Kelantan Wajibkan Miliki Sijil Halal Untuk Renew Lesen Perniagaan
Perkara tersebut akan diwajibkan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) iaitu Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) terlebih dahulu.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Agama Islam sememangnya menekankan umatnya untuk mendapatkan makanan dan minuman dari sumber yang halal.
Di Malaysia, pengurusan berkaitan hal ini berada di bawah bidang kuasa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dalam menentukan status sama ada sesebuah premis tersebut layak atau tidak diberikan sijil halal.
Berdasarkan rekod terkini sehingga 10 November 2024, sebanyak 9,520 syarikat yang mempunyai sijil halal dan daripada bilangan tersebut, 57% daripadanya iaitu 5,449 buah syarikat adalah milik bukan Bumiputera.
Baca Artikel Berkaitan: 76% Pemilik Sijil Halal Di Pulau Pinang Adalah Syarikat Bukan Muslim
Pemilik Perniagaan Makanan Dan Minum Wajib Ada Sijil Halal Untuk Perbaharui Lesen
Memetik laporan Sinar Harian, kerajaan Kelantan telah mengenakan syarat baharu kepada pemilik premis makanan dan minuman di negeri terbabit untuk memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM)Â sekiranya mahu memperbaharui lesen perniagaan.
Exco Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta Mohd Asri Mat Daud berkata perkara tersebut akan diwajibkan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) iaitu Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) terlebih dahulu.

Dalam tempoh akan datang, kewajipan memiliki sijil halal di negeri berkenaan akan mula diperluaskan.
“Bagaimanapun pelaksanaan berkenaan akan diperluaskan kepada PBT-PBT lain di negeri ini.
“Pada masa yang sama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (Jaheaik) turut membuka peluang untuk mendapatkan sijil halal kepada industri kecil, perhotelan serta individu yang mengusahakan produk makanan serta minuman di rumah,” ujarnya.
Peniaga Bukan Islam Boleh Terima Keperluan Miliki Sijil Halal
Menurut Mohd Asri, pengusaha perniagaan bukan beragama Islam di Kelantan masih boleh menerima keperluan untuk memiliki sijil halal bagi perniagaan mereka di negeri terbabit.
“Di Kelantan tiada isu orang bukan Islam rasa ‘rigid’ dengan sijil halal, mereka boleh terima.
“Sementara itu setiap tahun Jaheaik akan membuat pemantauan mengejut untuk tujuan pemeriksaan kepada semua premis yang memiliki SPHM,” katanya.

Setakat Januari hingga Disember tahun ini, sebanyak 453 premis di Kelantan telah memiliki SPHM dengan kira-kira 20% daripadanya adalah peniaga bukan Islam.
Daripada jumlah tersebut, 198 premis adalah di Kota Bharu manakala selebihnya adalah di seluruh Kelantan.
Adakah Logo Halal Wajib Dimohon?
Sebagai info JAKIM sebelum ini ada memaklumkan permohonan Sijil Pengesahan Halal Malaysia adalah bersifat sukarela dan bukannya wajib.
Namun usaha murni pihak pengeluar atau syarikat dalam memohon pentauliahan berkenaan adalah amat dialu-alukan demi memastikan produk yang dihasilkan adalah ‘Halalan Toyyiban’ iaitu halal, baik, suci, bersih, selamat dan pada masa yang sama mengikut seluruh standard dan garis panduan yang telah ditetapkan jabatan berkenaan.

Menurut Mufti Wilayah Persekutuan pula, semua produk IKS Muslim yang tiada logo halal (JAKIM) tidak boleh dianggap tidak halal mahupun haram.
Hal ini kerana status halal tertakluk pada pada bahan-bahan yang digunakan serta teknik penyediaan yang menepati syarak.
Produk makanan umat Islam mestilah daripada sumber bahan mentah yang halal lagi suci.
Sebaliknya, sumber bahan mentah daripada haiwan haram mahupun haiwan yang tidak disembelih mengikut hukum syarak, maka jelaslah produk makanan tersebut daripada sumber yang haram.
Sehubungan itu, pengguna Muslim perlu bijak dalam membuat penelitian terhadap bahan-bahan yang dibeli sama ada bebas daripada unsur haram mahupun sebaliknya.
Baca Artikel Berkaitan: JAKIM Dedah Lebih 70% Pemegang Sijil Halal Di Malaysia Adalah Bukan Bumiputera
Baca Artikel Berkaitan: Dendeng & Sambal Nyet Berapi Khairul Aming Terima Sijil Pengesahan Halal JAKIM
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.