“Hormati Kuasa Prerogatif Agong Beri Pengampunan Atau Tunda Hukuman” – Istana Negara
Istana Negara menyatakan bahawa Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa perogatif di bawah peruntukan Perkara 42 (1) dan (2) Perlembagaan Persekutuan.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Mana-mana pihak yang mahu memberi cadangan agar seseorang banduan itu menerima pengampunan mahupun pengurangan hukuman, permohonan itu perlulah dikemukakan oleh banduan.
Selepas itu, permohonan tersebut akan diteliti serta dipertimbangkan oleh Lembaga Pengampunan yang dipengerusikan oleh Yang di-Pertuan Agong.
Memetik laporan Astro Awani, seramai 13 orang banduan yang telah menerima pengampunan dari Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada tahun 2020 semasa baginda menjadi Yang di-Pertuan Agong.
Istana Negara Minta Orang Ramai Hormati Kuasa Agong Beri Ampun
Menerusi satu kenyataan dimuat naik di laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Istana Negara menyatakan bahawa Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa prerogatif di bawah peruntukan Perkara 42 (1) dan (2) Perlembagaan Persekutuan.
Dalam peruntukan tersebut, baginda boleh memberi ampun, tunda hukum dan lega hukum bagi sebarang kesalahan yang dilakukan di dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.
Dalam kenyataan sama, Seri Paduka Baginda juga boleh meremit, menggantung atau meringankan apa-apa hukuman yang telah dijatuhkan oleh mahkamah bagi kesalahan tersebut.
“Kuasa ini dijalankan dengan nasihat Lembaga Pengampunan yang dipengerusikan oleh Seri Paduka Baginda.
“Oleh itu, sekiranya mana-mana pihak ingin mencadangkan supaya mana-mana banduan untuk diberi keampunan atau pengurangan hukuman, permohonan berkenaan hendaklah dikemukakan oleh banduan berkenaan untuk dipertimbangkan oleh Lembaga Pengampunan yang dipengerusikan oleh Seri Paduka Baginda pada mesyuarat akan datang.
Pada masa yang sama, kenyataan itu turut meminta semua pihak agar menghormati undang-undang yang telah ditetapkan.
“Semua pihak dingatkan untuk menghormati Perlembagaan dan undang-undang yang ditetapkan,” jelas kenyataan itu.
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.