Penunggang Basikal Di Thailand Maut Digilis Kereta Api Ketika Rakam Konten TikTok
Insiden lelaki dirempuh kereta api ini berlaku di Chulalongkorn Railway Bridge sekitar wilayah Ratchaburi, Thailand.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Semakin hari, anda boleh lihat golongan masyarakat semakin gemar menggunakan platform media sosial. Ada yang sudi berkongsi kisah hidup, membuat kesedaran tentang sesuatu isu, menyebarkan ilmu dan sebagainya.
Kegigihan mereka untuk memuat naik konten menyebabkan mereka sanggup mencari port-port yang unik untuk dijadikan latar video atau hantaran.
Pun begitu, ada juga segelintir individu memilih lokasi agak berbahaya yang mana mereka tidak sedar ia boleh meragut nyawa seseorang.
Penunggang Basikal Di Thailand Maut Dirempuh Kereta Api
Pada 18 Disember lalu, seorang lelaki berusia 51 tahun dilaporkan maut digilis kereta api di Chulalongkorn Railway Bridge sekitar wilayah Ratchaburi, Thailand.
Memetik Thaiger, mangsa telah meletakkan basikal dan duduk di tengah-tengah landasan bagi merakam kandungan TikTok.
Mayat mangsa, Wiroj telah ditemui di tengah landasan dengan keadaan tangan dan kakinya yang terputus. Penunggang basikal itu juga mengalami kecederaan serius di bahagian kepala yang mendedahkan tengkoraknya.
Basikal Ditemui Rosak 200 Meter Dari Lokasi Mayat Ditemui
Memetik Kosmo, basikalnya pula ditemukan dalam keadaan rosak sekitar 200 meter dari lokasi mayat ditemui.
Difahamkan Wiroj merupakan seorang guru bahasa Inggeris dan TikToker yang kerap berkongsi perjalanan berbasikal, reviu produk dan kandungan gaya hidup di akaun media sosialnya.
Pada hari kejadian, Wiroj telah datang ke landasan kereta api untuk merakam satu konten supaya boleh dimuat naik di akaun TikTok miliknya.
@alan_cycling อยากทำอะไร ทำได้ ทำเลย #เป็นตัวของตัวเอง #ปั่นจักรยาน #จักรยานพับ #ไปไหนไปกันน้ำมันไม่ต้องใส่ #cycling #cyclinglife #foldingbike ♬ เสียงต้นฉบับ – ไปไหนไปกันน้ำมันไม่ต้องใส่
Polis Syak Mangsa Tak Dengar Bunyi Hon Kereta Api
Menurut pihak polis, mangsa tiba di kawasan trek landasan seorang diri dengan menunggang basikal sekitar jam 7.30 pagi pada hari kejadian.
Pegawai penyiasat mengesyaki bahawa mangsa berkemungkinan tidak mendengar bunyi hon kereta api yang datang dari arah belakang, seterusnya mengakibatkan rempuhan itu berlaku.
Si Isteri Tak Sangka Suami Terlibat Dalam Kemalangan Kereta Api
Isteri Wiroj, Wanwadee, 49, memaklumkan bahawa mereka berdua sempat menghantar anak perempuan ke sekolah sebelum berpisah untuk urusan masing-masing. Wanwadee menuju ke tempat kerja manakala Wiroj pergi berbasikal.
Wanwadee berkata, dia mendengar hebahan dari orang lain mengenai kemalangan kereta api itu tetapi tidak terfikir bahawa si mati merupakan suaminya sehingga dia menerima panggilan daripada polis.
Berbicara tentang kesedihannya, Wanwadee menyifatkan Wiroj sebagai pemimpin keluarga yang sempurna. Dia juga menggambarkan suaminya sebagai seorang yang peramah dan sangat disayangi.
Jelas si isteri, Wiroj bersemangat untuk mencipta kandungan dalam talian untuk akaun Facebook dan TikToknya, yang dipanggil sebagai ‘Go anywhere with you, no petrol needed’.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Orang Ramai ‘Seriau’ Lihat Pelancong Lepak Tepi Landasan Kereta Api Di Hanoi
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Demi Konten, Gadis 19 Tahun Terhantuk Di Tiang Landasan Waktu Rakam Video
Baca Artikel Berkaitan: Tak Hiraukan Keselamatan Semata-Mata ‘OOTD’, Pemandu Kereta Api Tegur Penceroboh Landasan
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram