Now Reading
Lelaki Malaysia Dilanggar Ketika Berjalan Kaki di Johor-Singapore Causeway

Lelaki Malaysia Dilanggar Ketika Berjalan Kaki di Johor-Singapore Causeway

Lelaki tersebut sedang berjalan dari Singapura ke Malaysia di Causeway sebelum dilanggar oleh kereta yang dipandu dari arah bertentangan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Sesetengah individu memilih untuk berjalan kaki berbanding menaiki kenderaan apabila ke suatu tempat.

Namun malang sekali apabila pejalan kaki yang tidak bersalah menjadi mangsa disebabkan oleh kecuaian pengguna jalan raya lain.

Itulah yang terjadi ke atas seorang individu yang sedang dalam perjalanan melintasi di antara dua buah negara.

Warganegara Malaysia Dilanggar Di Causeway

Semalam (13 Januari), media melaporkan seorang lelaki warganegara Malaysia yang dilanggar di Johor-Singapore Causeway.

Menurut Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan AC Raub Selamat, insiden berkenaan berlaku kira-kira 5.40pm pada Ahad (12 Januari) lalu.

“Pemandu hilang kawalan ke atas kereta ketika hujan, menyebabkannya tergelincir dan melanggar pembahagi jalan sebelum melanggar pejalan kaki tersebut,” ujarnya dipetik The Star.

Mangsa Sedang Berjalan Dari Singapura Ke Malaysia

Tambah Raub Selamat, mangsa berumur 24 tahun itu sedang berjalan dari Singapura ke Malaysia di Causeway terbabit.

Rakaman video insiden berkenaan yang dikongsi di Facebook Malaysia-Singapore Border Crossers (MSBC) menunjukkan kereta terbabit dipandu dari arah bertentangan mangsa iaitu Malaysia ke Singapura.

Tiada penghadang yang memisahkan antara jalan raya dan laluan pejalan kaki menyebabkan mangsa dilanggar sehingga tercampak ke laluan motosikal.

Dapat dilihat kereta berwarna putih tersebut mengalami kerosakan teruk sehingga kemek bahagian bonet.

Sehubungan itu, mangsa mengalami kecederaan serius dan sedang mendapatkan rawatan di Hospital Sultanah Aminah (HSA).

2 Lelaki Menaiki Kereta Rakyat Singapura

Laporan The Star juga mendedahkan bahawa dua lelaki yang menaiki kereta berkenaan merupakan rakyat Singapura berusia 21 dan 23 tahun.

“Penumpang dalam kereta tersebut juga mengalami kecederaan pada lengan kirinya,” tambah Raub Selamat.

Katanya siasatan sedang berjalan dan kes diklasifikasikan di bawah peraturan 10 Peraturan Lalu Lintas 1959.

“Kami menasihati pengguna jalan raya untuk berhati-hati ketika memandu, terutamanya dalam cuaca buruk.

“Sesiapa dengan maklumat tentang insiden berkenaan boleh salurkan kepada ibu pejabat polis Johor Bahru Selatan,” ujarnya.

Boleh Jalan Kaki Di Johor-Singapore Causeway Sejak 2022

Perkara ini menimbulkan persoalan sama ada orang ramai boleh berjalan kaki di Johor-Singapore Causeway bagi melintas antara kedua-dua negara tersebut.

Merujuk kepada laman web BestinSingapore, Malaysia dan Singapura telah membenarkan kaedah itu sejak 26 Mac 2022.

Ia bagaimanapun bukanlah sesuatu yang biasa dilakukan oleh para pelancong memandangkan tiada laluan pejalan kaki,

Pejalan kaki akan mengambil masa sekitar 30 ke 40 minit untuk berjalan dari Malaysia ke Stesen MRT Woodlands, Singapura.

Baca Artikel Berkaitan: Nak Cuba Travel Ke Singapura Naik Kereta Api? Ini Panduan Untuk Anda

Baca Artikel Berkaitan:  Ini 5 Lokasi & Aktiviti Menarik Bila Bercuti Di Singapura

Baca Artikel Berkaitan: Penumpang Bas Ke Singapura Tak Perlu Pamer Pasport Bermula 16 Disember 2024


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd