Now Reading
KPM Mansuh Peperiksaan Demi Kurangkan Tekanan Murid – Fadhlina Sidek

KPM Mansuh Peperiksaan Demi Kurangkan Tekanan Murid – Fadhlina Sidek

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek memaklumkan tujuan pemansuhan peperiksaan UPSR dan PT3 itu ketika sidang Dewan Rakyat di Parlimen hari ini (26 November).

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sebelum ini mengumumkan bahawa peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) tidak lagi dilaksanakan kepada murid sekolah.

Namun pemansuhan UPSR pada tahun 2021 manakala PT3 pada 2022 itu telah mengakibatkan pelbagai reaksi kurang senang daripada masyarakat terutamanya ibu bapa yang prihatin terhadap tahap pendidikan anak mereka.

Baca Artikel Berkaitan: Dakwaan UPSR Bebanan Pelajar Adalah ‘Fitnah Besar’, Pakar Akademik Harap Ujian Ini Dikembalikan Semula

Meskipun keputusan itu mendapat tentangan, pihak KPM masih bertegas dengan keputusan mereka itu kerana menyifatkan kedua-dua peperiksaan tersebut sudah tidak lagi relevan.

Baca Artikel Berkaitan: KPM Anggap Tidak Lagi Relevan Untuk Kembalikan UPSR & PT3 – Fadhlina Sidek


Tiada Lagi Peperiksaan Bagi Mengurangkan Tekanan Pelajar Sekolah

Menerusi laporan Astro Awani, Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek ketika Sidang Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen hari ini (26 November) menjelaskan tujuan pemansuhan dua peperiksaan itu.

Jelas Fadhlina, pemansuhan pembelajaran berorientasikan peperiksaan itu adalah untuk mengurangkan tekanan kepada pelajar-pelajar sekolah.

Sumber: MalayMail

Susulan itu, KPM kini mengambil pendekatan untuk lebih fokus kepada pembangunan holistik murid serta pembelajaran berasaskan perkara berikut:

  • Pertanyaan
  • Eksplorasi
  • Pengalaman
  • Mengikut konteks

“Pentaksiran bilik darjah ini akan beri satu tanda aras lebih baik khususnya untuk melihat dan menilai anak-anak lebih holistik melibatkan komponen pentaksiran bilik darjah, jasmani, sukan dan kurikulum dan juga psikometrik serta kecenderungan murid,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan dari Ahli Parlimen Gopeng Tan Kar Hing tentang keputusan KPM sama ada bakal mengkaji semula bidang kurikulum persekolahan bagi mengurangkan tekanan akademik pelajar.


KPM Beralih Kepada Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)

Sumber: MalayMail

Bagi menggantikan peperiksaan yang dimansuhkan, KPM akan kekal menumpukan kepada Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) bagi menerajui Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Sebagai info, PBS dilakukan dengan memberi tumpuan kepada beberapa komponen seperti:

  • Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)
  • Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum
  • Pentaksiran Psikometrik

KPM berpendapat bahawa pelaksanaan PBS ini sebagai ‘game changer’ kerana tidak lagi hanya berorientasikan peperiksaan sebaliknya ia kini tertumpu ke arah perkembangan murid secara holistik.

Meskipun UPSR dan PT3 dimansuhkan, tetapi masih akan ada peperiksaan akhir yang dilakukan oleh pihak sekolah.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd