ramai berkerumun di Pantai Sura, Dungun di Kuala Terengganu bagi mengutip kerang di tepi pantai.

Difahamkan banyak kerang telah terdampar di pasir pantai terbabit apabila dibawa ombak besar daripada dalam laut.

Beberapa individu turut berkongsi bahawa fenomena ini pernah terjadi di pantai sama sejak mereka kecil lagi.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Pengunjung Pantai Sura Kutip Kerang Terdampar Dibawa Ombak Besar

Bakteria Dalam Sampel Kerang Melebihi Piawaian Ditetapkan

Semalam (19 Januari), media melaporkan bahawa sampel kerang yang dikutip daripada pantai berkenaan mengandungi tahap bakteria melebihi piawaian ditetapkan.

Menurut Pengarah Jabatan Perikanan Negeri Terengganu Ruzaidi Mamat, sampel kerang telah diambil pada Rabu (15 Januari) lepas dan dianalisis oleh Makmal Biosekuriti Perikanan Kuantan, Pahang.

Hasil analisis mendapati sampel kerang tersebut mengandungi bakteria Fecal coliform melebihi 300 MPN/100g dan E. coli melebihi 230 MPN/100g, kedua-dua nilai mengatasi piawaian yang ditetapkan.

Tambah Ruzaidi, tahap bakteria melebihi piawaian yang ditetapkan turut dikesan dalam analisis terhadap kerang hanyut ke daratan pada tahun 2014, 2016, 2019 dan 2021 sebelum ini.

Kerang Perlu Dimasak Dengan Sempurna Sebelum Dimakan

Ruzaidi bagaimanapun menjelaskan kerang yang dikutip boleh dimakan, tetapi harus dimasak sepenuhnya bagi mengurangkan risiko pencemaran bakteria.

“Kerang dalam kategori ini diklasifikasikan sebagai Kelas B dan C, di bawah piawaian Program Sanitasi Kerang-Kerangan Kebangsaan (NSSP), yang perlu dimasak sempurna sebelum dimakan,” katanya dipetik Awani.

Jelasnya, orang ramai lebih-lebih lagi mereka dengan sistem imun lemah perlu mengelakkan pengambilan kerang mentah.

Makanan Laut Perlu Diproses Dengan Betul Bagi Menjamin Keselamatan

Dalam pada itu, Ruzaidi turut mengingatkan orang ramai agar memproses makanan laut mengikut langkah-langkah kebersihan yang ditetapkan bagi memastikan keselamatan makanan terjamin.

“Langkah berjaga-jaga ini adalah penting untuk memastikan keselamatan makanan terjamin dan melindungi kesihatan pengguna.

“Jabatan Perikanan Negeri Terengganu akan terus menjalankan pemantauan berkala terhadap keselamatan makanan laut dan menyediakan maklumat terkini kepada orang ramai,” ujarnya.

Ruzaidi sebelum ini memaklumkan sampel air di Pantai Sura yang diambil pada hari sama mendapati tiada kehadiran plankton yang menghasilkan biotoksin.

Baca Artikel Berkaitan: Ini 3 Cara ‘Simple’ Untuk Cuci Kerang Dengan Mudah. Senang & Cepat!

Ada Bakteria Boleh Sebabkan ‘Shellfish Poisoning’

Sebagai info, terdapat sesetengah bakteria pada kerang yang boleh menyebabkan keracunan kerang-kerangan bertoksin atau ‘shellfish poisoning’ apabila dimakan.

Menurut Info Sihat, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), keracunan sedemikian boleh menyebabkan seseorang berasa kemas atau kesemutan pada bibir, lidah, muka, leher, jari, tangan dan kaki.

Selain itu, pesakit juga boleh mengalami cirit-birit, loya, muntah, sakit kepala dan pening.

Dalam kes yang lebih serius, pesakit boleh mengalami simptom berikut:

  • Lumpuh atau lemah anggota badan
  • Hilang koordinasi dan keseimbangan badan
  • Perubahan status mental
  • Susah menelan
  • Kegagalan pernafasan

Tambahnya lagi, gejala muncul sekitar 30-60 minit selepas seseorang makan kerang-kerangan yang tercemar.

Seperti yang dinyatakan oleh WebMD, tiada penawar khusus bagi masalah keracunan terbabit dan antibiotik tidak dapat mengurangkan tempoh penyakit.

Oleh itu, rawatan yang diberikan adalah simptomatik dan berbentuk sokongan bagi mengurangkan kesan simptom. Rawatan segera harus didapatkan dari klinik atau hospital berhampiran.

Baca Artikel Berkaitan: “Boleh Lumpuh Jika Makan” – Orang Ramai Digesa Elak Makan Kerang Dari Sungai Geting, Kelantan


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd