Israel Didakwa Tangguh Gencatan Senjata Di Gaza
Penangguhan gencatan senjata di Palestin itu didakwa berlaku disebabkan oleh perpecahan pandangan dalam kalangan menteri kabinet Israel.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Serangan yang dilakukan dalam tempoh lebih 15 bulan sejak 7 Oktober 2023 telah mengorbankan kira-kira 46,707 orang penduduk Gaza termasuklah golongan wanita, kanak-kanak dan orang tua.
Namun kekejaman itu dikatakan bakal bertemu titik noktah apabila gencatan senjata antara pejuang Hamas dan rejim Israel telah diumumkan pada 15 Januari lalu dan bakal berlangsung pada Ahad ini (19 Januari).
Baca Artikel Berkaitan: PM Qatar Umum Gencatan Senjata Di Gaza Bermula 19 Januari
Walau bagaimanapun, berita gembira yang disambut dengan penuh kesyukuran oleh masyarakat Palestin itu tidak kekal lama.
Israel Tangguh Kelulusan Gencatan Senjata
Memetik laporan Buletin TV3, Israel telah menangguhkan kelulusan perjanjian bagi melaksanakan gencatan senjata di Semenanjung Gaza serta membebaskan tahanan Palestin.
Penangguhan ini didakwa berlaku disebabkan oleh perpecahan pandangan dalam kalangan menteri kabinet Israel.
Mesyuarat kabinet yang sepatutnya dijadualkan pada 16 Januari untuk mengundi perjanjian itu telah ditangguhkan dan Hamas telah dituduh atas kelewatan yang berlaku.
Jurucakap Israel David Mencer berkata Perdana Menteri Benjamin Netanyahu seolah-olah menyalahkan Hamas atas pertikaian saat akhir sehingga mengakibatkan kelewatan proses undian kabinet.
Media Israel melaporkan undian mungkin dilakukan pada hari ini (17 Januari) atau esok (18 Januari) sebelum perjanjian diluluskan.
“Pada malam tadi, Perdana Menteri (Benjamin Netanyahu) dengan tegas menekankan bahawa Hamas mesti menarik balik tuntutan saat akhir mereka untuk mengubah penempatan pasukan IDF di koridor Philadelphi, kawasan yang sangat penting dan kritikal untuk menghentikan penyeludupan senjata kepada Hamas,” katanya.
Israel delays vote to approve Gaza ceasefire deal https://t.co/AYPM7qsDuA
— BBC News (World) (@BBCWorld) January 16, 2025
Bukan itu sahaja, Israel turut menuduh Hamas ‘memungkiri janji’ bagi mendapatkan konsesi tambahan namun pegawai kanan Hamas Izzat Al-Rishq pula menafikan dakwaan tersebut.
Hamas dengan tegasnya memaklumkan bahawa mereka komited terhadap perjanjian gencatan senjata bagi menamatkan perang di Gaza.
Walau bagaimanapun, Amerika Syarikat percaya bahawa perjanjian tersebut akan tetap dilaksanakan seperti yang dirancang.
Fasa Pertama Gencatan Senjata Dijangka Bermula Ahad Ini
Terdahulu, Sheikh Mohammed mengumumkan bahawa pejuang Hamas dan Israel bersetuju untuk melaksanakan gencatan senjata.
Sheikh Mohammed ketika sidang media di Doha berkata perjanjian tersebut juga akan memberi kebebasan bagi tawanan Israel serta meningkatkan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Dalam pada itu, fasa pertama perjanjian itu akan berlangsung selama 42 hari dan membabitkan pembebasan 33 tahanan Israel sebagai pertukaran dengan jumlah tahanan Palestin yang tidak dinyatakan.
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.