Now Reading
Kes Kematian Pelatih Palapes: UiTM Teliti Semula Prosedur Latihan

Kes Kematian Pelatih Palapes: UiTM Teliti Semula Prosedur Latihan

Pengurusan UiTM memandang serius kejadian tersebut dan menyerahkan siasatan kepada pihak polis dan Lembaga Siasatan di bawah Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Rakyat Malaysia kini kecoh dengan satu lagi kes buli melibatkan sebuah pelajar universiti awam yang mengakibatkan mangsa meninggal dunia pada 13 November lalu.

Seorang pelatih Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) UiTM bernama Muhammad Amir Rusyaidi Muhammad Zaidi berusia 25 tahun dipercayai mengalami penderaan secara fizikal semasa menjalani latihan Palapes.

Bapa mangsa iaitu Muhammad Zaidi Abdul Rahman mendakwa anaknya itu telah berdepan pelbagai bentuk penderaan termasuklah dipijak di bahagian dada serta dipaksa untuk menjadi ‘kuda’ untuk ditunggang oleh jurulatihnya.

Baca Artikel Berkaitan: Bapa Dakwa Anak Sertai Palapes UiTM Meninggal Dunia Akibat Penderaan


UiTM Teliti Semula Prosedur Latihan Palapes

Susulan kes tersebut, Universiti Teknologi Mara (UiTM) telah melaksanakan penelitian semula bagi memperkukuh prosedur latihan membabitkan latihan dalam badan beruniform berkenaan.

Selain itu, UiTM juga akan bekerjasama penuh terhadap siasatan kematian seorang pelatih Palapes berkenaan yang didakwa meninggal dunia selepas menjalani sesi latihan jerih dan tidak berjadual.

Memetik laporan Astro Awani, pengurusan UiTM menegaskan bahawa pihak mereka memandang serius kejadian tersebut dan menyerahkan siasatan kepada pihak polis dan Lembaga Siasatan di bawah Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

“Pihak pengurusan universiti berasa amat sedih di atas kejadian ini dan memberi jaminan untuk memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa dalam menjalankan siasatan terhadap kes ini.

“UiTM komited dalam memastikan keselamatan dan kebajikan setiap pelajarnya sentiasa diutamakan,” UiTM dalam kenyataannya itu.

Sumber: UiTM

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Sedang Siasat Kes Kemarian Pelatih Palapes UiTM

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengesahkan bahawa kes tersebut kini sedang dalam siasatan oleh Cawangan Provos Marsyal, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Menurut ATM dalam satu kenyataan, pihaknya mengambil maklum mengenai laporan media tempatan berhubung dakwaan seorang bapa terhadap kematian anaknya sewaktu menyertai sesi latihan seliaan jurulatih tentera.

“ATM menegaskan bahawa siasatan akan dilaksanakan dengan terperinci dan tidak akan melindungi atau berkompromi terhadap mana-mana pihak yang terlibat di dalam kes tersebut.

“Tindakan undang-undang akan dikenakan kepada pihak yang terlibat jika terbukti bersalah.”

ATM juga menggesa agar masyarakat memberi ruang kepada ATM menyiasat perkara ini secara tuntas agar keadilan dapat diberikan sepenuhnya kepada pihak yang teraniaya.

Baca Artikel Berkaitan: ATM Sahkan Kes Kematian Pelatih Palapes UiTM Dalam Siasatan


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd