Enggan Lafaz Cerai, Farid Kamil & Diana Danielle Diperintah Lantik JKP
Pasangan tersebut diperintahkan Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur untuk melantik wakil Jawatankuasa Pendamai (JKP) setelah Farid Kamil tidak mahu melafazkan cerai terhadap isterinya Diana Danielle.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Pasangan pelakon tempatan, Farid Kamil Zahari dan Diana Danielle Danny Beeson, menghadapi kemelut rumah tangga apabila Diana sebelum ini mengumumkan keputusan untuk memfailkan perceraian buat kali kedua.
Diana ketika itu berkata tidak akan memberi sebarang penjelasan mengenai keputusan terbabit.
Namun Farid menyatakan bahawa dia akan melakukan apa sahaja bagi memulihkan rumah tangga mereka.
Baca Artikel Berkaitan: Diana Danielle Umum Akan Failkan Permohonan Cerai Kali Kedua Terhadap Farid Kamil
Baca Artikel Berkaitan: “Saya Masih Sayangkan Isteri Saya” – Farid Kamil Luah Mahu Perbaiki Rumah Tangga Bersama Diana Danielle
Mahkamah Rendah Syariah Perintah Pasangan Lantik Wakil JKP
Pada sebutan kedua kes penceraian hari ini (16 Disember), Farid Kamil walau bagaimanapun tidak mahu melafazkan cerai terhadap Diana.
Sehubungan itu, pasangan tersebut diperintahkan oleh Hakim Syarie di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur, Abdul Fattah Kamarudin untuk melantik wakil Jawatankuasa Pendamai (JKP).
Jika terdapat pihak yang tidak bersetuju untuk meneruskan perceraian tersebut, pihak mahkamah akan mengarahkan agar JKP dibentuk bagi tujuan memberi nasihat dan mencari jalan penyelesaian dalam kemelut rumah tangga pasangan berkenaan.
Menurut Awani, JKP yang dibentuk haruslah terdiri daripada anggota keluarga yang rapat dengan pasangan terbabit.
Dalam pada itu, Diana enggan memaklumkan wakil JKP dari pihaknya, manakala Farid masih belum melantik wakil tersebut.
Sebutan semula kes dan laporan JKP bagi kedua-dua belah pihak ditetapkan pada 24 Mac tahun depan.
Tiada Persefahaman & Shiqaq Antara Punca Penceraian Kali Kedua Difailkan
Peguam Syarie, Datuk Akberdin Abdul Kader, yang mewakili Diana memaklumkan ketika prosiding terdahulu bahawa tiada lagi persefahaman dan wujudnya perbalahan berpanjangan (shiqaq) antara pasangan tersebut.
Perkara ini menjadi antara punca Diana tekad memfailkan penceraian kali kedua pada 4 November lalu.
Permohonan cerai dibuat mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984.
Farid dalam pada itu diwakili Fakhrul Azman Abu Hassan ketika proses prosiding tersebut.

“Tindakan Dia (Farid) Hari Ini Amat Memualkan” – Diana Danielle
Menurut laporan media, Diana menegaskan Farid perlu sedar bahawa rumah tangga mereka tidak dapat diselamatkan lagi.
“Bagi saya, tindakan dia hari ini amat memualkan dan tidak berpijak di bumi yang nyata. Dia berangan, tiada apa untuk diselamatkan,” ujarnya.
Diana berkata, tempoh rujuk selama satu tahun sepatutnya menjadi satu peluang untuk berdamai dan perbaiki, namun ia gagal dilakukan.
“Jadi apa perlu saya lakukan sekarang? Adakah terus berharap sedangkan sudah terlalu banyak harapan diberi.
“Bagi saya, ini semua membuang masa kami berdua dan benda ini tidak akan ke mana-mana kerana saya sebulat hati mahukan perceraian ini berlaku,” katanya dipetik Awani.
Diana dalam masa sama memohon Farid agar tidak menangguhkan perceraian kerana seolah-olah menzalimi dirinya.
Diana & Farid Rujuk Semula Selepas Sebulan Cerai Talak Satu
Sebelum ini, Diana telah memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya pada 10 Mac tahun lalu dan sah bercerai talak satu pada 10 Ogos 2023.
Mereka walau bagaimanapun merujuk semula selepas satu bulan menjadikan lebih setahun bersama sebelum Diana mengumumkan akan memfailkan perceraian buat kali kedua.
Untuk info, kedua-dua pelakon terkenal tanah air itu telah mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad, 11, dan Aurora, 9.
Baca Artikel Berkaitan: Diana Danielle Fail Permohonan Cerai Kerana Shiqaq, Farid Kamil Enggan Lafaz Talak
Baca Artikel Berkaitan: Mahu Selamatkan Hubungan, Farid Kamil Tawar Vellfire, Barang Kemas & Wang Tunai Pada Diana Danielle
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.