[Video] Insiden Pesawat Terhempas Di Korea Selatan: ‘Bird Strike’ Disyaki Punca Flight Terpaksa Belly Landing
Pesawat Jeju Air terbabit telah melakukan ‘belly landing’ di Muan International Airport sebelum tergelincir keluar dari landasan dan melanggar sebuah tembok dinding.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Masyarakat dunia dikejutkan dengan berita insiden pesawat terhempas di Korea Selatan sekitar jam 8 pagi waktu Malaysia semalam (29 Disember).
Dalam nahas terbabis, pesawat Jeju Air yang telah mendarat tergelincir keluar daripada landasan sehingga melanggar satu tembok batu di Muan International Airport.
Pesawat dari Bangkok, Thailand tersebut membawa 181 penumpang termasuk enam kru kabin. Dipercayai dua penumpang merupakan rakyat Thailand, manakala selebihnya ialah warganegara Korea Selatan.
179 Penumpang Terkorban Dalam Nahas Pesawat Terhempas Di Korea Selatan
Seramai 179 penumpang dilaporkan terkorban, menjadikannya insiden pesawat terhempas paling teruk dalam sejarah Korea Selatan.
Sebaliknya, dua kru kabin berjaya diselamatkan daripada ekor kapal terbang yang sedang terbakar ketika itu dan telah dibawa ke hospital.
Ketua jabatan kebakaran Muan berkata walaupun bahagian ekor pesawat masih kelihatan, namun tiada sesiapa dapat mengenal pasti bentuk keseluruhan kapal tersebut.
Punca insiden masih dalam siasatan.
‘Bird Strike’ & Masalah Cuaca Dikatakan Antara Faktor Pesawat Terhempas
Memetik laporan BBC, pakar penerbangan memaklumkan pesawat yang terhempas itu mungkin disebabkan oleh beberapa faktor berbeza.
Pegawai kebakaran dalam pada itu berkata kemungkinan ‘bird strike’ dan masalah cuaca yang menyebabkan pesawat terbabit terhempas.
Menurut seorang pegawai pengangkutan Korea Selatan, pesawat terbabit sedang cuba untuk mendarat apabila terpaksa menundakannya selepas menerima amaran ‘bird strike’ dari kawalan trafik udara.
Untuk info, ‘bird strike’ adalah keadaan di mana pesawat berlanggar dengan sekumpulan burung.
Namun kira-kira dua minit kemudian, juruterbang melakukan isyarat ‘Mayday’ sebelum diizinkan oleh kawalan trafik udara untuk mendarat dari arah bertentangan, lapor BBC.
Menurut media tempatan, salah seorang penumpang telah menghantar pesanan kepada seorang ahli keluarga yang mendakwa bahawa seekor burung ‘telah tersekat pada sayap pesawat’.
Pesawat Mendarat Secara ‘Belly Landing’
Difahamkan pesawat berkenaan mendarat secara ‘belly landing’ di landasan lapangan terbang tersebut.
Video tular di media sosial memaparkan bagaimana pesawat tersebut mendarat tanpa tayarnya atau mana-mana alat pendaratan lain.
Perkara ini menyebabkan ia tergelincir keluar dari landasan sebelum meletus apabila melanggar sebuah dinding.
Bercakap kepada media Korea Selatan, Yonhap, seorang saksi berkata dia mendengar bunyi ‘dentuman yang kuat’ diikuti ‘beberapa letupan’ lain.
@abscbnnews Eyewitness footage obtained by Reuters on Sunday, December 29 showed the moment a Jeju Air plane crashed at Muan International Airport in South Korea. #abscbnnews #fyp #news
♬ original sound – ABS-CBN News – ABS-CBN News
Jeju Air Dikatakan Mempunyai ‘Rekod Keselamatan Cemerlang’
Memetik laporan Yonhap, Ketua Pengurusan Jeju Air berkata insiden tersebut bukan disebabkan oleh ‘sebarang isu penyenggaraan’.
Dalam pada itu, Jabatan Pengangkutan Korea Selatan berkata ketua juruterbang dalam penerbangan terbabit telah memegang jawatan tersebut sejak 2019 dan mempunyai pengalaman penerbangan lebih 6,800 jam.
Bercakap kepada BBC, pakar penerbangan Geoffrey Thomas memaklumkan bahawa Korea Selatan dan syarikat-syarikat penerbangannya dianggap sebagai ‘amalam terbaik industri’ serta kedua-dua pesawat dan Jeju Air mempunyai ‘rekod keselamatan yang cemerlang’.
Korea Selatan Berkabung 7 Hari
Sehubungan nahas pesawat berkenaan, Pemangku Presiden Korea Selatan Choi Sang-mok hari mengumumkan tempoh berkabung selama tujuh hari di seluruh negara.
Beliau melakukan pengumuman tersebut ketika sebuah mesyuarat tergempar yang diadakan beberapa jam selepas insiden nahas terbabit.
Choi dalam masa sama menetapkan Muan sebagai zon bencana khas yang layak menerima sokongan kerajaan.
“Kami akan menyediakan semua bantuan yang diperlukan untuk usaha pemulihan, sokongan untuk keluarga yang berduka dan rawatan perubatan bagi yang cedera,” katanya.
2 Insiden Membabitkan Pesawat Berlaku Di Kanada & Norway
Semalam sememangnya merupakan hari yang buruk dalam sejarah penerbangan dunia, apabila dua lagi insiden membabitkan pesawat dilaporkan.
Di Kanada, pesawat Air Canada melakukan pendaratan cemas di Halifax Stanfield International Airport selepas mengalami masalah alat pendaratan, namun tiada kematian dilaporkan.
Pesawat tersebut dikatakan tergelincir sehingga percikan api kelihatan pada sayapnya yang tergesar pada landasan.
Di Norway, sebuah pesawat yang baru sahaja berlepas dari Oslo Airport mengubah laluan sebelum melakukan pendaratan cemas di Oslo Torp Sandefjord Airport.
Pesawat itu kemudiannya tergelincir keluar dari landasan, namun kesemua 182 penumpang terselamat.
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.