Now Reading
Penumpang Bas Ke Singapura Tak Perlu Pamer Pasport Bermula 16 Disember 2024

Penumpang Bas Ke Singapura Tak Perlu Pamer Pasport Bermula 16 Disember 2024

Pihak ICA akan menggunakan kod QR secara berperingkat di pusat pemeriksaan darat Singapura bermula di Pusat Pemeriksaan Tuas pada 16 Disember 2024.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Selain bercuti di dalam negara, ramai juga masyarakat Malaysia yang sekali-sekala memilih untuk membawa ahli keluarga melancong ke negara jiran iaitu Singapura.

Disebabkan negara republik itu berhampiran dengan Malaysia, terdapat banyak jenis pengangkutan yang membolehkan rakyat kita ke sana.

Antaranya menaiki kapal terbang, memandu kereta, menaiki motosikal, bas dan sebagainya.

Penumpang Bas Ke Singapura Tak Perlu Pamer Pasport Untuk Pelepasan Kastam Singapura

Terbaharu, para penumpang bas ke Singapura tidak lagi perlu menunjukkan pasport mereka semasa pemeriksaan imigresen.

Ini kerana pihak mereka akan menggunakan kod QR secara berperingkat di semua lorong automatik dan Lorong Bantuan Khas (SAL) di balai bas di pusat pemeriksaan darat Singapura.

Walau bagaimananapun, pelaksanaan ini bermula di Pusat Pemeriksaan Tuas pada 16 Disember 2024.

Memetik laporan Sinar Harian, Pihak Berkuasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan Singapura (ICA) menjelaskan pelaksanaan secara keseluruhan di kedua-dua pusat pemeriksaan darat iaitu di Tuas dan Woodlands dijangka selesai menjelang pertengahan Januari 2025.

Sebagai info, laluan kod QR telah mula diperkenalkan oleh ICA secara perlahan-lahan seperti berikut:

  • Pemandu kereta pada 19 Mac 2024
  • Pemandu bas pada 15 April 2024
  • Penunggang motosikal serta pembonceng mereka pada 15 Ogos 2024
  • Pemandu kenderaan kargo bersama pembantu mereka pada 30 Ogos 2024

“Dengan pelaksanaan penuh laluan imigresen kod QR di balai bas, ICA akan melengkapkan inisiatif laluan imigresen tanpa pasport bagi semua jenis pengangkutan di pusat pemeriksaan darat,” jelas ICA dalam kenyataan mereka.

Pasport Masih Perlu Dibawa Untuk Golongan Tertentu

Sumber: Woh Hup

Bagi pelancong asing yang pertama kali berkunjung ke Singapura dan memasuki negara tersebut menggunakan pasport berbeza daripada perjalanan sebelumnya, mereka dihendaki menunjukkan butiran maklumat di dalam pasport.

Untuk perjalanan berikutnya, mereka tidak lagi perlu mempamerkan pasport.

Walau bagaimanapun, pihak ICA menasihati agar para pelancong tetap membawa dokumen pasport mereka apabila berkunjung ke Singapura kerana ia berkemungkinan diperlukan oleh imigresen bagi tujuan pengesahan.

Sementara itu, semua penumpang bas termasuklah pengguna kerusi roda dan ahli keluarga yang bergerak secara berkumpulan sehingga empat orang boleh menggunakan laluan kod QR.

Namun untuk memudahkan urusan, orang ramai digalakkan untuk memanfaatkan aplikasi mudah alih MYICA bagi memaparkan kod QR masing-masing berbanding perlu mencetak secara fizikal atau tangkapan layar.

Baca Artikel Berkaitan: Singapura Bakal Jadi Negara ‘Bebas Pasport’ Di Lapangan Terbang Changi Mulai 2024

Baca Artikel Berkaitan:  Lapangan Terbang Changi Lancar Ciri Baru Dalam Aplikasi Untuk Mudahkan Pelancong Cari Bagasi

Baca Artikel Berkaitan: Nak Travel Tapi Baru Sedar Pasport ‘Expired’? Ini Apa Yang Anda Perlu Lakukan

Tempat-tempat Menarik Di Singapura

Sumber: Farahin Fadzil/TRP

Kepada anda yang pertama kali mahu berjalan-jalan di Singapura, jom kami kongsikan beberapa lokasi menarik yang anda perlu kunjungi di sana. Antaranya:

  • Universal Studio Singapore
  • Gardens by the Bay
  • Merlion Park
  • Haji Lane
  • Masjid Sultan
  • Lapangan Terbang Changi
  • ION Orchard
  • The Shoppes Marina Bay Sands

Baca Artikel Berkaitan:  Ini 5 Lokasi & Aktiviti Menarik Bila Bercuti Di Singapura

Baca Artikel Berkaitan: Trip Balik Hari Johor Bahru-Singapura Dengan Bajet RM220 Je! Cukup Untuk Naik MRT, Bas & Makan

Baca Artikel Berkaitan: Nak Cuba Travel Ke Singapura Naik Kereta Api? Ini Panduan Untuk Anda


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd