Emirates Jadi Airline Pertama Di Dunia Yang Mesra Autisme
Emirates diiktiraf sebagai Autism Certified Airline (ACA) oleh International Board of Credentialing and Continuing Education Standards (IBCCES).


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Setiap syarikat penerbangan pastinya mahu memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada para penumpang mereka tanpa mengira latar belakang.
Jika anda menaiki pesawat kelas pertama, memang lagi mewah dan premium layanan yang diberikan, berbaloi dengan tiket kapal terbangnya yang lebih mahal berbanding kelas ekonomi.
Bagi mereka yang kerap menggunakan kapal terbang sebagai pilihan pengangkutan ke sesebuah destinasi, pastinya mereka mengetahui keistimewaan berbeza bagi setiap syarikat penerbangan.
Emirates Jadi Penerbangan Pertama Di Dunia Yang Mesra Penumpang Austisme
Baru-baru ini, syarikat penerbangan yang berpangkalan di Dubai, iaitu Emirates telah melakukan satu perubahan yang positif dalam menaik taraf tahap kualiti perkhidmatan mereka.
Memetik sumber dari laman web Emirates, syarikat tersebut telah diiktiraf sebagai Autism Certified Airline (ACA) yang pertama di dunia.
Anugerah tersebut kemudiannya akan diberikan secara rasmi oleh International Board of Credentialing and Continuing Education Standards (IBCCES) selepas lebih 30,000 kru kabin Emirates menamatkan latihan mereka.

Latihan tersebut merangkumi maklumat tentang spektrum autisme, salah tanggapan dan rangsangan kepada individu Autisme yang perlu diambil tahu oleh kru kabin.
Berdasarkan kajian dari Autism Travel, 78% daripada keluarga yang mempunyai pesakit Autisme enggan melancong ke lokasi baharu dan 94% daripada responden berkata mereka hanya akan berbuat demikian jika ada petugas kapal terbang yang menjalani latihan menguruskan penumpang Autisme.
“Sebagai sebahagian daripada misi Emirates untuk menjadikan perjalanan lebih mudah diakses untuk semua, langkah penting ini juga menyokong cita-cita Dubai untuk menjadi destinasi paling mudah diakses di dunia,” ujar Emirates.

Antara beberapa kemudahan yang mesra Autisme disediakan oleh penerbangan Emirates pada tahun 2025 termasuklah:
- Panduan deria atau bantuan digital yang membolehkan pengembara mengetahui tentang atmosfera serta persekitaran yang akan mereka hadapi, tahap bunyi, bau dan pencahayaan.
- Pengalaman dalam penerbangan akan menampilkan produk deria kepelbagaian saraf (neurodiverse) seperti ‘fidget toys’ bagi membantu penumpang menghilangkan rasa tertekan dan menumpukan perhatian terhadap sesuatu perkara.
Untuk pengetahuan anda, keempat-empat kemudahan daftar masuk Emirates di Dubai telah diiktiraf sebagai Pusat Autisme Bertauliah pada April 2024.
Working to make travel more accessible for all – we are about to officially become the world’s first Autism Certified Airline™! https://t.co/xBKFaZlMpX pic.twitter.com/kCr6GcIYGU
— Emirates (@emirates) January 8, 2025
Apa Itu Masalah Autisme?
Sebagai info, Autisme adalah kecacatan perkembangan fungsi otak yang turut melibatkan masalah integrasi deria.
Masalah ini boleh dikesan seawal usia tiga tahun dan dianggarkan dua hingga enam kes berlaku dalam setiap 1,000 orang. Malah, risikonya adalah empat kali lebih kerap terjadi kepada kanak-kanak lelaki berbanding perempuan.
Apabila berbicara soal autisme, rata-rata orang akan mengaitkan keadaan neurologi dan perkembangan tersebut dengan golongan kanak-kanak. Tetapi ia sebenarnya juga boleh dikesan dalam diri seseorang apabila mereka sudah menginjak usia dewasa.
Seorang ahli psikologi dari The National Autism Society Of Malaysia (NASOM) Setia Alam telah menggariskan tujuh ciri-ciri autisme yang terdapat pada seorang dewasa. Antaranya:
- Perbezaan komunikasi sosial
- Sukar untuk kekalkan hubungan sosial
- Mengalami kesukaran untuk mengekspresikan perasaan dan emosi
- Kerap tertekan dan gelisah
- Berfikiran monotropik
- Sangat sensitif dengan sensori
Ahli psikologi itu walau bagaimanapun berkata ketujuh-tujuh perkara ini hanyalah ciri-ciri secara umum, memandangkan setiap individu autistik itu unik dan mungkin mempunyai sifat berbeza.
Baca Artikel Berkaitan: Ini 7 Ciri-Ciri Autisme Pada Orang Dewasa
Baca Artikel Berkaitan: “Apa Itu Autisme,” 3 Personaliti Hebat Kongsi Detik Pahit Manis Memiliki Anak-Anak Istimewa Ini
Baca Artikel Berkaitan: Adakah Makanan Berkualiti Rendah Boleh Menyebabkan Autisme?
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.