Now Reading
Tiada Sijil Halal, KPDN Serbu Kedai Makan Papar Pelekat ‘Muslim Kitchen’ Untuk Tarik Pelanggan

Tiada Sijil Halal, KPDN Serbu Kedai Makan Papar Pelekat ‘Muslim Kitchen’ Untuk Tarik Pelanggan

Difahamkan, restoran yang terletak sekitar Balakong, Selangor itu mempunyai menu daging babi meskipun memaparkan pelekat ‘Muslim Kitchen’ di premis terbabit.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Umum sedia maklum setiap peniaga pasti mahu melakukan yang terbaik bagi memastikan bisnes maju. Bagi pemilik restoran pula, target utama mereka adalah untuk mendapatkan pelanggan tetap dan ramai.

Namun ada juga segelintir pemilik restoran bukan Muslim yang menggunakan modus operandi bagi menarik pelanggan beragama Islam semata-mata untuk mengaut keuntungan.

Ia sekaligus mengelirukan orang ramai lebih-lebih para Muslim yang mengutamakan pengambilan makanan dan minuman dari sumber yang halal.

Pemilik Premis Dakwa Rakan & Pelanggan Minta Pamer Pelekat ‘Muslim Kitchen’

Semalam (9 Januari), Kementerian Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah menyerbu sebuah restoran di Balakong, Selangor selepas disyaki melanggar undang-undang berkaitan halal.

Dakwa pemilik restoran yang sudah beroperasi sejak empat bulan lalu itu, pelanggan yang memintanya untuk memaparkan pelekat di premis terbabit.

“Kawan-kawan dan pelanggan yang suruh saya letak pelekat ‘Muslim Kitchen’ itu, mereka yang bagi pelekat itu, saya pun tidak faham, adakah saya salah? Mungkin ini salah faham sahaja,” katanya.

Ada Daging Babi Dalam Menu Kedai Makan

Lapor Astro Awani, terdapat juga daging babi dijual selepas menyemak senarai menu di kedai berkenaan. Perkara tersebut sekaligus menyebabkan kekeliruan di kalangan pengguna terutamanya yang beragama Islam.

@501awani Ibarat menjadi trend, restoran dimiliki bukan Muslim cuba menarik pelanggan orang Islam dengan menggunakan simbol mesra Muslim seperti masjid. #AWANInews ♬ original sound – 🇲🇾Astro AWANI🇲🇾

Kedai Makan Tiada Sijil Halal

Jelas Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDN Kajang, Ruhaizad Zahari berkata, operasi bersama Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) terbabit dilakukan berdasarkan aduan yang diterima dari orang awam.

Meskipun pemeriksaan KPDN mendapati premis itu mematuhi dari aspek pemilikan had kuota barang kawalan berjadual yang diguna untuk perniagaan seperti minyak masak, gula dan tepung gandum, namun ia tidak tersedia dengan sijil halal.

“Ingin saya nasihatkan mana-mana premis makanan yang tidak mempunyai persijilan halal, tidak boleh menggunakan apa-apa perkataan atau hiasan seperti contoh bufet Ramadan menunjukkan makanan itu boleh dimakan oleh orang Islam,” ujarnya.

Sumber: Malay Mail

Premis Boleh Didenda Tak Lebih RM5 Juta

Mengulas lanjut, kes disiasat mengikut Perintah Perihal Dagangan (Takrif Halal) 2011 iaitu menggunakan apa-apa petunjuk yang menunjukkan makanan itu boleh dimakan oleh orang Islam.

“Jika sabit kesalahan, suatu pertubuhan perbadanan, boleh didenda tidak melebihi RM5 juta, dan bagi kesalahan yang kedua atau yang berikutnya, didenda tidak melebihi RM10 juta,” kata Ruhaizad.

Dalam pada itu, Ruhaizad menasihati orang ramai untuk terus lapor kepada KPDN jika ada premis tanpa sijil halal bertindak sedemikian. Anda boleh salurkan aduan anda di eAduan KPDN [DI SINI].

Baca Artikel Berkaitan: Ramai Masih Keliru, Ini Perkara Yang Perlu Diketahui Tentang Sijil Halal

Istilah ‘No Pork, No Alcohol’ Tiada Beri Jaminan Halal Kepada Premis

Semakin hari, semakin banyak kedai makan yang menggunakan pelbagai taktik bagi menarik pelanggan. Sebagai contoh, segelintir restoran memaparkan ayat ‘No Pork, No Alcohol’.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na’im Mokhtar, istilah tersebut tidak mencerminkan bahawa premis terbabit adalah halal.

Gambar sekadar hiasan. Sumber: Shopee

Jelas beliau, konteks halal dalam Islam merujuk kepada produk, premis dan barang yang digunakan mencapai standard syariah, kesihatan, kebersihan, keselamatan serta kualiti yang ditetapkan.

“Sesungguhnya pemilikan Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) memberikan nilai tambah kepada bukan sahaja kepada industri tetapi juga kepada pengguna kerana sijil halal itu sendiri merupakan satu jaminan bahawa produk atau premis makanan tersebut adalah halal dan toyyiban,” ulas Mohd Na’im Mokhtar.

Untuk info, orang ramai boleh membuat semakan status halal mana-mana premis atau produk menerusi Portal Halal Malaysia.

Baca Artikel Berkaitan: Premis Pamer ‘No Pork No Alcohol’ Boleh Ke Makan? Ini Penjelasan Dari Menteri Agama

Baca Artikel Berkaitan: 76% Pemilik Sijil Halal Di Pulau Pinang Adalah Syarikat Bukan Muslim


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd