Now Reading
Bekas Pelakon Ip Man Disyaki Jadi Mangsa Sindiket Pemerdagangan Di Myanmar

Bekas Pelakon Ip Man Disyaki Jadi Mangsa Sindiket Pemerdagangan Di Myanmar

Wang Xing telah ke Thailand selepas mempercayai dia menerima peluang berlakon sebelum dilaporkan hilang pada minggu lalu.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Kes penyeludupan dan penculikan bagi tujuan pemerdagangan manusia di Myanmar dilihat tiada tanda nokhtah apabila masih ada insiden sedemikian dilaporkan.

Lebih merisaukan lagi apabila jenayah ini melibatkan remaja bawah umur seperti seorang gadis 17 tahun yang dipercayai menjadi mangsa sindiket di Myanmar.

Malah, seorang mangsa yang merupakan rakyat Malaysia pernah mendedahkan dia dipaksa berkerja sebagai ‘scammer’ apabila diculik.

Baca Artikel Berkaitan: Gadis 17 Tahun Jadi Mangsa Sindiket Di Myanmar, Ibu Mohon Bantuan Pihak Berkuasa

Baca Artikel Berkaitan: Rakyat Malaysia Dedah Derita Dipaksa Kerja Sebagai ‘Scammer’ Di Myanmar

Pelakon China Hilang Ditemui Di Myanmar

Terbaharu, seorang pelakon China juga dipercayai telah menjadi mangsa sindiket pemerdagangan manusia.

Menurut Polis Diraja Thailand, lelaki yang bernama Wang Xing itu sebelum ini dilaporkan hilang berhampiran sempadan Thailand-Myanmar pada minggu lalu sebelum ditemui oleh pihak berkuasa di Myanmar.

Ketua Polis Diraja Thai, Thatchai Pitaneelaboot berkata siasatan awal mendapati Wang mungkin dipaksa melakukan aktiviti berkaitan sindiket penipuan atau ‘scam’.

“Siasatan mendapati warga China terlibat dalam kehilangan Wang. Dia berjaya ditemui pihak berkuasa di Myanmar pada Selasa dan dibawa pulang dengan selamat ke Bangkok,” katanya dalam satu sidang media, semalam (7 Januari).

Wang Dilatih Guna Program Sembang

Tambah Thatchai, mangsa mendedahkan bahawa dia dilatih selama dua hari bagi menggunakan program sembang yang bertujuan untuk menipu individu di China.

Perkara ini menyebabkan polis mengesyaki pelaku adalah sebahagian daripada operasi sindiket penipuan pusat panggilan.

Dalam masa sama, beliau mengesahkan Wang berada dalam keadaan selamat tanpa sebarang kecederaan. Thatchai turut mengucapkan penghargaan buat rakyat Thailand yang telah membantu dalam kes tersebut.

“Wang pada awalnya percaya bahawa dia ke Thailand untuk peluang berlakon, tetapi kemudian mendapati dirinya dipaksa menipu rakyat China yang lain,” ujarnya.

Wang Percaya Thailand Negara Yang Selamat

Thatchai dalam pada itu berkata, pihak berkuasa telah melancarkan siasatan menyeluruh dan mengesyaki bahawa kes tersebut merupakan sebahagian daripada rangkaian pemerdagangan manusia yang lebih luas.

Ketika sesi sidang media, Wang turut berterima kasih kepada kerajaan Thailand dan keluarga yang membantunya.

Dia juga berkata akan kembali ke Thailand kerana mempercayai ia merupakan sebuah negara yang selamat.

Terdahulu, Wang dilaporkan hilang pada Jumaat (3 Januari) lalu di wilayah Tak yang bersempadan dengan Myanmar.

https://twitter.com/ShanghaiEye/status/1876812895629013285

Mangsa Digegaskan Ke Mae Sot Selepas Tiba Di Bangkok

Lebih mesra dikenali sebagai Xing Xing, pelakon China itu merupakan bakat yang sedang berkembang dalam industri hiburan dan pernah berlakon dalam beberapa drama serta filem tempatan seperti Ip Man 3.

Pada Jumaat lalu, dia telah ke Bangkok kerana mempercayai akan terlibat dalam penggambaran sebuah filem.

Menurut satu hantaran di media sosial yang dikatakan dimuat naik oleh teman wanita Wang, pelakon itu kemudiannya telah diarahkan untuk bergegas ke lokasi penggambaran yang terletak di Mae Sot, perjalanan lebih enam jam menaiki kereta dari Bangkok.

Sewaktu dalam perjalanan tersebut, Wang akhirnya tidak lagi dapat dihubungi.

Perkara ini menyebabkan teman wanitanya memaklumkan perkara itu kepada pihak polis Shanghai serta menghubungi Kedutaan China di Bangkok dan Chiang Mai, sebelum diberitahu dia perlu melaporkan perkara itu secara terus ke polis tempatan di Mae Sot.

Baca Artikel Berkaitan: Terpaksa Melacur & Makan Daging Khinzir, Mangsa Sindiket Penipuan Kerja Dedah Realiti Sebenar

Baca Artikel Berkaitan: Diculik Dari Bangkok & Dibawa Ke Myanmar, Rakan Sendiri Jadi Dalang Penculikan

Baca Artikel Berkaitan: Ibu Bapa Cari Anak Di Bangkok, Rupanya Anak Meninggal Dunia Akibat Sindiket Penipuan Kerja


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd