334 Korban Akibat Nahas Udara Global – Laporan
Angka ini menunjukkan peningkatan lebih empat kali ganda dalam kematian akibat nahas udara global berbanding 80 jumlah mangsa korban bagi tahun 2023.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Pada hujung tahun 2024, beberapa kejadian pesawat terhempas telah dilaporkan di seluruh dunia yang meragut nyawa ramai para penumpang.
Antaranya termasuk insiden pesawat terhempas di Kazakhstan dan nahas pesawat di Korea Selatan yang mengorbankan 179 nyawa.
Selain itu, turut dilaporkan beberapa insiden lain seperti pendaratan cemas oleh pesawat Air Canada dan pesawat yang tergelincir ke luar landasan di Norway. Namun kesemua penumpang terselamat dalam kedua-dua kes tersebut.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Pesawat Terhempas Di Kazakhstan, 28 Penumpang Dilaporkan Terselamat
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Insiden Pesawat Terhempas Di Korea Selatan: ‘Bird Strike’ Disyaki Punca Flight Terpaksa Belly Landing
Kematian Akibat Nahas Udara Global Naik Lebih 4 Kali Ganda Pada 2024 Berbanding 2023
Terbaharu, data awal oleh Persatuan Penerbangan Jerman (BDL) melaporkan jumlah kematian akibat nahas udara global naik mendadak pada 2024 apabila seramai 344 mangsa korban dicatatkan bagi kemalangan membabitkan penerbangan awam.
Jumlah tersebut naik berbanding 80 kematian yang dicatatkan pada 2023, sekaligus menunjukkan peningkatan lebih empat kali ganda, lapor Xinhua.
Menerusi data, angka korban terbabit merangkumi para penumpang, anak kapal dan tujuh individu di darat.
Statistik Bagi Pesawat Kecil Masih Belum Tersedia
Menurut laporan berita, statistik oleh persatuan itu hanyalah bagi pesawat dengan kapasiti tempat duduk sekurang-kurangnya 14 penumpang.
Sebaliknya, BDL masih belum menyediakan data bagi kemalangan membabitkan pesawat kecil.
Dalam pada itu, insiden melibatkan pesawat tentera tidak termasuk dalam laporan tersebut.
BDL Lapor Penerbangan 53 Kali Ganda Lebih Selamat Berbandin 1970an
Walaupun kemalangan udara dilaporkan meningkat pada tahun lepas, BDL menyatakan bahawa telah terdapat kemajuan besar dalam keselamatan penerbangan bagi beberapa dekad lalu.
Malah, laporan mendedahkan bahawa trend jangka panjang menunjukkan penurunan kadar kemalangan udara secara berterusan.
“Penerbangan adalah kira-kira 53 kali lebih selamat tahun lepas berbanding pada tahun 1970-an,” kata Pengarah Urusan BDL Joachim Lang.
BDL sebelum ini mencatatkan angka terendah bagi kemalangan udara pada tahun 2017.
Punca Nahas Pesawat Jeju Air Masih Dalam Siasatan
Nahas pesawat Jeju Air yang terhempas di Muan International Airport, Korea Selatan dikatakan sebagai tragedi udara paling buruk bagi tahun 2024.
Siasatan bagi punca insiden masih dijalankan, namun ia sebelum ini disyaki disebabkan oleh pelanggaran dengan sekumpulan burung. Malah muncul kebimbangan mengenai penggunaan pesawat secara berlebihan dalam tempoh yang singkat.
Dalam pada itu, Presiden Azerbaijan Ilham Aliyev mendakwa punca pesawat Azerbaijan Airlines terhempas di Kazakhstan adalah kerana ditembak oleh Rusia.
Baca Artikel Berkaitan: Nahas Jeju Air: Pesawat Kendali 13 Penerbangan Dalam Tempoh 48 Jam Sebelum Terhempas
Baca Artikel Berkaitan: Dakwa Pesawat Terhempas Akibat Ditembak, Presiden Azerbaijan Desak Rusia Bayar Pampasan
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Aksi Pilot Pesawat Malaysia Airlines Mendarat Ketika Cuaca Buruk Di London Raih Pujian
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.