Now Reading
Ini Kisah Di Sebalik Individu Yang Cipta Platform Shopee

Ini Kisah Di Sebalik Individu Yang Cipta Platform Shopee

Selain pengasas kepada Shopee, Forrest Li juga memiliki syarikat permainan dikenali sebagai Garena dan juga kelab bola sepak Lion City Sailors FC.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Setiap kali masuk gaji, antara aplikasi yang akan menjadi kegemaran ramai untuk dibuka terlebih dahulu adalah Shopee. Terus nak ‘checkout’ semua barang yang dah ada dalam ‘cart’.

Cakap je nak beli barang apa, semuanya ada dari sekecil-kecil skru sehingga perabot seperti sofa, almari dan televisyen.

Lebih mengujakan lagi apabila adanya jualan menarik setiap bulan dengan baucar diskaun untuk para pelanggan. Siap ada peniaga yang menurunkan harga sehingga 90% ketika kempen seperti 11.11 dan 12.12.

Ini Kisah Di Sebalik Individu Yang Cipta Shopee

Walaupun sudah berpuluh-puluh bungkusan barangan yang datang dari Shopee, tetapi anda tahu tak siapa sebenarnya yang wujudkan platform e-dagang ini?

Dilahirkan pada tahun 1978 di Tianjin, China, warga Singapura dikenali sebagai Forrest Li atau nama sebenarnya Forrest Li Xiaodong merupakan individu yang mencipta laman Shopee pada tahun 2015.

Beliau kemudiannya menuntut di peringkat universiti dengan mengambil jurusan kejuruteraan di Universiti Jiao Tong Shanghai, China.

Ketika Forrest Li menyambung pengajian di Universiti Stanford pada tahun 2005 pula, beliau berkesempatan untuk mendengar ucapan dari pengasas Apple iaitu mendiang Steve Job.

Antara ucapan dari Steve Job yang mendorong beliau sehingga tercetusnya karier usahawan dengan mencipta Shopee adalah ‘Stay hungry, stay foolish’.

Sumber: NaadiSpeaks

Siapa sangka, kata-kata tersebut kemudiannya menjadikan Forrest Li sebagai individu terkaya Singapura dalam tempoh dua dekad selepas itu dengan nilai kekayaan mencecah RM82.2 bilion (USD19.8 bilion).

Ini Kisah Sebelum Terciptanya Shopee

Selepas tamat pengajian, Forrest bekerja sebagai pengurus HR Motorola. Namun memasuki tahun keempat, beliau mengambil keputusan untuk berhenti kerja bagi membolehkan dirinya melanjutkan pengajian di Standford.

Kemudian, Forrest, 54, menyertai sebuah syarikat baru yang disebut sebagai GGgame yang diasaskan oleh rakan alumninya bernama Chen Qu.

Walau bagaimanapun, perniagaan tersebut tidak berjalan dengan lancar oleh kerana perselisihan faham yang berlaku antara Chen dan Forrest.

Sumber: Facebook Forrest Li

Situasi tersebut mengakibatkan rakannya itu menjual 35% pegangan saham dalam GGgame dengan harga RM3,113,220 (USD700,000) pada tahun 2008.

Selepas Chen keluar dari syarikat terbabit, Forrest menukar nama GGgame kepada Garena pada tahun 2009.

Kalau anda nak tahu, syarikat Garena inilah yang mengeluarkan permainan FIFA Online yang selalu dimainkan oleh pengguna di kafe siber.

Sumber: X

Semasa empayar permainan video miliknya semakin berkembang dengan maju, Forrest mengambil peluang untuk menceburi pasaran e-dagang dan perkhidmatan kewangan pada tahun 2015 dengan melancarkan platform Shopee.

Sehingga kini, antara saingan Shopee adalah seperti Lazada dan Amazon yang cuba untuk memasuki pasaran Asia Tenggara pada tahun 2017 tetapi berjaya dipatahkan oleh laman e-dagang milik Forrest.

Sumber: X

Sebagai info, beliau juga memiliki kelab bola sepak Lion City Sailors FC dengan membeli saham 100% pada tahun 2020.

Baca Artikel Berkaitan: Crazy Rich Singaporean: Pengasas Shopee Individu Terkaya Di Singapura


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd