Now Reading
Terkandas Di KLIA, Wanita Kecewa Hasil Simpanan Untuk Tunai Umrah ‘Lebur’ Kena Scam

Terkandas Di KLIA, Wanita Kecewa Hasil Simpanan Untuk Tunai Umrah ‘Lebur’ Kena Scam

Syarikat pakej umrah yang dikendalikan oleh seorang wanita itu gagal menyediakan tiket penerbangan dan visa pelancongan buat 26 bakal jemaah umrah.

scam pakej umrah

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Buat mereka bergelar Muslim, sudah tentu anda memasang niat dan cita-cita untuk menjejakkan diri ke Tanah Suci bagi menunaikan ibadah umrah atau haji.

Namun begitu, hajat segelintir bakal jemaah tidak kesampaian apabila sebuah pemilik agensi pelancongan menipu kumpulan tersebut.

Memetik laporan Berita Harian, Polis Diraja Malaysia (PDRM) memaklumkan bahawa penipuan ini telah mencatat kerugian sejumlah RM760,000 yang melibatkan kira-kira 380 bakal jemaah haji.

Baca Artikel Berkaitan: Isu Bakal Jemaah Haji Terkandas, Pemilik Agensi Pelancongan & 4 Individu Ditahan

26 Individu Jadi Mangsa Scam Pengendali Pakej Umrah

Kes penipuan melibatkan bakal jemaah yang mahu beribadah di Mekah dilaporkan berlaku sekali lagi.

Memetik Berita Harian, seramai 26 mangsa termasuk mutawif telah terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Khamis lalu (26 Disember) selepas sebuah syarikat pengendali pakej umrah gagal membawa kumpulan tersebut ke Tanah Suci.

Pakej yang dikendalikan oleh seorang wanita itu juga dikatakan tidak menyediakan tiket penerbangan, penginapan dan visa umrah para jemaah.

Sumber: The Pilgrim

Menurut seorang wanita dikenali sebagai Sahira Syarafana Shahidan, 26, dia berasa kecewa apabila duit simpanannya sebagai modal mengerjakan ibadah itu lesap dikaut pihak tidak bertanggungjawab.

“Saya sedih duit hasil titik peluh mengusahakan perniagaan kecil-kecilan sejak beberapa tahun lalu lebur dalam sekelip mata selepas ditipu oleh syarikat pengendali umrah,” katanya.

Sahira bersama dokumen laporan polis. Sumber: Berita Harian

Jelas Sahira, dia tertarik dengan pakej murah ditawarkan iaitu sebanyak RM4,500 bagi setiap orang. Dia kemudian bersetuju untuk mengambil pakej lima orang berjumlah RM20,900 dengan membawa suami, bapa mentua serta dua anak kecil.

Terpaksa Mula Buat Simpanan Umrah Daripada Awal

Mengulas lanjut, Sahira berkata dia membuat bayaran secara ansuran sejak awal tahun dan bakinya telah dilangsaikan sebelum tarikh bertolak. Bagaimanapun impiannya untuk melawat Tanah Suci buat kali pertama itu berkecai selepas ditipu.

“Selepas kejadian itu saya berdepan pelbagai perasaan termasuk marah dan sedih kerana selepas ini terpaksa memulakan hidup baharu untuk mengumpul duit semula lebih-lebih lagi situasi perniagaan ketika ini tidak menentu dan bilangan pelanggan juga mengikut musim,” tambahnya lagi.

Sumber: Urban Info

Susulan itu, beberapa mangsa yang terkandas telah melakukan polis di KLIA serta di balai polis kawasan masing-masing selepas pulang.

Sahira juga berharap agar pengendali pakej itu dikenakan tindakan serta wang para jemaah dikembalikan semula dengan kadar segera.

Pengendali Pakej Umrah Ubai Suai Visa Pelancongan Jemaah

Berbicara lebih lanjut tentang kes penipuan ini, seorang pekerja swasta dikenali sebagai Julia, 22, dari Bentong, Pahang pula berkata dia berasa terkilan kerana wang terkumpul sejak dua tahun lalu lesap begitu sahaja.

Difahamkan, Julia membuat simpanan khas untuk membawa ibu bapanya menunaikan umrah.

Ujarnya, para jemaah sedar mereka ditipu selepas pihak tidak bertanggungjawab gagal menyediakan tiket penerbangan dan visa pelancong manakala salinan diberi juga tidak sah serta sudah diubah suai.

Sumber: Pexels

“Saya trauma selepas melalui situasi itu. Modus operandi yang digunakan wanita itu sangat licik dengan menyediakan kursus umrah dan menyediakan penginapan di hotel secara percuma sehari sebelum tarikh bertolak.

“Saya sudah membuat laporan di balai polis Bentong dan berharap pihak berkuasa dapat mengambil tindakan terhadap individu terbabit. Saya reda apa yang berlaku dan mungkin ada hikmah di sebalik kejadian itu,” tambahnya lagi.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Jemaah Umrah Kecewa, Ingat Dapat Pinjam Gunting Percuma Untuk Tahallul Rupanya Berbayar

Ciri-ciri Penipu Pakej Umrah

Sebenarnya kes melibatkan penipuan pakej umrah ini sudah banyak kali berlaku sebelum ini.

Bagi mengelakkan diri anda ditipu beribu-ribu ringgit, di sini kami kongsikan beberapa ciri pengendali pakej umrah atau haji yang melakukan modus operandi. Antaranya:

Gambar sekadar hiasan. Sumber: FB DR NOOR HISHAM ABDULLAH
  • Harga pakej terlalu rendah dan tidak masuk akal
  • Pengendali pakej mendesak individu melakukan pembayaran penuh dengan kadar segera
  • Harga pakej umrah adalah sama bagi setiap tarikh ditawarkan
  • Penerbangan tidak ada PNR (Passenger Name Record) sehingga ke saat akhir tarikh bertolak
  • Menjanjikan tiada kenaikan harga walaupun kos meningkat
  • Mempunyai tarikan ziarah luar negara dengan harga tidak masuk akal dan dijanjikan hotel umrah yang dekat

Baca Artikel Berkaitan: Hampir 400 Bakal Jemaah Haji Guna Visa Furada Terkandas Di KLIA


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd