[Terkini] Tular Video Individu Rakam Bawah Jubah Wanita, Penganggur Dicekup Polis
Menurut PDRM, suspek mengakui bahawa dia pertama kali melakukan perbuatan merakam dari bawah kain wanita.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Sebelum ini, tular hantaran di media sosial memperlihatkan aksi seorang pemuda didakwa melakukan gangguan seksual di sebuah pasar raya sekitar Jenjarom, Kuala Langat, Selangor.
Menerusi kamera litar tertutup (CCTV) di premis tersebut, lelaki berkenaan dipercayai cuba untuk merakam video di bawah kain wanita yang sedang berdiri sambil memegang troli.
Semasa melakukan perbuatan tersebut, individu berkenaan dipercayai berpura-pura mahu mengambil barangan di kawasan berhampiran sebelum aksinya disedari oleh mangsa mula bergerak sedikit menjauhi lelaki itu.
Baca Artikel Berkaitan: Polis Buru Lelaki Didakwa Rakam Bawah Jubah Wanita Di Pasar Raya
Lelaki Cuba Rakam Bawah Jubah Wanita Ditahan
Semalam (18 Disember), seorang penganggur diberkas pihak polis selepas dipercayai merakam serta melakukan gangguan seksual di sebuah pasar raya sekitar Jenjarom pada minggu lalu.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Mohd Akmalrizal Radzi, siasatan dijalankan susulan laporan diterima mengenai insiden terbabit.
Jelas Mohd Akmalriza, suspek adalah seorang lelaki tempatan berumur 30-an dan tidak bekerja.
“Siasatan awal mendapati, suspek mengaku bahawa dia adalah individu terbabit sebagaimana dalam rakaman kamera litar tertutup (CCTV).
“Semakan mendapati, suspek yang tidak mempunyai rekod lampau juga mengakui pertama kali melakukan perbuatan itu,” kata pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM), lapor Berita Harian.
Suspek Direman 2 Hari
Dalam pada itu, suspek yang ditahan di Banting kini direman selama dua hari bermula semalam.
Mengulas lanjut, polis telah membuka siasatan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.
Untuk info, mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan, perbuatan mengaibkan kehormatan seseorang, menyebut sebarang perkataan, membuat bunyi, isyarat atau menunjukkan apa-apa perkara dengan maksud bunyi dan perkataan itu boleh didengar atau dilihat selain mengganggu kesantunan individu adalah satu kesalahan.
Pelaku boleh dipenjara selama lima tahun, atau didenda atau kedua-duanya sekali.
Mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 pula, suspek boleh dikenakan denda tidak melebihi RM100 jika sabit kesalahan.
Gersang Lain Macam….
— MYNEWSHUB (@mynewshub) December 17, 2024
Polis kini sedang memburu seorang lelaki berkaitan kes rakam dan gangguan seksual di sebuah pasar raya di Jenjarom di Kuala Langat, baru-baru ini.
Polis menerima laporan kejadian pada 9 Disember lalu dari wanita tempatan yang menjadi mangsa dalam video… pic.twitter.com/pCYwtW4Mag
Tips Keselamatan Bagi Wanita Ketika Berseorangan
Anda boleh lihat kes gangguan seksual dilihat semakin menjadi-jadi. Bagi para wanita yang selalu berjalan berseorangan, di sini kami kongsikan beberapa tips bagi melindungi diri anda. Antaranya:
- Elakkan berjalan di kawasan sunyi dan gelap.
- Jangan menggunakan telefon bimbit semasa berjalan.
- Berjalan dalam langkah yang yakin.
- Pastikan tangan sentiasa bersedia untuk melawan sekiranya diserang.
- Tidak memakai beg sandang bertali panjang untuk mengelak kes ragut.
- Berjalan bertentangan trafik supaya tidak diserang daripada belakang.
Buat Aduan Sekiranya Anda Jadi Mangsa Gangguan Seksual
Jika anda menjadi mangsa jenayah gangguan seksual, anda digesa untuk melakukan aduan yang sekaligus dapat memberi amaran kepada si pelaku.
Sebagai info, Malaysia telah menguat kuasakan beberapa undang-undang terhadap kesalahan gangguan seksual. Antaranya:
- Akta Antigangguan Seksual 2022
- Seksyen 354 Kanun Keseksaan:Â Menyerang atau menggunakan kekerasan dengan niat hendak mencabul kehormatan.
- Seksyen 509 Kanun Keseksaan: Mengaibkan kehormatan seseorang dengan menyebut apa-apa perkataan, membuat apa-apa bunyi atau isyarat atau menunjukan apa-apa benda.
- Seksyen 355 Kanun Keseksaan: Menyerang atau menggunakan kekerasan jenayah kepada seseorang dengan niat hendak menjatuhkan kehormatan.
Di samping itu, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat juga telah mewujudkan Tribunal Anti Gangguan Seksual (TAGS) yang mempunyai bidang kuasa untuk mendengar dan menentukan aduan gangguan seksual.
Menerusi TAGS, mana-mana individu yang menjadi mangsa gangguan seksual boleh memfailkan aduan. Bagi mangsa yang berumur kurang 18 tahun atau seorang yang tidak berkeupayaan, mereka boleh diwakili oleh sahabat wakil atau penjaga ad litem.
Baca Artikel Berkaitan: UM Sahkan Terima Laporan Pensyarah Kongsi Gambar Lucah Dengan Pelajar
Baca Artikel Berkaitan: 1 Daripada 5 Rakyat Malaysia Pernah Jadi Saksi Wanita Diganggu Secara Seksual
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram