Nobu KL Anjur Bengkel Buat Sushi & Teh Hijau Bersama Yayasan Chow Kit
Antara beberapa hidangan sushi yang dipelajari oleh kanak-kanak dari Yayasan Chow Kit semasa di Nobu KL adalah Spicy Tuna Rolls dan Salmon Nigiri.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Memandangkang musim perayaan mengalakkan kita untuk memberi dan merapatkan silaturahim antara satu sama lain, restoran Jepun mewah, Nobu Kuala Lumpur tampil dengan inisiatif tersendiri yang cukup menyentuh hati bersama Yayasan Chow Kit.
Nobu KL pada Selasa lalu (26 November) telah menjemput 10 orang kanak-kanak dari Yayasan Chow Kit untuk menyertai Bengkel Sushi dan Teh Hijau Kanak-kanak.
Dibimbing oleh Ketua Chef Sushi Nobu KL iaitu Chef Renante Dominguez, para peserta diberi peluang untuk cuba membuat sendiri beberapa hidangan sushi istimewa Nobu seperti:
- Salmon Avocado Rolls
- Spicy Tuna Rolls
- Salmon Nigiri
- Shrimp Madai Nigiri
Selain itu, mereka juga dapat mempelajari proses artistik untuk membuat Teh Hijau Nobu yang cukup terkenal di seluruh dunia.

Bengkel ini merupakan satu peluang unik untuk kanak-kanak mempelajari kemahiran baharu dan menyerlah tahap kreativiti mereka sambil mencipta kenangan.
Selepas selesai bengkel itu, kanak-kanak Yayasan Chow Kit dijamu dengan hidangan makan tengah hari yang cukup lazat di Nobu KL bagi memastikan mereka semua orang pulang dengan hati yang gembira.

Nobu KL Sumbang 100% Jualan Teh Hijau Sepanjang Disember Kepada Yayasan Chow Kit
Dalam semangat untuk memberi semula kepada masyarakat, Nobu KL turut melancarkan inisiatif sumbangan di mana 100% jualan Teh Hijau sepanjang Disember 2024 akan disumbangkan kepada Yayasan Chow Kit.
Dana ini akan memberi sokongan terhadap kerja-kerja penting organisasi tersebut dalam memperkasakan individu yang memerlukan melalui program pendidikan, penjagaan dan pembangunan.

Kerjasama ini memperlihatkan dedikasi Nobu KL dalam menaikkan semangat masyarakat setempat serta mewujudkan silaturahim dan kegembiraan semasa musim perayaan.
Dalam mood untuk menyambut perayaan, Nobu KL menggalakkan masyarakat agar menyokong usaha Yayasan Chow Kit dengan menyebarkan kegembiraan menerusi satu hidangan Teh Hijau pada satu masa.

Yayasan Chow Kit
Yayasan Chow Kit (YCK) merupakan sebuah organisasi yang memenuhi keperluan kanak-kanak di sekitar Chow Kit. Ia mula ditubuhkan pada 19 Januari 2011.
Organisasi ini bertujuan untuk menyediakan ruang yang selamat dan mendedahkan kanak-kanak kepada seberapa banyak peluang positif untuk membolehkan mereka mencapai potensi penuh dalam diri.
Pusat Aktiviti Kanak-Kanak di YCK memenuhi keperluan kanak-kanak dari umur 7-12 tahun dan pusat remaja kami yang dikenali sebagai KL Krash Pad pula mengalu-alukan belia dari umur 13 hingga 21 tahun.
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.