Now Reading
Lotus’s Malaysia Kini Miliki 70 Cawangan, Rimbayu Jadi Lokasi Baharu

Lotus’s Malaysia Kini Miliki 70 Cawangan, Rimbayu Jadi Lokasi Baharu

Sempena pembukaan ini, Lotus’s menawarkan pelbagai aktiviti menarik, ganjaran, dan penjimatan kepada pelanggan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Lotuss Stores (Malaysia) Sdn Bhd (Lotus’s Malaysia) telah mengumumkan pembukaan rasmi pasar raya dan pusat beli-belah baharunya, Lotus’s Rimbayu semalam (11 Disember).

Sejak majlis pecah tanah pada 18 Disember 2023, pasar raya satu tingkat seluas 6,000 meter persegi milik Lotus’s kini dibuka kepada semua pelanggan. Antara kedai makanan dan minuman popular yang terdapat di sini adalah Kopiholic, BMS Organics & Oat Story, My Mom’s Chicken Rice, Mixue, Gigi Coffee, Empire Sushi, Happy Potato, dan banyak lagi. 

“Ruang baharu ini dibina bertujuan untuk menjadi pusat pertemuan kepada penduduk di IJM Rimbayu dan komuniti sekitarnya.

“Lotus’s Rimbayu menawarkan pelbagai tempat makan, perkhidmatan, dan pasar raya lengkap yang menyediakan lebih daripada 10,000 produk tempatan dan import.

“Kami sebagai pasar raya kejiranan Rimbayu berusaha untuk menyediakan barangan segar dan berkualiti serta perkhidmatan terbaik dalam suasana yang moden, selesa, dan mudah kepada komuniti setempat,” kata Neil Gurusamy, Pengarah Eksekutif Operasi Lotus’s Malaysia.

Lotus’s Rimbayu.

Lotus’s Rimbayu terletak di pusat komersial perbandaran yang sangat strategik di mana pasar raya ini boleh diakses dan dihubungkan melalui empat lebuh raya utama iaitu Pusat Bandaraya Kuala Lumpur, Subang, Petaling Jaya, Damansara, Puchong, Shah Alam, dan kawasan Lembah Klang.

Majlis perasmian disempurnakan oleh Datuk Tony Ling Thou Lung, Ketua Pegawai Eksekutif IJM Land, bersama Datuk Chai Kian Soon, Ketua Pegawai Operasi IJM Land, serta Saksit Panurach, Ketua Pegawai Eksekutif Lotus’s Malaysia, yang turut diiringi oleh barisan kepimpinan Lotus’s Malaysia.

Pada majlis pelancaran ini juga, Lotus’s turut mempamerkan kerjasama berterusan dengan Food Aid Foundation melalui inisiatif #KitakanJiran dalam menyediakan ‘keselamatan makanan’.

Kerjasama ini dijalankan melalui pengagihan makanan lebihan harian dari pasar raya mereka kepada komuniti yang diperlukan pada setiap hari.

Pembukaan Lotus’s Rimbayu merupakan pencapaian penting bagi Lotus’s Malaysia kerana ianya merupakan cawangan ke-70 yang telah dibuka, sekaligus menunjukkan usaha mereka dalam mencipta pengalaman runcit luar biasa.

Media Experiential Hunt.

Paling menarik, wakil media juga berpeluang untuk merasai sendiri pengalaman eksklusif melalui aktiviti Media Experiential Hunt yang membolehkan mereka untuk meneroka cawangan baharu ini dengan cara lebih menyeronokkan.

Sempena pembukaan ini, Lotus’s menawarkan pelbagai aktiviti menarik, ganjaran, dan penjimatan kepada pelanggan seperti:

#1. 11 – 15 Disember 2024

  • Siapa Cepat, Dia Dapat –50 pelanggan pertama dengan perbelanjaan minimum RM80 dalam satu resit berpeluang memenangi produk jenama Lotus’s bernilai RM10 pada setiap hari (8 pagi – 10 pagi setiap hari; 50 pemenang setiap hari).
  • Booth Permainan Ring Toss – Berpeluang memenangi baucar hadiah Lotus’s bernilai RM5 dengan perbelanjaan minimum RM80 di pasar raya Lotus’s (10 pagi – 9 malam setiap hari; 300 pemenang sehari).
  • Tote bag Lotus’s edisi terhad dengan perbelanjaan RM120 (selagi stok masih ada).
  • Penyampelan makanan dan minuman secara percuma.

#2. Keistimewaan Eksklusif untuk Ahli My Lotus’s

  • 7X mata ganjaran My Lotus’s untuk ahli baru dan sedia ada sepanjang hujung minggu Disember ini (14 Disember – 15 Disember, 21 Disember – 22 Disember, 28 Disember – 29 Disember).
  • Jimat! Lagi Jimat! – Nikmati sehingga RM6 baucar tunai (perbelanjaan minimum RM80 untuk pembelian seterusnya, boleh ditebus dari 26 Disember 2024 – 8 Januari 2025) untuk ahli My Lotus’s dengan perbelanjaan minimum RM120 dalam satu resit.
  • 5 ahli My Lotus’s bertuah akan memenangi 70x mata My Lotus’s tanpa perbelanjaan minimum di Lotus’s Rimbayu (terhad kepada 5 pemenang sehari; bermula 11 Disember – 15 Disember).
  • Berpeluang memenangi jongkong emas Poh Kong seberat sepuluh gram bernilai RM4,300 atau baucar e-Lotus’s bernilai RM500 (terhad kepada 10 pemenang) untuk tiga ahli baru My Lotus’s bertuah.

#3. Aktiviti menarik bagi seisi keluarga

  • Eksklusif Aktiviti Seni Dan Kraf PAW Patrol dengan pembelian minimum barangan PAW Patrol bernilai RM20 (14 – 15 Disember 2024).
  • Aktiviti mewarna pada setiap hari dari 10 pagi – 10 malam.
  • Diskaun sehingga 50 peratus atau promosi beli 1 percuma 1 di kedai penyewa yang terlibat.
  • Pameran kereta Chery – model Omoda 5 dan Tiggo 7.
[LOTUS’S MALAYSIA]

Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitterThreads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd