Now Reading
Kes Curi Ferrari: Polis Tahan 6 Suspek Termasuk Anak Penyanyi

Kes Curi Ferrari: Polis Tahan 6 Suspek Termasuk Anak Penyanyi

Pihak polis telah menemui semula kereta Ferrari tersebut di lot parkir sebuah kediaman di Taman Tunku, Kuala Lumpur pada Sabtu lalu (23 November).

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Enam individu, termasuk anak kepada seorang penyanyi tempatan, ditahan selepas disyaki terlibat dalam kecurian sebuah kereta Ferrari.

Supercar tersebut telah dilarikan daripada sebuah pusat cuci kereta di Hulu Klang, Ampang pada 17 November lalu.

Pemiliknya yang merupakan seorang ahli perniagaan bidang penerbangan melaporkan perkara itu selepas dimaklumkan bahawa Ferrari berkenaan dilaporkan hilang ketika pekerjanya menghantar kereta itu untuk dicuci di sana.

Menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, mangsa mengalami kerugian kira-kira RM300,000.


Ferrari Ditemui Di Sebuah Kediaman Di Taman Tunku

Sehubungan itu, siasatan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) Ampang Jaya menemui semula kereta Ferrari tersebut di lot parkir sebuah kediaman di Taman Tunku, Kuala Lumpur pada Sabtu lalu (23 November).

“Walau bagaimanapun, nombor pendaftaran kenderaan itu ditukar kepada nombor pendaftaran palsu,” kata Hussein.

Dia memaklumkan bahawa enam suspek berusia antara 23 hingga 40 tahun yang disyaki ditahan pihak polis.


Seorang Suspek Positif 2 Jenis Dadah

Kesemua suspek telah ditahan secara berasingan sejak 17 November sehingga 25 November lalu, di sekitar Ampang Jaya, Kajang, Taman Tunku, dan Jeli, Kelantan.

“Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) Ampang Jaya yang menjalankan siasatan lanjut kemudian menahan empat lelaki tempatan berusia 23 hingga 33 tahun di sekitar daerah ini pada 17 November lalu.

“Tangkapan susulan dibuat tiga hari kemudian (20 November) ke atas seorang lelaki tempatan berusia 38 tahun sebelum Ferrari tersebut ditemui di tempat letak kereta sebuah kediaman di Taman Tunku di sini, Sabtu lalu,” katanya dipetik Kosmo.

Salah seorang lagi suspek terbabit adalah wanita tempatan lingkungan 40-an yang ditahan bagi tujuan siasatan mengikut 379 Kanun Keseksaan.

Di samping itu, Hussein berkata salah seorang suspek mempunyai dua rekod kesalahan dadah, dengan ujian dadah yang dijalankan mendapati dia positif dadah jenis methamphetamine dan amphetamine.

Suspek lain walau bagaimanapun tiada sebarang rekod lampau.


Polis Turut Jumpa 2 Kereta BMW X5 & Naza Suria

Selain penemuan Ferrari tersebut boleh turut merampas tiga kenderaan iaitu dua kereta jenis BMW X5 dan satu Naza Suria.

“Turut dirampas lapan telefon bimbit, dua batang anak kunci termasuk Ferrari, beg silang, pasport Malaysia, tali lanyard bersambung pisau berhulu.

“Selain itu, tiga alat kawalan jauh kereta, kad akses rumah dan sebungkus plastik lutsinar tertera tulisan ‘Diamond’,” kata Hussein dipetik Sinar Harian.


Polis Masih Mengesan Rakan Sejenayah Suspek

Hussein berkata, usaha sedang giat dilakukan oleh pihak polis bagi mengesan rakan sejenayah suspek yang masih bebas.

Tambahnya, daripada keenam-enam suspek, tiga telah dibebaskan dengan jaminan polis, dua direman sehingga hari ini (27 November) dan seorang lagi direman sehingga 3 Disember.

Beliau berkata siasatan lanjut masih dijalankan setakat malam tadi.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd