Guru Sekolah Rendah Didakwa Cabul 2 Murid Dalam ‘Rumah Hantu’
Guru besar sekolah berkata dia didatangi dua murid perempuan Tahun 6 dalam keadaan menangis dan ketakutan yang mendakwa mereka dicabul oleh guru terbabit.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Kes pencabulan serta amang seksual melibatkan kanak-kanak dan remaja bawah umur telah banyak dilaporkan dalam negara.
Sebelum ini, seorang bomoh yang melakukan amang seksual ke atas remaja berusia 16 tahun telah dikenakan hukuman penjara 50 tahun dan 13 sebatan.
Malah, seorang budak perempuan berusia 12 tahun yang telah diculik pada Oktober tahun lalu juga disyaki dicabul dan hampir dijual kepada sindiket pelacuran.
Baca Artikel Berkaitan: Bomoh Cabul Remaja 4 Kali Konon Hilangkan ‘Pendamping’ Dipenjara 50 Tahun
Baca Artikel Berkaitan: Budak 12 Tahun Diculik Di Klang, Disyaki Dicabul & Hampir Dijual Kepada Sindiket Pelacuran
Guru Disyaki Cabul 2 Murid Dalam ‘Rumah Hantu’
Terbaharu, media melaporkan seorang guru lelaki sekolah rendah di Melaka disyaki mencabul dua murid perempuan Tahun 6 di dalam sebuah ‘rumah hantu’ ketika sambutan Hari Karnival Sekolah semalam (8 Januari).
Suspek sehubungan itu telah direman selama enam hari bermula hari ini sehingga 14 Januari mengikut perintah dikeluarkan Majistret Nor Syaliati Mohd Sobri di Mahkamah Majistret Ayer Keroh.
Pemangku Ketua Polis Melaka, Datuk Md Nazri Zawawi berkata suspek berusia 43 tahun tersebut ditahan di hadapan sebuah rumah di Paya Rumput pada jam 10.25 malam tadi.
Memetik laporan Berita Harian, guru besar sekolah berkenaan telah membuat laporan ke atas suspek di Balai Polis Tanjung Minyak sekitar 12.48 tengah hari semalam.
2 Murid Mengadu Kepada Guru Besar Dakwa Dicabul
Menurut Md Nazri, pengadu wanita berusia 53 tahun itu berkata dia yang berada di pejabat sekolah ketika itu didatangi dua murid perempuan Tahun 6 yang sedang menangis dan ketakutan.
“Kedua-dua murid mendakwa suspek mengajak mereka masuk ke ‘rumah hantu’ yang dibuka di kawasan sekolah sempena Hari Karnival Sekolah pada Sabtu ini.
“Mereka mengikut kerana teruja mencuba tanpa berfikir apa-apa, namun ketika berada di dalam ‘rumah hantu’ itu kira-kira jam 10 pagi, suspek didakwa meraba kemaluan dan payu dara kedua-dua murid berkenaan,” ujar Md Nazri dipetik Berita Harian.
Tambah Md Nazri, pengadu telah meminta bantuan beberapa guru wanita lain agar menenangkan kedua-dua mangsa tersebut.
Suspek Positif Dadah Jenis Meth
Pengadu kemudiannya bersama beberapa guru lain telah mencari suspek yang masih berada di lokasi untuk bertanyakan tentang kejadian tersebut. Suspek bagaimanapun menafikan dakwaan kedua-dua murid terbabit.
“Guru besar berkenaan segera menghubungi penjaga kedua-dua mangsa dan menceritakan hal itu sebelum membuat laporan polis.
“Ujian saringan awal air kencing ke atas suspek mendapati dia didapati positif dadah jenis methamphetamine,” jelasnya.
Md Nazri berkata pihaknya sedang menjalankan siasatan lanjut mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (AKSTK) 2017.
Baca Artikel Berkaitan: [Terkini] Tular Video Individu Rakam Bawah Jubah Wanita, Penganggur Dicekup Polis
Baca Artikel Berkaitan: Perogol Patut Dihukum Mati? Ini Pandangan Sesetengah Ulama
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.