Now Reading
‘Brain Rot’ Dipilih Sebagai ‘Word Of The Year 2024’ Oleh Oxford University Press

‘Brain Rot’ Dipilih Sebagai ‘Word Of The Year 2024’ Oleh Oxford University Press

‘Brain rot’ ditakrifkan sebagai kemerosotan keadaan mental seseorang yang berlaku akibat penyerapan kandungan atas talian yang berlebihan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Peredaran zaman yang kini juga dipengaruhi oleh golongan muda yang digelar Gen Z dan Gen Alpha telah mewujudkan pelbagai jenis perkataan bagi menggambarkan sesuatu.

Kadangkala boleh keliru juga kerana sesetengah perkataan yang digunakan memberi makna yang berbeza dari maksud asal sesuatu perkataan. Sebagai contoh, ‘pisang’ iaitu terlalu lama menunggu dan ‘terbang’ yang juga difahami sebagai khayal.

Golongan milenial mungkin agak payah nak faham apa yang dibualkan oleh Gen Z, betul tak?

Baca Artikel Berkaitan:  [Video] KJ & Shahril Hamdan Terhibur Teka ‘Slang’ Budak WeChat, Pening Nak Jawab!


Oxford Pilih Perkataan ‘Brain Rot’ Sebagai ‘Word Of The Year 2023’

Baru-baru ini, Oxford University Press yang merupakan salah satu jabatan di University Oxford di England telah menobatkan perkataan ‘Brain rot’ sebagai ‘Word Of The Year 2024′.

Pemilihan itu dibuat selepas pakar bahasa menyenaraikan enam perkataan lain bagi mencerminkan pembentukan emosi dan komunikasi seseorang.

Dengan lebih 37,000 undian dari orang awam serta beberapa data mengenai bahasa, ‘brain rot’ adalah perkataan yang menjadi pilihan orang ramai pada tahun ini.

Apa Itu ‘Brain rot’?

‘Brain rot’ ditakrifkan sebagai kemerosotan keadaan mental seseorang yang berlaku akibat penyerapan kandungan atas talian yang berlebihan.

Pakar dari Oxford University Press menyedari bahawa perkataan ini mendapat perhatian pada tahun ini sebagai istilah yang digunakan untuk menyatakan kebimbangan terhadap kesan penggunaan kandungan dalam talian berkualiti rendah yang berlebihan terutamanya di media sosial.

Sebagai info, penggunaan istilah ini telah meningkat sebanyak 230% antara 2023 dan 2024.

Sumber: Oxford University Press

Dalam kategori ini, terdapat lima lagi perkataan yang turut tersenarai. Antaranya:

  • demure
  • lore
  • romantasy
  • slop
  • dynamic pricing

Dalam pada itu, Presiden Oxford Languages iaitu Casper Grathwohl menjelaskan bahawa penggunaan perkataan ‘brain rot’ membuktikan bagaimana manusia dan teknologi saling berhubung rapat sehingga boleh memberi kesan buruk.

Jelasnya lagi, perkataan tersebut juga menggambarkan bagaimana masyarakat pada zaman kini menggunakan masa terluang mereka.


Apa ‘Word Of The Year’ Pada Tahun 2023?

Pada tahun 2023, anugerah ‘Word Of The Year’ telah diberikan kepada ‘rizz’ yang didefinisikan sebagai daya penarik yang boleh menambat perhatian pasangan berlainan jantina.

Baca Artikel Berkaitan: Perkataan ‘Rizz’ Dinobat Sebagai ‘Word Of The Year 2023’ Oleh Oxford University Press

Secara etimologi, istilah ini dipercayai terbentuk daripada singkatan perkataan ‘karisma’ yang diambil dari bahagian tengah perkataan tersebut.

Selain itu, perkataan ‘rizz’ ini juga boleh digunakan sebagai kata kerja seperti ‘to rizz up’ yang bermaksud untuk menarik atau menggoda.

Menurut data yang dikeluarkan, perkataan ‘rizz’ ini paling banyak digunakan pada bulan Jun 2023.

Sumber: Oxford University Press

Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd