Now Reading
George Town Dinobat Sebagai Bandar Paling Sesak Di Malaysia, KL Pun Kalah!

George Town Dinobat Sebagai Bandar Paling Sesak Di Malaysia, KL Pun Kalah!

Di George Town, pemandu mengambil masa 26 minit 36 saat untuk perjalanan sejauh 10 kilometer, dengan kadar kesesakan mencecah 40%.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Bila cakap pasal kesesakan lalu lintas, percayalah tak ada siapa yang mahu melaluinya lebih-lebih lagi ketika waktu puncak di mana orang ramai pergi dan pulang dari kerja.

Memang bercinta ya nak balik rumah. Boleh dikatakan dua jam menempuh trafik adalah bukan satu perkara yang pelik.

Selalunya dengar penduduk Kuala Lumpur dan Selangor je mengadu tentang jalan sesak. Tapi tahu tak sebenarnya ada lagi bandar-bandar di Malaysia yang jauh lebih teruk trafik mereka.

George Town Jadi Bandar Dengan Trafik Paling Teruk Di Malaysia

Memetik laporan tahunan TomTom, George Town, Pulau Pinang kini telah merampas ‘takhta’ sebagai untuk Bandar Paling Sesak Di Malaysia Tahun 2024.

Di George Town, pemandu mengambil masa 26 minit 36 saat untuk perjalanan sejauh 10 kilometer, dengan kadar kesesakan mencecah 40% manakala di Kota Bharu pula mencatatkan masa 22 minit 30 saat iaitu sedikit penurunan berbanding tahun lalu.

Sumber: MalayMail

Kuala Lumpur walau bagaimanapun berada di tangga kelima dengan catatan masa perjalanan selama 17 minit 26 saat dengan kadar kesesakan 28%.

Laporan ini secara tidak langsung memberikan gambaran jelas tentang cabaran kesesakan yang dihadapi pemandu di bandar-bandar utama Malaysia.

Berikut adalah senarai bandar-bandar di Malaysia dengan tahap kesesakan trafik yang membuatkan ramai garu kepala iaitu:

  1. Georgetown, Pulau Pinang (tempat ke-73 di dunia)
  2. Kota Bharu, Kelantan (tempat ke-139 di dunia)
  3. Ipoh, Perak (tempat ke-164 di dunia)
  4. Johor Bahru, Johor (tempat ke-215 di dunia)
  5. Kuala Lumpur (tempat ke-285 di dunia)
  6. Seberang Perai, Pulau Pinang (tempat ke-385 di dunia)
  7. Klang, Selangor (tempat ke-421 di dunia)
  8. Kajang, Selangor (tempat ke-437 di dunia)

Trafik Pulau Pinang Ada Harapan Untuk Pulih

Bagi penduduk Pulau Pinang, ada berita baik untuk anda semua kerana LRT Penang sedang dalam pembinaan dan ia pastinya dapat mengurangkan kesesakan trafik yang dihadapi setiap hari.

Dengan jumlah kos sebanyak RM8.3 bilion, pengangkutan awam itu yang memiliki 21 stesen akan mula dibina pada tahun ini dan dijangka siap pada tahun 2031.

Pulau Pinang Tersenarai Antara 7 Lokasi Pelancongan Terbaik Di Asia Tenggara

Terbaharu, syarikat penerbit buku panduan perjalanan terkenal Lonely Planet telah menyenaraikan Pulau Pinang sebagai salah satu destinasi terbaik untuk dilawati di Asia Tenggara.

Menurut Exco Pelancongan dan Ekonomi Kreatif, Wong Hon Wai, Pulau Pinang turut termasuk dalam senarai tersebut kerana kaya dengan sejarah dan budaya.

“Dalam penerangannya mengenai Pulau Pinang, Lonely Planet menyatakan Pulau Pinang yang terletak di Malaysia adalah destinasi yang meriah daripada budaya Melayu, Cina, dan India. Ia dapat dilihat pada makanan, seni bina dan tradisinya.

“Ibu kota pulau tropika iaitu George Town, berjaya mengubah warisannya menjadi sesuatu yang mampu menarik pelancong sambil mengekalkan keasliannya.

“Dalam satu bandar yang kecil, pelancong boleh melawat rumah klan Cina, masjid, kuil Hindu dan bangunan kolonial British,” katanya.

Baca Artikel Berkaitan: Pulau Pinang Antara 7 Destinasi Terbaik Untuk Dilawati Di Asia Tenggara

Baca Artikel Berkaitan: Komtar Penang Skywalk & 4 Tarikan Menarik Pelancong Di Pulau Pinang Anda Wajib Pergi!

Baca Artikel Berkaitan: Pulau Pinang Duduki Tangga Ke-11 Sebagai Lokasi Percutian Termurah Di Dunia


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd