Now Reading
Rakyat Malaysia Kini Boleh Melepasi Imigresen Dalam Tempoh 5 Saat Dengan MyBorderPass

Rakyat Malaysia Kini Boleh Melepasi Imigresen Dalam Tempoh 5 Saat Dengan MyBorderPass

Penggunaan kod QR untuk rakyat Malaysia menggunakan MyBorderPass itu dilaksanakan di 40 lorong khas di KLIA Terminal 1 (T1) dan KLIA T2 mulai Januari 2025.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Apabila mahu melancong ke luar negara menaiki kapal terbang, pastinya pasport adalah satu dokumen yang sangat penting. Jika tertinggal, memang kena patah balik ke rumah ya!

Dokumen tersebut bukan sahaja perlu dibawa bersama, malah anda kena pastikan ia belum tamat tempoh. Kalau sudah bawa tapi ‘expired’ pun tak guna juga.

Selain buku merah tersebut, ada satu lagi perkara penting yang perlu dilakukan bagi membolehkan rakyat Malaysia melepasi pemeriksaan imigresen di lapangan terbang.

Pelepasan Imigresen Guna Kod QR Khas Untuk Rakyat Malaysia

Menerusi hantaran dimuat naik di laman Facebook Jabatan Imigresen Malaysia, Kementerian Dalam Negeri telah melancarkan satu sistem pelepasan imigresen iaitu My BorderPass di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Kemudahan yang bermula pada Januari 2025 itu disediakan khusus buat warganegara Malaysia.

Ia membuatkan perjalanan bagi golongan pengembara lebih mudah dan lancar dengan tiga langkah berikut:

  1. Muat turun aplikasi MyBorderPass.
  2. Daftar masuk dalam aplikasi berkenaan.
  3. Menggunakan kod QR dan pengesahan wajah
  4. Selesai!

Pelancaran ini sememangnya akan memberikan satu pengalaman baharu bagi semua rakyat Malaysia di KLIA.

Hanya Disediakan Di 40 Lorong Sahaja Buat Masa Ini Di KLIA Dan KLIA2

Memetik laporan Astro Awani, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail memaklumkan penggunaan kod QR untuk rakyat Malaysia itu dilaksanakan bagi tempoh percubaan di 40 lorong khas di KLIA Terminal 1 (T1) dan KLIA T2.

Jelas beliau lagi, kemudahan itu dilihat sebagai langkah penyelesaian terhadap isu kesesakan di pintu masuk negara yang sering berlaku terutamanya ketika waktu puncak seperti musim perayaan.

Ini kerana tempoh pelepasan imigresen akan menjadi lebih singkat dengan menggunakan kod QR ini iaitu dari 15 hingga 25 saat kepada lima hingga tujuh saat sahaja mengggunakan pintu automatik konvensional.

Pihak imigresen juga memberi jaminan bahawa pelaksanaan ini tidak akan menjejaskan keselamatan Malaysia lebih-lebih lagi melibatkan keluar masuk warga asing ke dalam negara.

Semak Status Perjalanan Imigresen Secara Atas Talian

Sebagai langkah berjaga-jaga, pengembara Malaysia dinasihatkan untuk membuat semakan status dokumen perjalanan sebelum ke luar negara menggunakan Sistem Aplikasi Elektronik Jabatan Imigresen Malaysia.

Dengan kemudahan secara atas talian ini, anda hanya perlu memasukkan nombor kad pengenalan untuk menyemak jika terdapat halangan yang membuatkan anda tidak boleh ke luar negara.

Sumber: Jabatan Imigresen Malaysia

Bagi mereka yang tiada masalah, akan tertera keputusan semakan yang menulis ‘Tiada halangan’ dengan tulisan berwarna hijau.

Kebiasaannya, mereka yang tidak melepasi semakan tersebut adalah disebabkan oleh tunggakan cukai atau pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang tidak dilunaskan.

Bagi anda yang mahu membuat semakan, boleh klik [DI SINI].

Baca Artikel Berkaitan:  Nak Travel Tapi Baru Sedar Pasport ‘Expired’? Ini Apa Yang Anda Perlu Lakukan

Baca Artikel Berkaitan:  Dengan ‘MyOnline Passport’, Proses Renew Pasport Boleh Siap 45 Minit Je!

Baca Artikel Berkaitan: Cara Mudah & Cepat Untuk Renew Atau Mohon Pasport Secara Online


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd