Now Reading
Vivy, Fadza Didakwa Pecah Amanah RM8 Juta

Vivy, Fadza Didakwa Pecah Amanah RM8 Juta

Vivy Yusof dan Fadza Anuar didakwa melakukan pecah amanah selepas melakukan pembayaran bernilai RM8 juta dari akaun bank milik FashionValet ke syarikat 30 Maple Sdn Bhd.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Pengasas platform e-dagang FashionValet (FV), Datin Vivy Yusof dan suaminya Datuk Fadzarudin Shah Anuar mengaku tidak bersalah atas pertuduhan pecah amanah melibatkan dana pelaburan Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) bernilai RM8 juta.

Pengakuan tersebut dilakukan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada hari ini (5 Disember) selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim, Rosli Ahmad.

“Faham, mengaku tidak bersalah,” kata Vivy.

Vivy, 37, berpakaian berwarna putih tiba di mahkamah pagi tadi bersama Fadza, 36 yang mengenakan kot berwarna hitam.

Prosiding pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin manakala Vivy dan Fadza pula diwakili peguam Ashok Athimulan.


RM8 Juta Dibayar Tanpa Persetujuan Ahli Lembaga Penagrah FashionValet

Mengikut pertuduhan, pasangan ini didakwa telah melakukan pecah amanah selepas melakukan pembayaran bernilai RM8 juta dari akaun bank milik FV kepada syarikat 30 Maple Sdn Bhd.

Memetik laporan Sinar Harian, pembayaran itu walau bagaimanapun tidak mendapat sebarang keulusan dari Ahli Lembaga Pengarah FashionValet.

Kesalahan tersebut didakwa dilakukan di Public Bank Berhad Cawangan Bukit Damansara, Kuala Lumpur pada 21 Ogos 2018.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang boleh membawa hukuman penjara antara dua hingga 20 tahun, sebat dan denda jika disabitkan kesalahan.


SPRM Kesan Transaksi Akaun Meragukan Sejak 2018

Siasatan SPRM berhubung kes FashionValet baru-baru ini menemukan beberapa transaksi meragukan melibatkan kerugian pelaburan berjumlah RM43.9 juta itu.

Berdasarkan siasatan, Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki menjelaskan transaksi mencurigakan itu dikesan sejak 2018 hingga tahun lalu daripada sebuah syarikat dan beberapa pihak lain.

Sumber: Instagram

Beliau turut mendakwa bahawa sebahagian daripada pelaburan yang diterima telah disalah guna.

“Kita melihat kepada aliran punca kewangan dan sebab kemasukan dan ke mana wang itu dibelanjakan bagi melihat adakah terdapat unsur jenayah rasuah atau kesalahan lain membabitkan penipuan.

“Namun, kita percaya ada sebahagian pelaburan (diterima) yang disalah guna dalam hal ini, ini kita sedang kenal pasti,” jelas Azam.

Baca Artikel Berkaitan: SPRM Kesan Transaksi Akaun Meragukan Sejak 2018 Libatkan Isu Dana Pelaburan FashionValet

Baca Artikel Berkaitan: Orang Ramai Persoal SPRM Sempat Rakam Video Ketika Serbuan Ke FashionValet

Baca Artikel Berkaitan: Kementerian Kewangan Perjelas 3 Faktor Sebabkan FashionValet Gagal


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd