Now Reading
KLIA Dinobat Sebagai Lapangan Terbang Dengan Kualiti Perkhidmatan Terbaik Di Dunia

KLIA Dinobat Sebagai Lapangan Terbang Dengan Kualiti Perkhidmatan Terbaik Di Dunia

KLIA telah tersenarai pada kedudukan pertama dalam 355 lapangan terbang pada ranking Prestasi Kualiti Perkhidmatan Lapangan Terbang (ASQ) Global.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sering menjadi tumpuan untuk para pengembara di Malaysia yang mahu keluar negara.

Menerusi laporan Astro Awani, Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) mendedahkan KLIA telah menerima trafik penumpang udara mencecah 80.3 juta bagi tempoh 10 bulan pertama tahun ini.

MAVCOM turut mendedahkan KLIA telah memberi perkhidmatan kepada 8.7 juta penumpang udara pada Ogos 2024 dan ia secara tidak langsung menunjukkan pertumbuhan sebanyak 12.7% daripada 7.7 juta penumpang yang dicatatkan pada Ogos 2023.


KLIA Diiktiraf Sebagai Perkhidmatan Lapangan Terbaik Di Dunia

Memetik laporan Bernama, KLIA telah tersenarai pada kedudukan pertama dalam 355 lapangan terbang pada ranking Prestasi Kualiti Perkhidmatan Lapangan Terbang (ASQ) Global.

Berdasarkan laporan Majlis Lapangan Terbang Antarabangsa (ACI) bagi ‘ASQ Departures Passenger Satisfaction Report: KUL Benchmark Performance’ pada suku ketiga 2024, KLIA berjaya memperolehi skor penuh 5.00 dengan skala satu (lemah) hingga lima (cemerlang).

Pencapaian ini juga menunjukkan KLIA telah mengatasi skor kepuasan keseluruhan bagi Purata ASQ Global pada 4.32.

Sumber: MalayMail

Dalam laporan yang sama, lapangan terbang ini turut menduduki tempat pertama daripada 20 lapangan terbang bagi kategori berikut:

  • Purata Panel Kastam (1/20)
  • Purata Asia-Pasifik (1/100)
  • Purata Lebih 40 juta Penumpang (1/41)

Bagi pengalaman keseluruhan, KLIA mengekalkan skor sempurna 5.00 dengan beberapa purata berikut:

  • Purata ASQ Global (4.19)
  • Purata Panel Kastam (4.79)
  • Purata Asia-Pasifik (4.65)
  • Purata Lebih 40 Juta Penumpang (4.31)

Tinjauan kaji selidik ini dijalankan antara 1 Julai hingga 12 September 2024 dan ia turut meliputi maklum balas daripada 352 penumpang berumur 16 tahun ke atas.


KLIA Pernah Dinobat Sebagai Lapangan Terbang Terbaik Dunia Pada 2022

Pada suku tahun kedua 2022, kajian Kualiti Perkhidmatan Lapangan Terbang (ASQ) telah mengiktiraf Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dipilih sebagai antara lapangan terbang terbaik di dunia.

Sumber: MalayMail

Kejayaan itu juga dikecapi oleh Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LGK) selepas kedua-dua lapangan terbang ini meraih skor 5.00 dalam tinjauan oleh Majlis Lapangan Terbang Antarabangsa (ACI).

Tinjaun yang dilakukan itu mengambil kira kepuasan penumpang secara keseluruhan daripada segi keselamatan, kemudahan, perkhidmatan dan kebersihan kawasan.

Baca Artikel Berkaitan: KLIA & LGK Dipilih Sebagai Antara Lapangan Terbang Terbaik Dunia

Baca Artikel Berkaitan: KLIA Duduki Tangga Ke-8 Lapangan Terbang Paling Teruk Di Asia, Ini Sebabnya

Baca Artikel Berkaitan: KLIA & KLIA 2 Dijenamakan Semula Sebagai KLIA Terminal 1 & 2


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd