Now Reading
JPJ Tawar Diskaun Saman 50% Untuk 3 Kesalahan Jalan Raya Sehingga Jun 2025

JPJ Tawar Diskaun Saman 50% Untuk 3 Kesalahan Jalan Raya Sehingga Jun 2025

Tawaran kompaun khas oleh JPJ dengan kadar rata RM150 berlangsung selama enam bulan bermula pada hari ini (3 Januari) sehingga 30 Jun 2025.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Walaupun sudah masuk tahun baru, tapi mesti ada di antara anda yang masih belum melunaskan hutang saman dari pihak berkuasa yang dikeluarkan pada tahun-tahun sebelumnya kan?

Sesetengah individu dilihat sengaja mengelak untuk membayar saman mereka kerana jumlah tunggakannya terlalu tinggi. Ingat ya, hutang wajib dibayar.

Tetapi jangan bimbang kerana ada berita baik daripada pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)!

JPJ Tawar Diskaun 50% Untuk Bayaran Saman

Memetik laporan Berita Harian, JPJ kini memberikan kompaun khas dengan kadar rata RM150 bagi tiga jenis kesalahan iaitu:

  • Saman Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AwAS) (Saman 53A)
    • Dari Oktober 2018 sehingga kini
  • Notis Temu Siasat (114)
    • Dari tahun 2023 dan ke bawah
  • Notis Saman Tampal/JPJ(P)23 (115)
    • Dari tahun 2023 dan ke bawah

Jelas Menteri Pengangkutan Anthony Loke, kebiasaannya kompaun bagi ketiga-tiga kesalahan ini adalah RM300. Tawaran tersebut akan ditawarkan selama enam bulan bermula pada hari ini (3 Januari) sehingga 30 Jun 2025.

“Sebab saman AwAS ada dua juta saman yang tertunggak dan memang ada sekatan kepada mereka yang tidak menyelesaikan saman AwAS, sekiranya mereka tidak menyelesaikan saman itu mereka tidak boleh memperbaharui lesen memandu ataupun lesen kenderaan motor mereka,” katanya.

Sumber: MalayMail

Bagi anda yang mahu mengambil peluang tersebut untuk membayar tunggakan saman, berikut adalah saluran yang boleh digunakan.

Antaranya:

Namun, pembayaran kompaun khas berkenaan tidak boleh dilakukan melalui saluran MyEG dan di Pos Malaysia.

Orang awam disaran untuk menyelesaikan notis saman JPJ kerana kegagalan berbuat demikian akan mengakibatkan berlaku sekatan urus niasa selepas tempoh tawaran permbayaran khas kompaun berakhir.

Saman Yang Tidak Layak Untuk Mendapat Diskaun

Secara umumnya, semua saman trafik layak mendapat diskaun kecuali:

  • Saman Tidak Patuhi Lampu Merah
  • Saman Lorong Kecemasan
  • Saman Potong Secara Merbahaya
  • Saman Potong di Garisan Berkembar
  • Saman Kemalangan
  • Saman Dalam Perbicaraan
  • Saman Tidak Boleh Kompaun
  • Saman Berkaitan Lori
  • Saman Berkaitan Ekzos

Sebelum ini, PDRM turut memberikan tawaran diskaun saman kepada masyarakat bagi memudahkan urusan mereka untuk melunaskan tunggakan.

Baca Artikel Berkaitan: PDRM Tawar 60% Diskaun Saman Trafik Pada 22 Hingga 24 November Ini

Baca Artikel Berkaitan: PDRM Tawar Diskaun Saman Sehingga 50% Di Pelancaran Bulan Kebangsaan


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd