Penat Kerja Seharian, Lelaki Maut Lepas 2 Jam ‘Workout’ Tanpa Henti Di Gym
Individu itu dipercayai maut di gimnasium akibat serangan jantung selepas bersenam selama dua jam secara berterusan.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Bersenam sememangnya adalah salah satu aktiviti yang perlu dilakukan bagi memastikan tubuh badan kekal dalam keadaan aktif dan cergas.
Bagi sesetengah individu, rutin bersenam selepas kerja boleh memberi kelegaan kepada mereka untuk melepaskan tekanan kerja di pejabat.
Walau bagaimanapun, aktiviti ini perlulah dilakukan secara berpada-pada dan mengikut kemampuan tubuh badan lebih-lebih lagi jika berada dalam keadaan terlalu penat selepas seharian bekerja.
Individu Maut Selepas 2 Jam ‘Workout’ Berterusan Selepas Seharian Bekerja
Memetik laporan dari mStar, tular di media sosial tentang seorang individu yang meninggal dunia selepas bersenam selama dua jam tanpa henti di gimnasium.
Menerusi hantaran di laman X, pemilik akaun media sosial itu memberitahu bahawa kematian rakannya itu berlaku ketika dia melakukan senaman selepas seharian penat bekerja.
Bimbang dengan perkara yang berlaku, individu berkenaan menasihati orang ramai agar tidak terlalu memaksa diri untuk ‘workout’ sekiranya badan sudah kepenatan akibat seharian bekerja.
“Guys guys, tolonglah, kalau anda dah seharian penat kerja, jangan paksa diri bersenam waktu malam. Aku baru dapat khabar, kawan aku meninggal semalam sebab serangan jantung masa dia tengah main gim.
“Dia dah kerja dari pagi sampai Maghrib, lepas tu sambung gim lebih kurang dua jam tanpa henti,” tulis pengguna X itu.
Bahaya Atau Tidak Bersenam Pada Waktu Malam?
Semakan di National Library of Medicine mendapati satu kajian melibatkan 3690 individu dewasa di Amerika Syarikat dalam lingkungan 20 sehingga 40an telah diterbitkan pada tahun 2022 tentang hubungan antara senaman malam dan risiko kematian.
Dalam jumlah tersebut, seramai 1800 individu merupakan populasi yang aktif pada waktu malam dan kajian mendapati bahawa sebanyak 639 kematian telah dicatatkan dalam kalangan golongan ini.
Pengkaji turut menekankan bahawa semakin tinggi nisbah tempoh masa sukan malam, maka semakin tinggi risiko kematian.
Sekiranya nisbah tempoh masa sukan malam naik 0.1%, risiko kematian juga akan bertambah kepada 15%.
Selain itu, kematian yang berpunca daripada senaman pada waktu malam ini juga dianggap sebagai ‘pembunuh senyap’ kerana telah memberi tekanan pada badan untuk melawan fitrah badan manusia yang sepatutnya berehat pada tempoh tersebut.
Hormon melatonin yang membantu untuk seseorang mudah tidur pada waktu malam akan berkurang dan menyebabkan seseorang susah untuk tidur dan lesu pada keesokan harinya.
Boleh Bersenam Waktu Malam Asalkan Pandai Atur Jam Biologi Sendiri – Pakar Perubatan Sukan
Namun memetik hantaran Medical Mythbusters Malaysia yang ditulis oleh seorang pakar perubatan sukan Dr Rahmani, manusia boleh bersukan atau bersenam pada waktu malam asalkan pandai mengatur jam biologi sendiri, disiplin, selain mempunyai istirahat dan tidur yang cukup serta berkualiti.
Harvard Medical School dalam sebuah publikasi terhadap 23 kajian (Oktober 2018) menyarankan senaman waktu malam dilakukan pada intensiti rendah dan sederhana setidaknya 1 jam sebelum tidur dan elakkan senaman berintensiti tinggi (HIIT).
Selain itu, mereka juga harus mengelak pengambilan kafein, penggunaan pada waktu malam, dan mengawal tidur pada siang hari.
Secara konklusinya, tidak salah untuk bersenam pada waktu malam tapi biarlah dalam keadaan bersederhana sahaja.
Harvard Medical School dalam sebuah publikasi terhadap 23 kajian (Oktober 2018) menyarankan senaman waktu malam boleh dilakukan pada intensiti rendah & sederhana setidaknya 1 jam sebelum tidur dan elakkan senaman dengan intensiti tinggi.Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.