Now Reading
Pastor Sambilan Didakwa Bunuh Ibu Kandung, Sumbat Mayat Di Dalam Peti Sejuk Beku

Pastor Sambilan Didakwa Bunuh Ibu Kandung, Sumbat Mayat Di Dalam Peti Sejuk Beku

N Deanesh didakwa dengan sengaja menyebabkan kematian ibunya di sebuah rumah di Taman OUG, Brickfields antara 21 Mac hingga 26 Mac 2021.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Media sebelum ini melaporkan tentang perbuatan seorang lelaki yang dipercayai tergamak membunuh ibunya sendiri, sebelum menyimpan mayat wanita berkenaan di dalam peti sejuk beku.

Lebih menyayat hati lagi apabila mayat mangsa telah dibiarkan di dalam peti sejuk beku sejak tiga tahun lalu.


Lelaki Didakwa Bunuh Ibu Kandung

Terbaharu, tertuduh N Deanesh, didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini (26 November) di bawah mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas tuduhan membunuh ibunya dan menyimpan mayat mangsa dalam peti sejuk beku.

Lelaki yang juga pastor sambilan berusia 53 tahun itu didakwa dengan sengaja menyebabkan kematian ibunya, Catherine Daniel, 77, di sebuah rumah di Taman OUG, Brickfields antara 21 Mac hingga 26 Mac 2021.

Jika disabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman mati, atau penjara antara 30 hingga 40 tahun dan sebat tidak kurang 12 kali.

Memandangkan kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi, tiada pengakuan yang direkodkan.


Sebutan Semula Kes Pada Februari 2025

Sejurus pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Atiqah Mohamed@Mohamad Saim, tertuduh yang berada di atas kerusi roda hanya menjawab ringkas “Faham”.

Sehubungan itu, sebutan semula kes ditetapkan pada 7 Februari tahun hadapan sementara menunggu laporan bedah siasat, perubatan dan padanan ujian asid deoksiribonukleik (DNA).

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurainizatul Farhana Zainal, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.


Mayat Ditemukan Selepas Suspek Hubungi Pihak Polis

Terdahulu, perbuatan Deanesh terbongkar apabila dia membuat pengakuan kepada pihak polis pada 12 November lalu.

Difahamkan pengakuan dibuat kerana suspek mempunyai masalah kesihatan kronik dan telah kehabisan wang simpanan.

Pemeriksaan oleh pasukan polis menemukakan mayat mangsa di dalam sebuah peti sejuk beku yang dibalut dengan tuala dan plastik.

Polis mengesahkan bahawa wanita terbabit telah ditumbuk oleh suspek di bahagian dada sehingga maut, sebelum mayatnya disumbatkan ke dalam peti sejuk beku berkenaan.

Baca Artikel Berkaitan: Polis Tahan Lelaki Tergamak Bunuh Ibu, Simpan Dalam Peti Sejuk Beku 3 Tahun


Pembunuhan Berlaku Kerana Pertikaian Kepercayaan Agama

Menurut laporan New Straits Times, suspek berkata dia melakukan jenayah itu untuk ‘menghantar ibunya ke syurga’ yang dilaporkan disebabkan oleh pertikaian mengenai kepercayaan agama.

Seorang jiran dalam pada itu berkata bahawa mangsa sudah tidak kelihatan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan ketika pandemik COVID-19.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd